25 February 2013

Akibat Lampin Pakai Buang – Pesawat Mendarat Kecemasan

Sebuah kapal terbang di Australia terpaksa mendarat cemas kerana terdapat bau yang amat busuk di kabin pesawat yang akhirnya didapati hanyalah lampai pakai buang bayi.

Lampin pakai buang yang tersangkut di dalam lubang tandas telah menyebabkan penerbangan pesawat kapal terbang Qantas 825 yang dalam perjalanan dari Darwin ke Brisbane tertunda dan terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Mount Isa pada Ahad.


Walau harganya hanya beberapa sen, tetapi lampin pakai buang cukup untuk buatkan kapal terbang yang besar untuk mendarat cemas.
Keadaan itu berlaku selepas penumpang dan kakitangan penerbangan mengadu telah mengidu bau busuk yang disangkanya datang dari kabin.

Namun selepas disiasat barulah mereka mengetahui bahawa bau itu datangnya dari lubang tandas akibat tersumbat dengan lampin pakai buang bayi.

Ketika kejadian, terdapat 161 penumpang dan mereka terpaksa dibawa turun daripada pesawat dengan menaiki forklift memandangkan lapangan terbang Mt Isa tidak mempunyai kemudahan untuk pesawat kapal terbang jenis Boeing 767 itu.

Ia mengambil masa selama dua jam untuk membawa turun penumpang kerana forklift itu hanya mampu memuatkan lima orang pada satu-satu masa.

Sementara Qantas pula terpaksa menyediakan pesawat kapal terbang lain untuk membawa penumpang ke Brisbane, namun bagasi mereka terpaksa ditinggalkan dalam penerbangan 767 itu kerana Lapangan Terbang Mount Isa itu tidak mempunyai keupayaan untuk memindahkannya.

Kejadian berkenaan bagaimanapun tidak mencetuskan kemarahan penumpang sebaliknya mereka menyuarakan rasa puas hati dan sokongan terhadap Qantas.

“Saya dimaklumkan oleh salah seorang kakitangan bahawa tandas tersebut bocor.

“Mereka melakukan yang terbaik untuk memberikan kemudahan kepada kami termasuk membelikan Pizza di Mount Isa,” kata salah seorang penumpang.
 
P/S – Alahai, siapalah yang gamaknya bertindak tidak bertanggungjawab dengan membuang lampin pakai buang bayi kat lubang tandas pesawat kapal terbang. Paham-paham je la yang tandas tu kecik. Kan ada tong sampah khas untuk lampin pakai buang bayi. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tapi alhamdullilah tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Hidup di dunia ni kena fikir orang lain juga. Jangan ikut sedap hati je tau.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Agama

 

Halimislam Online 2011-2012. All Rights Reserved | Back To Top |