12 February 2013

Anak perempuan General tentera Syria kini turun Berjihad besama FSA

Syria - Ahad 10/02/13 lalu Seorang anak setiausaha tentera berusia 30 tahun, Amirah 'Ar'ur, bergabung dengan FSA dalam rangka menentang rejim Bashar Al-Asad, setelah mendapatkan keahlian dalam ketenteraan yang ia pelajari dari ayahnya.

Ayah Amirah dahulu seorang Setiausaha di keselamatan tentera Syria. Namun sekarang ia menjabat sebagai wakil komander di FSA di Aleppo yang mengeluarkan arahan dan menguruskan operasi ketenteraan.

Semenjak ayahnya bekerja di keselamatan tentera Syria, Amirah selalu menemani ayahnya melawat kem - kam latihan ketenteraan. Sejak kecil, ayahnya melatih Amirah menembak.

Amirah mengakui menemui kesulitan yang sangat setelah bergabung dengan Free Syirian Army (FSA). Selain itu ia menjadi komander yang memimpin brigade yang terdiri dari pata pemuda. Namun, lama - kelamaan dia menjadi terbiasa.

Beberapa wanita Syria juga bergabung dengan pejuang pembangkang, FSA, sebagai pasukan tempur. Seperti seorang jurutera wanita Syria dari Kanada yang datang bergabung untuk melawan pasukan Bashar, Tsuwaiba Kanafani.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Agama

 

Halimislam Online 2011-2012. All Rights Reserved | Back To Top |