23 April 2012

Serangan Hackers gagal Lumpuhkan Laman Minyak Iran

Juru runding Kementerian Minyak Iran berkata, serangan cyber Hackers yang menyasarkan laman perkhidmatan dan Syarikat Minyak Nasional Iran gagal menembusi data-data penting perusahaan.

Dilaporkan, serangan cyber itu terjadi pada Isnin, 23/04/12 namun tidak merosakkan database kedua Jabatan, kerana server kedua department tersebut terpisah, malah keduanya mempunyai rangkaian berbeza dan tidak disambung ke internet, "kata Ali-Reza Nikzad kepada agensi berita Fars , Isnin 23/04/12.

Menurut pegawai itu, hanya data awam mengalami kerosakan. Serangan tersebut dikenalpasti memakai malware virus yang membakar motherboard dan memadam beberapa database.

Lebih lanjut, Nikzad mengatakan, semua data primer dan sekunder sebelumnya telah di Backup dan tidak ada kebimbangan mengenai masalah ini.

Kontrak Senjata Saudi Menguntungkan Britain

Pengeluar senjata terbesar Britain, BAE Systems akan memperolehi beratus-ratus juta dolar daripada keuntungan kontrak jet Eurofighter yang akan dijual ke Arab Saudi.

BAE Systems mengatakan kontrak berkaitan pada peningkatan kemampuan 48 Typhoon Aircraft yang akan dibina di Saudi dengan kontrak bernilai RM 239.7 juta. Demikian laporan media Britain.

Dalam jet pejuang 48 Typhoon Aircraft itu juga akan ditambah peluru berpandu baru dan teknologi radar. Jet pejuang pertama  sebanyak 24 buah telah diserahkan kepada angkatan udara Saudi.

Rundingan lain Saudi-Britain juga sedang berlangsung, termasuk kemudahan penyelenggaraan BAE untuk jet pejuang di Arab Saudi.

Di kawasan Timur Tengah, Arab Saudi tetap menjadi pembeli senjata yang terbesar. Saudi menghabiskan dana sebanyak RM 1.5 bilion untuk membeli senjata pada tahun 2010. Sementara Kesatuan Arab Bersatu menghabiskan dana sebanyak RM 5.33 juta dan Israel, RM 4.7 juta.

Hacker besar Saudi 'Pembela Islam dan Nabi' Meninggal dunia

Seorang Hacker dengan nama samaran "Cyber pengganas" yang menggelarkan dirinya untuk "membela Islam dan Nabi" dilaporkan telah meninggal dunia kerana penyakit asma, lapor The Jerussalem Post.

Hacker ini berbangsa Arab Saudi, dan telah beberapa kali menyerang laman web Yahudi dan Israel. Dia meninggal dunia kerana serangan asma ketika usianya berumur 28 tahun, lapor media Emiriah Arab Al Bayan, Sabtu 21/04 lalu.

"Pembela Islam dan Nabi di dunia maya ini sebelumnya telah menyerang laman web keselamatan internet Kaspersky dan Microsoft. Selain itu si "Cyber pengganas" ini juga dilaporkan pernah menggodam pelbagai laman Yahudi, bank dan beberapa syarikat besar menurut laporan tersebut.

Pemuda 28 tahun ini juga pernah menyerang laman web milik kartunis Denmark yang menghina Nabi Muhammad saw. dengan karikaturnya.

Ia dikabarkan pernah menolak tawaran pekerjaan dengan bergaji besar dari sebuah syarikat, kerana syarikat itu mempunyai hubungan dengan Yahudi.

Pada awal tahun ini, seorang hacker dari Arab Saudi yang lain, dikenali dengan nama "OxOmar" telah menyusup ke beberapa laman Israel. Dia telah mencuri data dan mendedahkan maklumat peribadi dan nombor kad kredit ribuan warga Israel. Langkah ini mencetuskan perang antara hacker pro dan anti-Israel.

Sementara itu, tidak ada laporan yang lebih terperinci mengenai kematiannya "Cyber Teroris" ketika usianya 28 tahun.

22 April 2012

[Video]Pejuang Islam Berjaya lari Dari Penjara dan selamat dari hukuman mati

Januari lalu (04/01/2012) telah dilaporkan 12 orang pejuang islam yang akan dijatuhi hukuman mati oleh kerajaan Pakistan kerana dituduh terlibat melakukan percubaan pembunuhan kepada bekas presiden Pakistan, Pervez Musharaf sewaktu menjawat jawatan sebagai presiden.





Ini merupakan Video hukuman Mati yang akan dijatuhkah pada 12 Tahanan Islam di Pakistan

12 orang pejuang ini dijatuhi hukuman mati oleh penguasa Pakistan kerana dituduh melakukan percubaan membunuh terhadap bekas presiden Pervez Musharaf ketika beliau menjawat jawatan sebagai presiden. Mereka berharap kepada kaum muslimin untuk mengambil berat terhadap kes mereka bagi mengecam pemerintahan Pakistan yang tidak adil dalam memberikan hukuman dan bersikap tidak berperikemanusiaan selama mereka berada di dalam penjara.

Diantara kedua belas gerakan Islam itu ialah Niaz Mehmud, Adnan Rashid, Muhammad Zubair, Ikhlas Ahmad, Nike Arshad Mehmud, Sarwar Bhati, dan Rana Naveed.

Namun beberapa hari lalu, salah seorang banduan, Adnan Rashid berjaya melarikan diri dari Penjara Bannu, Wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan pada 15 April 2012 bersama dengan sekitar 400 orang yang lain, seperti dimaklumkan The Long War Journal.

Ini video wawancara eksklusifnya

21 April 2012

Israel: Apabila Bashar Assad Jatuh, Iran akan jadi lemah

Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak mengatakan,apabila Presiden Syria Bashar Assad dijatuhkan, hal itu akan melemahkan kekuatan Iran. Barak juga menilai, apabila jatuhnya Assad akan memberi lebih manfaat bagi negaranya.

Barak menambah, sejumlah kumpulan anti-Israel yang merupakan rakan kongsi Iran, berkumpul di Lubnan dan Gaza. Undian akan lemah bila Presiden Assad dijatuhkan dari kerusi presiden.

"Menjatuhkan Assad akan memberi tamparan ke Iran. Peristiwa ini sangat positif," ujar Barak, seperti dilaporkan oleh Associated Press, Jumat (20/4/2012).

Ketika ditanya mengenai sikap Amerika Syarikat (AS) yang meyakini Iran belum memutuskan untuk membina senjata nuklear, Barak langsung menolak dakwaan itu.

"Pemimpin Spiritual Iran Ayatullah Khamenei mungkin tidak memberikan perintah untuk membina senjata nuklear. Khamenei tahu bila dirinya memerintahkan negaranya untuk membina senjata nuklear, dia akan menerima kecaman keras dari AS dan Israel," tambahnya.

Pada minggu ini Barak menegaskan, Israel tidak memberi janji kepada AS bahawa Negeri Yahudi itu menahan diri untuk menyerang Iran. Barak tidak yakin akan proses dialog yang selama ini digunakan untuk menyelesaikan isu nuklear Iran.

"Kami tidak bergabung dalam rundingan itu, namun kami rasa AS mempunyai rancangan untuk menghentikan Iran," jelasnya.

Sementara itu, Khamis, 19/04/12, Jurucakap Kementerian Luar Negeri Iran menegaskan bahawa Tehran sentiasa  bersiap sedia berkerjasama untuk perbincangan nuklear Iran. Namun tetap menegaskan bahawa Iran tidak akan pernah takut dengan apa-apa bentuk ancaman.

"Adalah hak asasi Iran menikmati tenaga nuklear untuk tujuan berdamai," kata Ramin Mehmanparast dalam sebuah wawancara dengan TV Nasional kerajaan Serbia pada hari Khamis.

"Bangsa Iran tidak akan melepaskan hak-hak asasi di bawah telunjuk Barat," tambahnya.

Hingga saat ini, AS terus mengawasi perkembangan isu di Timur Tengah yang berkaitan dengan isu Syria dan Iran. AS juga memantau masalah bantuan mereka untuk Israel, dalam hal pengadaan sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome.

20 April 2012

Lagi pesawat terhempas di Pakistan 127 terbunuh

Pesawat Bhoja Air Boeing 737-200 yang membawa 132 penumpang jatuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Islamabad, Pakistan, dilaporkan lebih dari 127 orang penumpang terbunuh.

Dipetik dari Press TV, Sabtu (21/4/2012), Bhoja Air Boeing 737-200 itu terbang dari Karachi ke Islamabad dan dijadualkan akan mendarat pukul 6:50 (1350 GMT) waktu tempatan tapi menurut keterangan pegawai lapangan terbang tempatan, cuaca buruk menjadi salah satu penyebab jatuhnya pesawat ini.

Kapal nahas tersebut membawa 121 penumpang, 11 anak kapal, serta enam krew pesawat, kata Jabatan Pertahanan Pakistan.

Saksi mata menjelaskan, pesawat nahas itu tiba-tiba turun dengan sangat cepat sehingga akhirnya jatuh ke tanah. Sejumlah bangunan juga rosak akibat kemalangan ini. Sejurus kemudian kepulan asap dan api tinggi keluar dari lokasi kemalangan. Dilaporkan, berlaku kebakaran beberapa bangunan ditempat lokasi kejadian.

Sumber-sumber Pihak Berkuasa Penerbangan Awam mengatakan pesawat itu sebelumnya mendapatkan izin untuk mendarat, namun pesawat terputus perhubungan dengan menara kawalan beberapa minit sebelum jatuh di bandar Goral.

Kapten Arshad Mahmood dari Angkatan Laut Pakistan mengatakan, kemalangan berlaku ketika pesawat mendekati landasan pacu untuk mendarat.

Sementara itu, ahli penerbangan tempatan, Razaullah Khan, berkata, berdasarkan potongan-potongan yang ada, pesawat jatuh ke darat dengan sangat kuat. Pihak Bhoja Airlines hingga kini ini belum memberikan keterangan rasmi.

Kecelakaan yang dialami Bhoja Airlines ini adalah kali kedua dalam dalam tempoh 2 tahun. Sebelumnya, pada Julai 2010 lalu, 152 orang terkorban akibat kemalangan sama.

BBC melaporkan berita palsu untuk lagakan Iran dan Amerika Latin

Pada Khamis, 19 April 2012 Republik Islam Iran menolak keras laporan media Barat yang menuduh salah seorang kakitangan kedutaan Iran di Brazil yang telah melakukan tindakan tatasusila dengan menyatakan sebagai hal tidak berasas dan sama sekali tidak benar.

Jurucakap Kementerian Luar Negeri Ramin Mehmanparast kepada Pejabat Berita Republik Islam Iran mengatakan pemeriksaan yang dilakukan oleh Iran menunjukkan bahawa berita yang diedarkan oleh BBC adalah tidak benar dan sama sekali tidak benar.

Mehmanparast mengatakan, hubungan kuat dan akrab antara Iran dan Amerika Latin menjadikan Barat dan sekutunya semakin marah sejak Tehran dan negara-negara Latin menjalin perikatan perlawanan terhadap kekuatan penjajahan AS. Pada masa yang sama Barat dan AS berusaha keras menghidupkan kembali hubungan mereka yang sudah mati dengan negara-negara bebas lain dan berusaha menyebarkan tindakannya di Negara Latin.

Lagi Helikopter Black Hawk AS Jatuh di Afghanistan

Sebuah helikopter Black Hawk AS jatuh di Afghanistan barat daya pada Khamis, 19/04/12 dengan empat orang diyakini berada di dalam pesawat tersebut, dijangka tentera Amerika, kata seorang pegawai pertahanan AS kepada AFP.

"Kami menganggap mereka orang Amerika," kata pegawai itu dan menambah bahawa ia tidak boleh mengesahkan adakah mangsa-mangsa  di dalam pesawat itu telah mati atau tercedera dalam kemalangan tersebut.

Masih belum diketahui penyebab jatuhnya pesawat tersebut.

"Tempat terjadinya kemalangan adalah selamat; penyebabnya sedang disiasat. Maklumat tambahan akan disiarkan pada masa-masa tertentu," kata Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) pimpinan NATO dalam satu laporan.

Dalam kenyataan NATO, Afghanistan barat daya termasuk Wilayah Nimruz dan Helmand, di mana hampir 20,000 angkatan laut AS ditempatkan.

Sementara kemalangan helikopter terjadi di beberapa wilayah Afghanistan, ISAF mengatakan, akibat tembakan Taliban.

Pada 16 Mac 12 tentera Turki dan dua orang awam terbunuh dalam kemalangan helikopter di ibu kota Afghanistan Kabul.

Pada Januari, enam tentera AS tewas dalam kemalangan helikopter CH-53 Sea Stallion di Kabupaten Musa Qala, Wilayah Helmand.

Dan 30 tentera Amerika Syarikat dan lapan warga Afghanistan juga tewas pada Ogos 2011 ketika kumpulan Taliban menembak jatuh satu helikopter Chinook, milik AS dan pasukan NATO sejak perang di Afghanistan bermula pada tahun 2001.
Presiden Afghanistan Hamid Karzai pada Khamis menyeru "percepatan" alih kuasa keselamatan dari pasukan NATO akibat skandal itu, yang terbaru dalam siri skandal yang melibatkan pasukan AS.

Kemalangan itu telah merosakkan hubungan Afghanistan-AS dan mencetuskan sentimen anti-Barat di negara perang tersebut.

NATO mempunyai kekuatan tentera 130,000-askar untuk memerangi Taliban, yang memimpin pemberontakan melawan pemerintah Kabul yang disokong oleh Barat sejak rejim tersebut digulingkan dari kuasa oleh pencerobohan pimpinan AS pada 2001.

Astaghfirullah! Masjid Bersejarah zaman Usmaniah Turki Dibakar

Salah satu masjid bersejarah di wilayah Siprus milik Turki terbakar akibat serangan sekumpulan pemuda Greece.

Mehr News (18/4) melaporkan, masjid bersejarah Köprülü Haci Ibrahim Aga di bandar pelabuhan Limassol, Siprus, dibakar oleh para pemuda ekstrem Greece. Pelbagai peninggalan bersejarah dalam masjid tersebut dan juga tingkap-tingkap ukiran masjid terbakar. Masjid tersebut dibakar pada tarikh 13 April lalu.

Darwish Araoglu, Presiden Wilayah Turki Siprus menyatakan tindakan pembakaran masjid itu dan mengatakan, "Kerugian yang dialami dari tindakan tersebut sangat jauh dari nilai-nilai kemanusiaan dan juga menunjukkan bahawa pihak Yunani tidak menghendaki toleransi terhadap tempat-tempat ibadat dan juga tidak mengakui hak-hak umat Islam.

Para pemuda Yunani di Siprus menyiram petrol dan membakar masjid lama era Kerajaan Usmaniah. Kerugian yang disebabkan oleh tindakan pembakaran tersebut sangat besar.

Akhirnya lenyaplah dan rosaklah peninggalan bersejarah era Kerajaan Usmaniah yang merupakan peninggalan sejarah terkenal di Siprus.

Yang lebih menghairankan lagi, pihak polis Siprus tidak ingin mengambil tahu tuntutan warga Muslim Siprus atas tindakan pembakaran tersebut. Tiada penyiasatan mahupun penangkapan, dan polis hanya menyatakan bahawa tindakan tersebut dilakukan oleh segelintir penganggur.