8 April 2012

Nigeria: Dua letupan bom kereta di depan gereja

Sebuah bom kereta  meletup di depan sebuah gereja di Nigeria utara pada hari Ahad semasa perayaan Paskah. Serangan ini mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan puluhan yang lain  tercedera, seperti dilaporkan oleh Agence France-Presse (AFP) hari ini.

Letupan ini mengingatkan serangan yang sama ketika perayaan Natal tahun lalu yang menyebabkan puluhan orang mati di bandar Kaduna Nigeria.

Menurut AFP sekurang-kurangnya terdapat dua letupan bom kereta di depan gereja yang sedang berlangsung hari memperingati Hari Paskah tersebut.

"Ketika ini terdapat 20 orang yang terbunuh akibat letupan kembar yang berlaku, 'kata pegawai penyelamat kepada AFP, yang mana identitinya dirahsiakan. Sementara pegawai keselamatan masih mengira jumlah sebenar korban letupan tersebut.

Belum ada pihak yang mengaku bertanggung jawab dalam letupan terbaru ini. Namun pada letupan Natal tahun lalu mangsa yang terkorban dianggarkan seramai 44 orang, serangan tersebut dilakukan oleh kumpulan militan Islam Boko Haram. Selepas serangan itu, Boko Haram semakin kuat menyerang gereja-gereja di luar bandar Abuja.

Sebelumnya, pihak berkuasa serta kedutaan asing telah memberi amaran tentang kemungkinan terjadi serangan pada hari Minggu Paskah.

0 comments:

Post a Comment