26 June 2012

Pembangkang Syria jalin Hubungan dengan Israel?

Seorang diplomat asal Syria yang bekerja untuk Bashar al Assad, membocorkan maklumat perisikan ke Israel dan Amerika Syarikat (AS). Diplomat itu pun dinilai membantu proses komunikasi antara pembangkang Syria dan Israel.

Menurut stesen televisyen Israel, laporan perisikan itu dihantar ke pihak perantaraan. Pihak perantaraan di Israel akan memberikan laporan itu ke Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan anggota Knesset (Parlimen Israel).

Walaupun diberi kepercayaan penuh oleh Kerajaan Damsyik, diplomat itu ternyata seorang pembelot dan membela pembangkang Syria. Aktiviti yang selama ini dilakukannya adalah menjalin hubungan antara pembangkang Syria dan Israel. Demikian, seperti diberitakan Times of Israel, pada Jumaat 22/6/2012 yang lalu.

Diplomat itu membocorkan laporan yang menyebutkan adanya pengagihan senjata dari Iran dan Hizbullah ke Syria. Setakat ini, kedua-dua pihak yang juga dimusuhi oleh Negeri Yahudi itu seringkali dituduh membekalkan senjata ke Syria. Hingga saat ini, Israel juga sangat terancam dengan kewujudan Iran dan Hizbullah.

Laporan pembelotan diplomat Syria, muncul serentak dengan kes pembelotan seorang juruterbang Tentera Udara Syria. Seperti diketahui, juruterbang itu kabur saat menjalani latihan terbang dengan pesawat MiG-21 ke Jordan. Juruterbang itu pun meminta perlindungan politik di Kerajaan Jordan.

Setakat ini, insiden pembelotan cukup marak di kalangan tentera Syria. Pada Mac lalu, Kerajaan Turki melaporkan bahawa dua orang jeneral, satu orang kolonel, dan dua sarjan di Syria membangkang.

Mereka melarikan diri dari negara mereka dan masuk ke wilayah Turki. Pada bulan yang sama, Timbalan Menteri Minyak Syria juga melakukan pembelotan dan hal itu dinilai menjadi pembelotan pertama yang dilakukan oleh pegawai tinggi Syria.

0 comments:

Post a Comment