12 July 2012

Muslim Yunani Gunakan Ruang Bawah Pangsapuri Untuk Solat

Permusuhan orang awam untuk mendirikan masjid dan krisis ekonomi yang teruk mengakibatkan penangguhan rancangan untuk membina tempat ibadah Muslim di Greece, memaksa jamaah untuk mencari tempat-tempat tidak terpakai untuk memenuhi kewajipan agama mereka.

"Semua agama-agama lain di sini - Yahudi, Buddha - mereka mempunyai sebuah tempat tetapi kita tidak," kata Osama Al-Najjar, 48, kata seorang pengawal industri minyak.

"Jika kami ingin mengamalkan agama kami, kami harus melakukannya dibawah tanah. Kami tidak melakukan sesuatu yang salah," katanya.

Muslim Yunani telah lama mencadangkan pembangunan sebuah masjid besar untuk menampung keperluan keagamaan minoriti Muslim yang terus berkembang. Meskipun mendapat bantahan yang kuat dari Gereja Ortodoks, pemerintahan Yunani telah berjanji untuk mengizinkan pembangunan sebuah masjid di Athens untuk melayani minoriti Muslim. Hal ini membuatkan Muslim Yunani tidak mempunyai pilihan lain selain menggunakan ruang bawah tanah pangsapuri, garaj dan gudang untuk beribadah.

"Siapa yang boleh datang ke sini dan beribadah lima kali sehari?" keluh Naim Elghandour, 57 tahun, ketua Persatuan Muslim Yunani, yang mendakwa mempunyai hampir 18,000 ahli.

"Semua masjid kecemasan tidak sah."

Dihiasi dengan menara masjid dua abad yang lalu, Athens belum mempunyai masjid yang berfungsi sejak akhir pemerintahan Ottoman di awal 1800-an. Sekitar 130 ruang bawah tanah atau gudang di Athens ketika ini berfungsi sebagai masjid sementara untuk 200,000 Muslim yang dianggarkan tinggal di ibu negara Greece. Puluhan ribu pendatang Muslim melakukan solat di rumah-rumah peribadi dan telah melakukan perjalanan beratus-ratus kilometer ke utara Yunani untuk acara pernikahan, pengkebumian dan upacara lain.

Gereja Ortodoks telah  bertahun-tahun berkeras bahawa orang Yunani tidak bersedia untuk melihat sebuah menara masjid di pusat bandar Athens.

Selain tiada masjid, muslim di Yunani juga kekurangan imam atau ulama untuk membimbing keagamaan mereka.

Terdapat sekitar 1.3 peratus%  Muslim daripada penduduk di Greece Kristian Ortodoks, menurut data CIA. Athens merupakan rumah bagi sekitar 100,000 imigran Muslim Albania, Mesir, Pakistan, Bangladesh, Maghribi, Syria dan Nigeria.

Bersamaan dengan permasalahan krisis ekonomi, muslim di Yunani juga menghadapi masalah dari kumpulan anti Islam. Tahun lalu, umat Islam mengadakan solat terbuka di pusat bandar Athens untuk merayakan Aidil Adha, namun diganggu oleh penduduk tempatan yang melemparkan telur pada mereka dan memasang musik dengan kuat di rumah-rumah mereka.

11 July 2012

Fobia Masjid Beralih ke Australia

Fobia Mengenai pembangunan masjid di negara Barat telah berpindah ke ibu negara Australia di mana sebuah masjid baru di kawasan Gungahlin menghadapi penentangan daripada kalangan penduduk meskipun mendapat persetujuan dari dewan masyarakat.

"Dewan masyarakat masih percaya area itu salah satu kawasan yang sesuai untuk Masjid dan kebimbangan tentang lalu lintas tidak akan terbukti jika sistem ring road yang dicadangkan telah mendapat penyelesaian," kata Majlis Komuniti Gungahlin dalam satu kenyataan

"Sampai saat ini belum ada aduan bahawa ada masalah tempat letak kenderaan atau lalu lintas dengan wilayah Way Valley."

Canberra Muslim Community telah memohon pembangunan bagi membina sebuah masjid dengan seramai 500 orang di wilayah Gungahlin. Walaupun Majlis Komuniti telah meluluskan permintaan komuniti muslim, rakyat telah mengemukakan aduan kepada badan kerajaan, Australian Capital Territory (ACT), terhadap tempat ibadah Muslim tersebut.

Para penentang mengatakan pembangunan masjid akan menimbulkan masalah lalu lintas, tempat letak kenderaan, dan kurangnya perundingan dengan warga asal Australia. Kerana mereka juga menganggap bahawa kewujudan rumah ibadah umat Islam itu tidak sesuai dengan nilai dan undang-undang Australia.

Penolakan lain yang ditanyakan kepada ACT adalah bahawa lembaga tersebut harus meyakinkan penduduk wilayah Gungahlin bahawa pusat Islam tersebut tidak dikendalikan oleh orang-orang yang dianggap mempunyai pandangan agama yang sangat kuat. Bahkan seorang penduduk menyatakan kebimbangan yang tidak berasas bahawa jika terdapat wanita berpurdah setelah masjid dibina maka mereka akan 'menakutkan' anak-anak di kawasan mereka.

Islam adalah agama kedua terbesar di Australia setelah Kristian. Muslim, yang telah berada di Australia selama lebih dari 200 tahun, membentuk 1.7 peratus daripada 20-juta penduduknya.

Namun, ramai rakyat yang terbuka untuk menyambut tempat ibadah Muslim, mengabaikan rasa kebimbangan yang dilafazkan oleh orang-orang yang agak fobia dengan kewujudan Islam di sana.

"Kerana itu saya sangat menyokong perkembangan ini. Hal ini sesuai dengan pusat bandar, reka bentuk yang tepat dan rangkaian jalan direka untuk menangani lonjakan lalu lintas," ungkap seorang rakyat melalui surat sokongan. Penduduk mencatat bahawa Masjid baru akan "melengkapkan dua gereja yang telah ada", idea yang sama oleh Majlis Komuniti Gungahlin.

"Dewan bandar tidak keberatan mengenai adanya lembaga keagamaan lain di pusat bandar dan akan terus menyokong pembangunan masjid di wilayah ini," kata dewan bandar dalam satu kenyataan.

9 July 2012

Agama Islam di San Diego kini paling pesat berkembang

Anggaran terkini menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang semakin berkembang di county pemerintahan daerah kedua terbesar di California. Peningkatan yang telah membawa cabaran baru bagi minoriti Muslim di Amerika Syarikat.

"Tentu saja seperti yang kita katakan, tidak ada kemajuan tanpa pengorbanan," kata Abdel Jalil Mezgouri, seorang di imam Islamic Center San Diego, kepada akhbar UT San Diego.

"Budaya ini menjadikan mereka mempunyai cabaran untuk menyesuaikan diri dengan tempat baru."

Bancian terkini untuk kumpulan keagamaan di Amerika Syarikat telah menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang paling cepat berkembang di San Diego County, daerah kedua yang paling padat penduduknya di California. Didapati bahawa jumlah umat Islam di San Diego County meningkat sebanyak 179 peratus daripada 7,878 pengikut menjadi 21,994 pada tahun 2000-2010, menempatkan Islam sebagai agama yang ketujuh terbesar di daerah ini.

Bancian, oleh Association of Statisticians of American Religious Bodies, berdasarkan kiraan untuk semua rumah ibadah di daerah California. Kajian itu juga menunjukkan bahawa di wilayah itu, penganut Mormon meningkat sebanyak 25,227 pengikut, meningkat 55 peratus, sehingga menjadi gereja ketiga terbesar di daerah ini. Secara umumnya, Islam meningkat sebanyak 1 juta pengikut antara tahun 2000 dan 2010, menurut bancian, peningkatan dari 1.9 juta pengikut. Islam meningkat sebanyak 67 peratus, sedangkan Mormonisme tumbuh sebanyak 46 peratus.

Pertumbuhan penduduk Islam ini disebabkan penghijrahan orang luar ke sini, terutama di kalangan Somalia, Iraq, Afghanistan dan pelarian Bosnia, dan peningkatan kelahiran dan kehadiran para mualaf. San Diego adalah rumah bagi penduduk pelarian kedua terbesar dari Afrika Timur di Amerika Syarikat.

"Mereka mempunyai banyak cabaran, dan pertubuhan kami banyak membantu mereka," kata Hussein Nuur, pengarah pembangunan ekonomi Horn of Africa, organisasi bantuan pelarian Afrika yang berpusat di San Diego.

Oumar Ba, 48, datang ke San Diego County pada tahun 2006 untuk mengelakkan penindasan di negara asalnya Mauritania, di barat laut Afrika.

"Ketika saya datang, saya tidak dapat bertutur dalam Bahasa Inggeris," kata Ba.

"Jadi, sukar. Jika anda tidak bertutur dalam Bahasa Inggeris, anda tidak mempunyai pekerjaan. Anda perlu banyak sokongan."

Pertumbuhan penduduk Islam di San Diego County telah menimbulkan cabaran baru bagi umat Islam untuk mencipta pemahaman yang lebih baik dari agama mereka.

"Kami mempromosikan pendidikan dan orang datang ke masjid untuk belajar tentang Islam," kata Mezgouri.

Imam Mezgouri mengatakan kadar pengangguran yang tinggi telah membuat integrasi sukar bagi pendatang baru. Diskriminasi yang makin hebat selepas serangan 9/11 juga masih merupakan cabaran bagi umat Islam, katanya.

"Secara umum, San Diego County adalah tempat yang paling indah," kata Hanif Mohebi, Pengarah Eksekutif Council on American-Islamic Relations (CAIR) di San Diego.

Wilders tak henti-henti beri tekanan pada Kebangkitan Islam Amerika

Memberi mesej Islamophobia di negeri Colorado, politik dan ahli-ahli parlimen, Geert Wilders, telah meminta penggubal undang-undang Amerika untuk melarang pembangunan masjid bagi membantu menghentikan apa yang disebut sebagai 'Islamisasi' di Barat.

"Jika kita tidak menghentikan Islamisasi, kita akan kehilangan segalanya: identiti kita, budaya kita, negara demokrasi berperlembagaan kita, kebebasan kita, dan peradaban kita," Wilders mengatakan dalam Sidang Kemuncak Konservatif Barat di Colorado.

Wilders, pemimpin Parti Kebebasan sayap kanan, mengatakan bahawa pengharaman terhadap masjid akan membantu menghentikan Islamisasi Eropah dan Amerika Syarikat.

"Kita harus melarang pembangunan masjid baru. Cukup sudah Islam di barat."

Wilders terkenal kerana aksi anti Islam. Dia pernah menyeru larangan Al-Quran dan menyebutkan kitab suci umat Islam tersebut sebagai kitab yang "fasis". Pada tahun 2008, Wilders mengeluarkan filem dokumentari berjudul 'Fitna' selama 15 minit yang menuduh Al-Qur'an menghasut kekerasan.

Kempen anti Islam-nya juga telah membantunya membuat keuntungan terbesar bagi partinya sejak Wilders ditubuhkan pada tahun 2006.

Seruan Wilders kepada ahli perundangan di negara bahagian Amerika tesebut turut mendapat sokongan.

"Anda tahu, kami harus mendengar lebih banyak tentang itu, kerana, seperti kata dia, masjid tidaklah seperti gereja-gereja, sebagaimana kami (orang Amerika) akan berpandangan terhadap gereja," kata Senator Negeri Colorado Kevin Grantham pada The Statesman Colorado.

"Mereka (Muslim) berpandangan bahawa masjid lebih sebagai tempat berpijak ke dalam masyarakat, lebih dalam lagi secara budaya dan dalam erti nasionalis. Gereja kita, kita tidak merasa seperti itu, gereja (hanyalah) tempat ibadah, dan masjid tidak hanya itu , dan kita perlu berfikir sebelum bersetuju pembangunan masjid tersebut, "katanya.

Di seluruh Amerika, pembangunan masjid menghadapi tentangan hebat baru-baru ini. Sekurang-kurangnya 18 projek Masjid dari Mississippi hingga Wisconsin mendapat tentangan dalam proses pembangunannya dengan pelbagai alasan seperti masalah lalu lintas hingga keganasan. Namun tidak semua anggota undang-undang mempunyai pandangan yang sama. Senator Colorado Kevin Lundberg mengkritik seruan Wilders untuk melarang masjid di Amerika Syarikat.

"Wilders menunjukkan beberapa perhatian untuk beberapa masalah yang telah terjadi di negeri ini, dan ada beberapa masalah yang kita perlu sedari dari sini, tapi saya belum bersedia untuk menyokong apa yang dikatakannya," katanya.

Senator Lundberg mengatakan bahawa semua orang Amerika mesti mempunyai kebebasan penuh membangun tempat ibadah mereka.

"Kami adalah masyarakat yang bebas, dan ada risiko dengan kebebasan," kata Lundberg.

8 July 2012

[Video] Ahli Politik Jordan Cabut Pistol Ketika Debat di TV secara langsung

Penonton sebuah debat politik Jordan yang disiarkan secara langsung oleh sebuah stesen televisyen mendapat tayangan yang mengejutkan. Seorang peserta debat, Mohammad Shawabkeh, tiba-tiba mengangkat pistol pada lawannya, Mansour Murad.

Al Arabiya Sabtu 7 Julai 2012 memberitahu, awalnya Murad, seorang aktivis politik, menyebut kabinet pemerintahan Jordan dengan sebutan parasit korup.

Shawabkeh, yang merupakan seorang ahli parlimen, membalas dengan berkata, "anda tidak punya hak mengkritik kerajaan sementara anda sendiri menyokong rejim Syria."

Insiden bermula apabila Murad kemudian mencela ayah Shawabkeh, sehingga kasut Shawabkeh terkena di wajahnya dengan tepat. Tak cukup di situ, Shawabkeh juga mengeluarkan pistol disebalik jaketnya untuk menakut-nakutkan.

Usaha pengerusi majlis untuk memisahkan mereka berdua sia-sia. Adegan yang berlangsung selama setengah minit ini menjadi tontonan awam Jordan kerana kamera tidak dimatikan.

Merasa menjadi korban pergaduhan di hadapan umum, Murad membawa insiden ini ke muka pengadilan. Dia pun menyatakan tuduhan percubaan membunuh serta fitnah pada Shawabkeh. "Jika saya diam saja, itu bermakna tiada kebebasan bersuara," tegas Murad.

Kemarahan pemimpin Islam, Yahudi dan Kristian Jerman atas larangan khitan anak lelaki

Pemimpin Muslim Jerman telah mendesak parlimen untuk meluluskan peraturan perlindungan sunat/berkhatan bagi memastikan kebebasan beragama setelah keputusan mahkamah melarang amalan ketika dilakukan dengan alasan agama.

"Kami menyeru kepada Bundestag Jerman (majlis rendah) dan kerajaan untuk bertindak secepat mungkin bagi menamatkan kekeliruan undang-undang ini dan menetapkan perlindungan undang-undang yang membolehkan bagi khitan pada anak lelaki," Gurcan Mert dari Uni Islam Turki berbincang juga atas nama masyarakat Islam yang lain, kepada agence France Presse (AFP).

Uni Islam Turki adalah salah sebuah daripada 20 organisasi yang mewakili sebahagian besar umat Islam Jerman yang mendesak parlimen untuk memastikan kebebasan agama bagi minoriti sejak adanya peraturan 26 Jun lalu yang melarang khitan untuk anak lelaki.

Bulan Jun lalu, Mahkamah serantau di Cologne di Jerman barat memutuskan bahawa sunat untuk alasan agama dinyatakan membahayakan dan dengan demikian dianggap suatu tindakan kejahatan. Keputusan itu terjadi ketika seorang kanak-kanak empat tahun Islam di sunat oleh seorang doktor Jerman atas kehendak ibu bapanya. Mahkamah memutuskan bahawa anak usia 4 tahun dianggap belum cukup umur untuk disunat dan ibu bapanya harus menunggunya sehingga dianggap lebih bersiap sedia. Namun keputusan tersebut juga tidak memberikan batasan minimum untuk kanak-kanak semasa disunatkan.

Bagi Yahudi menyunat bayi lelaki lapan hari selepas dilahirkan adalah untuk mengingat perjanjian mereka dengan Allah. Waktu untuk sunat bagi umat Islam berbeza dengan budaya keluarga, daerah dan negara.

Keputusan kontroversi mencetuskan kemarahan di kalangan pemimpin Islam, Yahudi dan Kristian, yang mengecam keputusan tersebut sebagai ganguan serius kepada kebebasan beragama.

"Keputusan itu menandakan pukulan yang hebat terhadap integrasi", kata Ali Kizilkaya, juru bicara Dewan Penyelarasan Muslim di Jerman.

"Jerman adalah negara yang berdasarkan undang-undang, di mana hak dalam kebebasan agama tertentu sangat penting dan saya berfikir bahawa larangan (sunat) tidak baik bagi Jerman dan konsep hak asasi," katanya.

Lelaki Iraq Letup Bom keluarga sendiri kerana pro dengan kerajaan Syiah

BAGHDAD - Seorang lelaki meledakkan bom terhadap ahli keluarganya sendiri di Iraq barat. Aksi ini membunuh sepupunya sendiri yang pro dengan kerajaan syi'ah dan enam kerabat yang lain, kata para pegawai pada Sabtu lalu.

Serangan itu menyasarkan pemimpin Sahwa (Syiah) di bandar Ramadi. Pembunuhan itu merupakan sebahagian daripada keganasan enam bulan selepas pasukan Amerika mundur.

Pengebom memasuki rumah sepupunya, pemimpin Sahwa tempatan, pada Jumaat malam ketika  ahli keluarganya  berkumpul untuk makan, kata seorang pegawai polis di Ramadi, ibu kota provinsi Anbar, 115 kilometer (70 batu) barat Baghdad.

Dia mendekati sepupunya dan meledakkan bom, membunuh sasaran serta isterinya, tiga anak-anak remaja mereka, saudaranya dan orang-orang yang berada disitu, kata pegawai itu.

Seorang pekerja rumah sakit di Ramadi mengesahkan kejadian yang mengorbankan beberapa orang itu. Kedua-dua pejabat berbicara tanpa mahu disebut identitinya kerana mereka tidak dibenarkan untuk mengeluarkan maklumat.

Anbar adalah wilayah Sunni di mana suku pertama memberontak melawan Al Qaeda pada akhir tahun 2006 dan 2007, bergabung dengan pasukan AS untuk memerangi pemberontakan.

Gerakan ini disebut Sahwa atau Kebangkitan. Para anggota Sahwa adalah target kelompok perlawanan Sunni, yang melihat mereka sebagai pengkhianat.

Pasukan Amerika terakhir meninggalkan Iraq pada 18 Disember, hampir sembilan tahun selepas memimpin pencerobohan untuk menggulingkan diktator Saddam Hussein. Segera setelah pengeluaran, Al-Qaeda melancarkan gelombang berdarah pengeboman dan pembunuhan yang mensasarkan orang-orang pro kerajaan syiah.

Serangan itu sedikit berkurang sejak Januari, tapi mulai awal Jun, pengeboman besar terus terjadi hampir setiap hari, mengorbankan sekurang-kurangnya 300 orang.

Rakyat Amerika yang memeluk agama Islam kini cecah hampir 7 juta orang

Isa Parada
Menghadapi bermacam-macam orang dari bangsa dan ideologi yang berbeza, Isa Parada, seorang mualaf Hispanic asal Houston, sedang cuba untuk menghubungkan perbezaan antara komuniti Latin dan komuniti Muslim Amerika, cuba untuk menjadi contoh bagi komuniti Islam Latin yang semakin berkembang.

"Masyarakat Islam dan komuniti Hispanik tidak tahu banyak tentang mereka antara satu sama lain," kata Isa Parada, yang bekerja di beberapa masjid melalui Islamic Society of Greater Houston, kepada Houston Chronicles.
 
Di New York dan Houston, Parada pernah menjadi aktivis gereja kerana keluarganya yang merupakan paroki Katolik (pengurus dalam suatu wilayah), membaca kitab bersama keluarganya. Masuk Islam pada tahun 1996,  dan mendapat tentangan dari keluarganya yang menuduhnya menolak budaya mereka.

"Ketika saya bertaubat, orang Hispanik banyak berfikir saya menolak budaya Latino saya," katanya.

"Mereka fikir saya harus 'menjadi orang Arab untuk menjadi Islam yang baik."

Parada mendapati bahawa masyarakat Islam tidak tahu bagaimana menghadapi masyarakat Hispanik dan kurang mempunyai sumber daya para mualaf yang mampu berbahasa Sepanyol. Bekerja sama dengan Mujahid Fletcher, seorang mualaf Hispanik dari Houston, mereka kini menghasilkan video, fail audio dan kisah-kisah berbahasa Sepanyol untuk mendidik komuniti Hispanik tentang Islam. Mereka melancarkan situ yang disebut Islaminspanish.org.

Parada percaya bahawa Islam adalah jawapan segala persoalan keagamaan yang dulu dia miliki ketika masih menjadi remaja Katolik.

Selain perbezaan budaya, Parada menyatakan bahawa menjadi seorang muslim sesuai pada isu-isu penting pada komuniti Latin, seperti imigresen dan kekerasan.

"Anda tidak akan melihat ramai Muslim memandang rendah terhadap orang luar," kata Parada.

"Mereka tahu bagaimana rasanya disisihkan, dipandang rendah dan diperlakukan sebagai warga kelas dua."

Bekerja sebagai seorang imam di Houston, ia tertumpu pada pendidikan pemuda yang ia berharap untuk menjauhi kehidupan 'jalanan' dan jauh dari pengaruh negatif.

Untuk alasan ini dan lain-lain, Parada mengatakan komuniti Muslim Latin akan terus berkembang.

"Ketika saya pertama kali memeluk agama Islam, hanya ada kira-kira 20 orang Islam Hispanik di Houston, tapi di bulan lain semakin berkembang, di salah sebuah masjid dengan lebih daripada 100 orang Latin yang hadir," kata Parada.

Meskipun tidak ada angka yang tepat, Amerika Syarikat dipercayai menjadi rumah bagi hampir tujuh juta orang Islam. Menurut Pew Research Center, 6 peratus Islam Amerika adalah Hispanik. Selebihnya, satu daripada 10 mualaf Amerika adalah Hispanik, dan angka itu terus meningkat. The American Muslim Council menempatkan jumlah Islam Latino di AS sekitar 200,000 pada tahun 2006.

Komuniti terbesar Islam Latino ada di daerah dengan angka tertinggi Latin, seperti New York City, Chicago, Los Angeles dan Miami. California adalah negara bahagian dengan jumlah muslim Latin yang paling besar.

6 July 2012

Kristian Koptik Mesir tubuh Ikhwanul Kristian untuk Lawan Ikhwanul Muslimin

Sekumpulan aktivis Kristian Koptik di Mesir mengumumkan pembentukan Persaudaraan Kristian untuk melawan pengaruh Ikhwanul Muslimin. Terutama setelah calon mereka Muhammad Mursi memenangi pemilihan presiden.

Idea ini pertama kali bermula pada tahun 2005 oleh peguam Mamdouh Nakhla, ketua al-kalema, Lembaga Hak Asasi Manusia, dan penganalisis politik Michel Fahmi. Hal ini kemudian diterima pakai oleh Amir Ayad, ahli Maspero Youths Union for Free Copts, kumpulan yang ditubuhkan selepas pertengkaran dengan pasukan tentera di depan bangunan TV di daerah Maspero Kaherah membunuh lebih dari 20 Kristien Koptik.

Ikhwanul Kristian mempunyai cawangan di 16 pemerintahan di Mesir serta empat cawangan di luar Mesir, tiga di Eropah dan satu di Australia.

"Ideanya bermula pada tahun 2005 dengan munculnya kumpulan-kumpulan Islam, tetapi tidak diwujudkan ke dalam tindakan sejak itu," kata Michel Fahmi pada Al Arabiya dalam sebuah wawancara telefon yang disiarkan 5 Julai 2012.

"Ideanya bermula pada tahun 2005 dengan munculnya kumpulan-kumpulan Islam, tetapi tidak diwujudkan ke dalam tindakan sejak itu," kata Michel Fahmi pada Al Arabiya dalam sebuah wawancara telefon yang disiarkan 5 Julai 2012.

Fahmi menjelaskan bahawa kemenangan calon pemilihan presiden Ikhwanul Muslimin yang mengambil langkah-langkah untuk mencipta Ikhwanul baru.

"Saat penting untuk membentuk lembaga yang dapat menahan kebangkitan Islam."
Fahmi menyatakan bahawa ia tidak mempunyai masalah untuk menyebut Ikhwanul Kristian, mengingat Ikhawanul Muslimin juga merupakan kelompok berasaskan keagamaan.

"Kami menciptakan kumpulan kami untuk mencipta keseimbangan dalam agenda politik Mesir."

Kelompok baru, menurut Fahmi, tidak bertujuan untuk bersaing dengan Muslim tetapi untuk menyesuaikan dengan kebangkitan politik Islam.

"Muslim adalah sesuatu dan Islam adalah sesuatu yang lain dan itu tidak benar bahawa kami ingin Kristian Koptik untuk mengambil bahagian dalam pemilihan presiden."

"Dengan kemenangan Muhammad Mursi, kami merasa bahawa Mesir akan segera berubah menjadi negara agama sehingga kami memutuskan untuk membuat kumpulan sebagai alat perlawanan damai terhadap kekuasaan Islam," kata Amir Ayad seperti dilaporkan oleh surat khabar Mesir Al-Youm al-Sabea.

Dalam tanggapan pertama yang dikeluarkan oleh kelompok Islam, Front Salafi, menyambut pembentukan Persaudaraan Kristian sebagai rakan kongsi dari Ikhwanul Muslimin.

"Selama Ikhwanul Kristian akan mematuhi undang-undang dan akan bekerja untuk kesejahteraan Mesir, maka tidak ada masalah," kata Khaled Said, jurucakap rasmi Front Salafi Mesir.