27 December 2012

Hamas melarang keras Wartawan Gaza Bekerja di Media Israel

Gaza - Kerajaan Hamas di Semenanjung Gaza melarang wartawan tempatan bekerja untuk media Israel.

Keputusan larangan itu diambil dalam mesyuarat kabinet mingguan, yang menyebut media Israel mengambil sikap bermusuhan terhadap Palestin.

Kenyataan bertulis yang dikeluarkan Hamas merinci nama media dan stesen televisyen Israel yang beroperasi di Gaza dengan memimpin rumah produksi tempatan.

Bagi Hamas, yang berkuasa di Semenanjung Gaza sejak 2006, larangan ini merupakan kali pertama mereka terapkan. Hamas juga mengatakan larangan ini dikeluarkan kerana Israel terus merampas tanah Palestin untuk membina sejumlah penempatan Yahudi.

Keputusan ini diambil selepas konflik lapan hari November lalu yang menewaskan 177 warga Gaza dan enam warga Israel.

Organisasi Human Rights Watch (HRW) belum lama ini mengecam Israel kerana menyerang wartawan dan kemudahan media di Gaza yang mengorbankan dua juru kamera Palestin dan mencederakan 10 petugas media lain.

0 comments:

Post a Comment