21 April 2012

Israel: Apabila Bashar Assad Jatuh, Iran akan jadi lemah

Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak mengatakan,apabila Presiden Syria Bashar Assad dijatuhkan, hal itu akan melemahkan kekuatan Iran. Barak juga menilai, apabila jatuhnya Assad akan memberi lebih manfaat bagi negaranya.

Barak menambah, sejumlah kumpulan anti-Israel yang merupakan rakan kongsi Iran, berkumpul di Lubnan dan Gaza. Undian akan lemah bila Presiden Assad dijatuhkan dari kerusi presiden.

"Menjatuhkan Assad akan memberi tamparan ke Iran. Peristiwa ini sangat positif," ujar Barak, seperti dilaporkan oleh Associated Press, Jumat (20/4/2012).

Ketika ditanya mengenai sikap Amerika Syarikat (AS) yang meyakini Iran belum memutuskan untuk membina senjata nuklear, Barak langsung menolak dakwaan itu.

"Pemimpin Spiritual Iran Ayatullah Khamenei mungkin tidak memberikan perintah untuk membina senjata nuklear. Khamenei tahu bila dirinya memerintahkan negaranya untuk membina senjata nuklear, dia akan menerima kecaman keras dari AS dan Israel," tambahnya.

Pada minggu ini Barak menegaskan, Israel tidak memberi janji kepada AS bahawa Negeri Yahudi itu menahan diri untuk menyerang Iran. Barak tidak yakin akan proses dialog yang selama ini digunakan untuk menyelesaikan isu nuklear Iran.

"Kami tidak bergabung dalam rundingan itu, namun kami rasa AS mempunyai rancangan untuk menghentikan Iran," jelasnya.

Sementara itu, Khamis, 19/04/12, Jurucakap Kementerian Luar Negeri Iran menegaskan bahawa Tehran sentiasa  bersiap sedia berkerjasama untuk perbincangan nuklear Iran. Namun tetap menegaskan bahawa Iran tidak akan pernah takut dengan apa-apa bentuk ancaman.

"Adalah hak asasi Iran menikmati tenaga nuklear untuk tujuan berdamai," kata Ramin Mehmanparast dalam sebuah wawancara dengan TV Nasional kerajaan Serbia pada hari Khamis.

"Bangsa Iran tidak akan melepaskan hak-hak asasi di bawah telunjuk Barat," tambahnya.

Hingga saat ini, AS terus mengawasi perkembangan isu di Timur Tengah yang berkaitan dengan isu Syria dan Iran. AS juga memantau masalah bantuan mereka untuk Israel, dalam hal pengadaan sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome.

0 comments:

Post a Comment