12 February 2013

Wanita Dituduh ahli sihir dibogel khalayak ramai dan Dibakar Hidup-hidup

Port Moresby - Seorang perempuan di Papua New Guinea pada Rabu 06/02 lalu telah ditelanjangkan, disiram dengan petrol dan kemudian dibakar hidup-hidup di depan kerumunan kanak-kanak sekolah.

Perempuan bernama Kepari Leniata berusia 20 tahun itu dilaporkan diseksa dengan dipukul besi, sebelum dibakar diatas timbunan sampah, lapor akhbar The National, Khamis 07/02 lalu.

Menurut akhbar The Post Courier, perempuan yang masih mempunyai anak kecil itu dibunuh kerana dituduh membunuh seorang anak kecil berusia enam tahun dengan ilmu sihir. Sementara apabila berlaku 'pembunuhan' polis dengan ramai berkumpul menghalang hanya orang tertentu boleh menonton dan tidak berani mencegahnya.

Sebuah kereta bomba malah dihalau keluar oleh sekumpulan orang ramai ketika dalam insiden Rabu pagi kelmarin di bandar Mount Hagen, di Dataran Tinggi Barat.

Menurut surat khabar yang menyiarkan gambar jenazah perempuan itu, dia mengakui membunuh kanak-kanak itu yang meninggal setelah dirawat di rumah sakit dengan aduan sakit perut dan dada pada hari Selasa 05/02 lalu.

Polis mengatakan akan menyiasat insiden pembakaran manusia ini sebagai pembunuhan dan menyediakan dakwaan terhadap mereka yang bertanggung jawab.

Di Papua New Guinea amalan perdukunan masih marak dilakukan. Tahun lalu polis menangkap puluhan orang berkaitan kes kanibalisme (pemakan manusia) yang telah membunuh tujuh orang. Puluhan orang yang ditangkap itu dituduh membunuh, memakan otak para mangsanya dan memasak alat kelamin mangsa.

Malah pada 2011 lalu, seorang lelaki dilaporkan memakan anaknya yang baru sahaja lahir ketika melakukan ritual sihir.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Agama

 

Halimislam Online 2011-2012. All Rights Reserved | Back To Top |