25 December 2012

Kisah Islamnya Ilmuan Kafir setelah mengetahui bakteria dalam air liur anjing

Seorang ilmuan besar yang mendalami bidang bakteria berkunjung ke Mesir untuk mensekolahkan anaknya dan dia sendiri memperolehi pekerjaan dalam bidangnya tersebut. Pada suatu hari dia membaca buku hadith yang berkaitan dengan masalah kesihatan. Tiba-tiba dia tidak percaya ketika membaca hadis Nabi saw
,
"Jika seekor anjing menjilat perkakas rumah salah seorang di antara kamu, maka cucilah alat (tempat) itu tujuh kali, satu kali di antara yang tujuh itu dicampur dengan tanah .."

Sejenak dia berdiam menatap hadis itu. Dalam dirinya mula timbul soalan-pert anyaan: Perintah mencuci tujuh kali itu memang perlu dilakukan, dan merupakan kewajipan, namun mengapa Nabi masih menyuruh membasuh tempat itu satu kali dengan tanah? Tidakkah dengan memakai air sahaja sudah cukup?

Soalan itu terus mengganggunya. Kemudian dia mengambil sebuah alat rumah dan membiarkannya dijilati anjing. Lalu mencucinya dengan air tujuh kali. Selepas itu ia teliti dengan menggunakan mikroskop, dan yang terlihat: Berjuta-juta bakteria masih melekat di tempat itu. Bermakna mencuci dengan air tidaklah cukup untuk menghilangkan bakteria atau kuman-kuman penyakit anjing yang melekat ditempat tersebut.

Sekarang dia cuba sekali lagi, mencuci tempat itu dengan debu tanah. Dan setelah diteliti, ternyata, kuman-kuman telah hilang seluruhnya.

Soalan yang timbul dibenaknya sekarang: Siapa yang memberitahu hal ini kepada Muhammad? Padahal penemuan rahsia bakteria baru diketemukan oleh Pasteur (1822-1895). Bukankah jauh sekali jarak antara Muhammad dengan Pasteur? Bermakna penemuan Pasteur hanyalah mengulang penemuan lama, di mana Muhammad telah mengetahui bahawa bakteria atau kuman penyakit itu ada pada anjing dan dapat dihilangkan hanya dengan menggunakan debu dan dibasuh dengan air enam kali. Siapa yang memberitahu hakikat ilmiah ini kepada Muhammad?

Subhanallah, Allah SWT lah yang memberi petunjuk kepada Nabi Muhammad SAW, segala hal yang bermanfaat bagi umatnya.

Dan akhirnya keyakinan ilmuan tersebut mengukuhkan nya untuk masuk Islam bersama puterinya yang kala itu ikut bersamanya ke Kaherah.

Maha Suci Allah, yang atas kurnia dan rahmatNya terbukalah setiap jalan kebaikan ..

Wallahu a'lam bishawab,

Related Posts:

  • Tinggal dunia glamor demi Islam Jason Hamza Perez berusaha membantu mereka yang hidup di jalanan kembali kepada jalan kebenaran. ISLAM telah membuka mata anak muda kelahiran Brooklyn, New York, Amerika Syarikat ini yang suatu masa dahulu terlibat deng… Read More
  • Lelaki Bosnia ini sanggup berjalan kaki ke Mekkah untuk menunaikan HajiDemi memenuhi salah satu rukun Islam yang ke lima . Seorang lelaki Bosnia telah memulakan perjalanan untuk menunaikan haji dan mempersiapkan diri untuk menyeberang ribuan batu dengan berjalan kaki. Laporan daripada The Muslim… Read More
  • Kuasa atau tentera Allah swt yang sangat hebat 5. Tornado Angin Tornado adalah suatu angin pusaran yang sangat kuat. Skala di tengah-tengah adalah dari kumpulan arus kuat awan gelap yang merentang ke permukaan bumi. Apabila munculnya angin Tornado, kerap disertai… Read More
  • Kisah Seorang Budak ButaAda seorang budak lelaki yang buta duduk ditepi tangga sebuah bangunan, dan ada sebuah topi dikakinya. Beliau memegang sebuah tanda yang bertulis: “Saya buta, tolonglah.”  Terdapat hanya beberapa keping duit syiling da… Read More
  • Khas untuk Wanita Sebenarnya wanita senang sangat nak masuk syurga jika mereka menjaga beberapa perkara berikut iaitu tutup aurat, jaga solat, puasa, menjaga kemaluan dan taat kepada suami. Jika kesemua perkara ini dapat dijaga, maka pilihla… Read More

0 comments:

Post a Comment