28 December 2012

Majoriti Kristian Tidak Percaya Jesus Lahir 25 Disember

WASHINGTON - Pungutan pendapat yang dilakukan beberapa hari terakhir dengan tema "Apakah Umat Kristian Benar-benar Percaya Krismas", menunjukkan 83 peratus responden menjawab dengan yakin bahawa Isa tidak lahir pada 25 Disember.

96 peratus daripada mereka yang dikaji menyatakan diri mereka sebagai orang Kristian. 82 peratus daripada mereka mengaku telah menjadi orang Kristian selama lebih dari 10 tahun, dan 79 peratus menyatakan mereka telah membaca seluruh kitab sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

60 peratus daripada responden itu adalah wanita.

Kajian atau pungutan pendapat ini dilakukan oleh sebuah laman web bernama King James Bible Online, yang mendorong pengunjung laman itu agar mahu membaca kitabnya secara online. Menurut website itu, 65 peratus pembacanya adalah warga Amerika Syarikat (AS).

Laman Christian Today melaporkan bahawa jika sebagaian besar responden menjawab mereka tidak percaya Jesus dilahirkan pada 25 Disember, maka masih ada 71 peratus daripada responden yang mengatakan "orang Kristian masih harus merayakan Krismas". Sedang satu perempat daripada responden menyatakan "Tidak perlu merayakan Krismas".

Kebohongan Santa Klaus

Sementara itu ketika ditanya sama ada "OK" membiarkan kanak-kanak percaya pada Santa Claus? 64 responden menjawab "Jelas tidak, kerana itu kebohongan". Sementara bakinya 28 peratus menjawab "Ya, biarkan kanak-kanak percaya Santa Claus, namun hanya untuk berseronok."

Kalendar Kristian Salah

Awal tahun ini, Paus dalam buku terbarunya berpendapat bahawa kalendar Kristian ketika ini berdasarkan pada pengiraan yang salah.

Paus Benediktus XVI menyatakan Isa lahir beberapa tahun lebih awal daripada yang umumnya diyakini umat Kristian. Dalam buku terakhir dari trilogi Paus "Jesus dari Nazaret" yang dikhaskan untuk Yesus, Paus menulis tentang kesalahan yang dibuat oleh rahib abad ke-6 Dionysius Exiguus atau Dennis kecil, yang "melakukan kesalahan ... dengan beberapa tahun" pengiraan awal kalendar kami.

"Tarikh pasti kelahiran Isa adalah beberapa tahun sebelumnya," tuntutan Paus dalam buku itu. Pendapat Paus ini sebenarnya bukanlah perkara baru. Banyak sejarawan dan ahli sains yang bersetuju dengan pendapat Paus Benedict XVI, yang percaya bahawa Jesus lahir kira-kira antara tahun 6 Sebelum Masehi dan 4 Sebelum Masihi.

0 comments:

Post a Comment