1 May 2012

Gempar! AS, Arab Saudi dan Qatar hantar Senjata kepada pemberontak Syria

Peguam Antarabangsa menyalahkan Amerika Syarikat, Israel, Arab Saudi dan Qatar atas edaran senjata ke Syria dan akibat bencana dari pembekal senjata tersebut, laporan Press TV.

Franklin Lamb membuat kenyataan pada hari Isnin (30/4) sehari selepas sebuah kapal kargo yang dihantar dari Libya sarat dengan senjata dinantikan  di Lubnan. Senjata-senjata itu dilaporkan dihantar untuk kumpulan-kumpulan bersenjata untuk melawan kerajaan Presiden Syria Bashar al-Assad.

"Kami mempunyai beberapa bukti berkaitan perkembangan Lutfallah II, kapal Sierra Leone, yang diambil dari Pantai Tripoli di Libya dan sekarang sedang di siasat oleh tentera Lubnan," kata Franklin Lamb dalam sebuah wawancara dengan Press TV.

Lamb mengatakan bahawa mempersenjatai para pemberontak Syria adalah strategi yang digunakan oleh Arab Saudi, Israel, Qatar, dan juga di Washington dengan kerjasama NATO untuk menukar kerajaan Syria.

"Dengan menghantar senjata  mampu menamatkan rejim di Syria. Dan ini amat penting buat mereka yang berada di sana dengan senjata," tambah Lamb.

Sejak awal rusuhan di Syria pada pertengahan Mac tahun lalu, penyeludupan senjata ke negara itu meningkat dihantar oleh pihak asing untuk membantu pemberontak melawan pemerintah Assad.

Damsyik telah berulang kali mengatakan bahawa kumpulan pengganas yang beroperasi di negara itu dibiayai dan dilengkapi oleh negara asing, terutama Arab Saudi dan Qatar.

Laporan penyiasatan terkini menunjukkan bahawa Qatar membina kekuatan tentera anti-Syria yang berpusat di Turki, dengan kerjasama ankara untuk menggulingkan kerajaan di Damsyik.

29 April 2012

UMNO/BN dan Iblis sentiasa bergabung untuk membuat fitnah dan penipuan

Lelaki ini sedang menerajang motosikal polis

Lelaki ini juga yang menangkap peserta BERSIH

Sedikit demi sedikit bukti penyamaran polis terdedah. Sesiapa yang mengenali polis ini, sila dedahkan namanya, akaun facebooknya (jika ada) dan berkhidmat di IPD mana.

Dan yang paling penting, bantuan diperlukan untuk mendedahkan gambar lelaki tidak siuman yang menaiki bumbung kereta polis dan menghentaknya. Jika Datuk Zaharin dari UMNO Bandar Tun Razak maklumkan hampir 2 ribu polis yang menyamar menjadi peserta Bersih untuk menimbulkan huru hara dan provokasi, maka tidak pelik kalau lelaki tidak siuman yang menaiki kereta polis dan menghentaknya juga seorang polis!

Akbar-akhbar seperti mana dijangka, mengatakan perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara akan berakhir dengan keganasan. Akhbar akan menyalahkan tindakan peserta perhimpunan itu yang bertindak ganas dan biadab bukan sahaja dengan merempuh sekatan polis malahan turut menyerang serta memukul sehingga menyebabkan 11 anggota pasukan keselamatan cedera.

Ini berita ditokok tambah 

Tapi apa sebenarnya
Tak hairan jika polis buat kacau...Tapi hairan jika polis duduk saja tak buat apa-apa... dan mungkin boleh kata buang tebiat nak mampus atau kojol...

Ampun maaf jika menggunakan bahasa yang begini tapi itulah selayaknya bagi memperkatakan kepada polis yang jelas hilang nilai kepolisan sepatutnya dan lebih layak jika dikatakan sebagai anjing gila kepunyaan kerajaan umno/bn yang jelas nyanyuk yang tunggu masa nak mampus...

Polis yang ada ketua besarnya bersedia menerima apa saja arahan dari umno/bn asalkan "kau talong aku, aku tolong engkau". persetankan kepada nilai kemanusiaan sejagat asalkan apa yang hendak akan dapat, contohnya naik pangkat.

Tak hairan ketua samseng yang duduk dalam polis boleh naik mengejut dengan memijak kepala barisan pemimpin yang senior untuk jadi org nombor satu. dan tak heran suku sakat ketua samseng dapat jadi ketua-ketua polis negeri dengan begitu cepat dan lekas sehingga menafikan orang-orang yang sepatutnya mengisi tempat tu... inilah hasil kerja umno/bn yang telah mendapat bantuan Iblis laknatullah yang men'candu'kan polis asalkan "kau tolong aku, aku tolong engkau".

Bersih 3.0 dah lepas dengan banyak kenangan yang cukup berkesan. Umno/bn dah jelas takut dan sisa-sisa usia yang tinggal semakin menggusarkan, bukan saja kepada kerajaan tetapi juga kepada semua organisasi yang telah berjalan secara tidak betul dan bergelumang dengan fitnah dan penipuan.

Tak hairanlah organisasi ini begitu gerun seandainya tampuk pemerintahan bertukar tangan. dan tak heran jika polis bertindak laksana haiwan kerana dah jelas nampak bahawa mereka bakal diBERSIHkan….

Video tanam hidup-hidup di Syria adalah lakonan semata-mata


Video yang bertajuk (طواغيت بشار يدفنون حياً ويقولون له_ قل لا إله إلا بشار) di YouTube ini adalah palsu, kerana ia berakhir dengan cepat selepas menaburkan tanah ke muka lelaki berkenaan. Selepas daripada Video ini tamat lelaki itu diangkat kembali dan dibersihkan wajah dan badannya semula. Video ini sama juga seperti berlakunya kezaliman semasa pemerintahan Saddam Hussein di Iraq dahulu. 

Ia adalah lakonan semata-mata untuk menunjukkan kepada dunia bahawa pemerintah Syria ini sangat zalim. Ramai dikalangan puak-puak arab yang memberi komen bahawa lelaki berkenaan mendapat upah daripada Amerika. Tetapi walaupun Video itu adalah rekaan semata-mata, dunia tidak menolak hakikat bahawa rejim Syria melakukan jenayah yang paling dahsyat.

Tetapi punca utama yang menimbulkan masalah di Syria adalah pasukan pembunuh upahan Amerika sendiri. Kerana jika AS mahu menyerang sebuah negara maka AS akan menghantar pasukan pembunuh di sana yang akan menjadikan penduduk sebagai sasarannya. Yang membunuh dan merogol rakyat Syria secara zalim itu adalah pembunuh upahan Amerika. Mereka adalah dari kalangan rakyat Syria sendiri.

 

Inilah taktik Amerika Syarikat mengupah orang-orang arab yang ektrimis begini sebelum menghantar bantuan ketenteraan ke Syria, Hakikat sebenarnya Amerika yang menghantar pasukan pembunuh bersenjata ke Syria yang akan menjadikan penduduk sebagai sasaran sebelum ia menyerang Syria.

Masih segar dalam ingatan umat Islam sedunia cara AS menghantar pasukan pembunuh ke Iraq pada tahun 2006-2007 yang lalu. Kemudian mereka mencipta perang saudara untuk mempertahankan kehadirannya di negara yang kaya minyak itu. Pasukan pembunuh untuk Syria telah diambil bekerja dari berbagai belahan dunia.

Akhirnya nasib Syria sama seperti Iraq. Saat ini NATO di Syria tengah mencari peluang campur tangan bersenjata di negara itu. Ada usaha NATO untuk mencipta perang saudara. Begitu juga dengan Israel cuba untuk memberi bantuan senjata kepada rakyat Syria untuk menentang Bashar Assad.

Syria telah mengalami rusuhan sejak pertengahan Mac 2011. Banyak nyawa terkorban, termasuk anggota pasukan keselamatan. Barat dan pembangkang Syria menuduh pemerintahlah yang membunuh penunjuk perasaan. Padahal kumpulan pengganas bersenjatalah yang bertanggung jawab atas rusuhan tersebut sesuai arahan dari luar negeri.

28 April 2012

Arab Saudi putuskan hubungan dengan Mesir demi Israel

Arab Saudi memanggil duta besarnya di Kaherah untuk menutup misi diplomatiknya di Mesir, pemanggilan tersebut menyusul demonstrasi yang dilakukan di luar bangunan kedutaan atas penahanan seorang peguam Mesir di Jeddah.

Menurut laporan agensi berita Saudi (SPA), Kedutaan Saudi di Kaherah dan pejabat konsul di Alexandria dan Suez ditutup pada hari Sabtu 28/04/12.

Menurut laporan agensi berita Saudi (SPA), Kedutaan Saudi di Kaherah dan pejabat konsul di Alexandria dan Suez ditutup pada hari Sabtu 28/04/12.

Pemerintah Saudi mendakwa Gizawi membawa dadah. Namun, pertubuhan Mesir, Rangkaian Arab untuk Maklumat HAM mengatakan, Gizawi ditangkap selepas mahkamah Saudi menjatuhkan hukuman satu tahun penjara dan 20 sebatan kerana ia mengkritik rejim Saudi.

"Pegawai untuk misi diplomatik dari Saudi dan Mesir mendapat ancaman. Slogan-slogan kebencian didengungkan oleh penunjuk perasaan dan kekebalan diplomatik telah dilanggar. Ini semua bertentangan dengan undang-undang antarabangsa," kata pegawai Saudi, yang namanya tidak disebutkan dalam laporan tersebut.

Rupanya penangkapan tersebut mendorong perbalahan diplomatik terburuk antara kekuatan wilayah sejak Arab Saudi dan negara Arab lain memutuskan hubungan diplomatik dengan Mesir setelah menandatangani perjanjian perdamaian dengan Israel pada tahun 1979. 

Namun, hubungan diplomatik yang terputus tersebut telah diperbaiki pada tahun 1987 ketika Arab Saudi dan Mesir sama-sama menjadi sahabat bagi Israel.

Pada Sabtu, 28/04/12 Arab Saudi mengatakan, pihaknya telah menarik duta besarnya dari Mesir untuk "perundingan" dan akan menutup kedutaan dan pejabat konsul di negara Arab Mesir tersebut.

Pada 24 April minggu lalu, beratus-ratus warga Mesir mengadakan demonstrasi di luar bangunan Kedutaan Saudi di Kaherah untuk menuntut pembebasan segera Gizawi. Para penunjuk perasaan melaungkan slogan anti-rejim Saudi.
  

Wakil rakyat Australia Terlibat Demonstrasi di Malaysia

Seorang wakil rakyat asing menjadi pemantau pilihan raya bebas dan terlibat dalam demonstrasi di negeri ini. Kalaupun dibenarkan sebagai pemantau pilihan raya, bila pilihan raya Malaysia diadakan? sangat mencurigakan!

Diberitakan dari beberapa sumber antarabangsa, ketika demonstrasi besar-besaran di Malaysia berakhir, pihak polis menyembur ratusan penunjuk perasaan dengan air dan gas pemedih mata. Ternyata, salah seorang mangsanya adalah wakil rakyat Australia.

Diberitakan juga dari news.com.au, Pada 29/4/2012, senator Nich Xenophon nama pejabat Australia tersebut. Dia berada di Kuala Lumpur sebagai pemantau pilihan raya bebas di Malaysia.

"Polis terus melepaskan gas pemedih mata," kata Xenophon. "Sejumlah orang tercedera. Sebahagian lagi pengsan," sambungnya.

Selain Xenophon, ada seorang lagi bangsa Australia yang mengambil bahagian dalam pasukan pencari fakta Pilihanraya Malaysia. Ada juga negara-negara lain yang turut serta di dalamnya, seperti Jerman, India, Pakistan, Filipina, Thailand, Afrika Selatan, Turki dan Tunisia. Dilaporkan mereka semua diundang oleh Anwar Ibrahim.

Terdapat puluhan ribu orang penunjuk perasaan di pelbagai lokasi di Kuala Lumpur, Malaysia. Para penunjuk perasaan menuntut pilihan raya yang adil.

Belum ada laporan mangsa terkorban dalam aksi demo ini. Namun sejumlah penunjuk perasaan telah ditangkap.

Seorang pegawai polis Malaysia, Datuk Amar Singh mengatakan seperti diberitakan oleh harian Malaysia, The Star, Sabtu (28/4/2012), sebuah kereta polis diterbalikkan oleh massa di berhampiran pusat membeli-belah Sogo, Kuala Lumpur.

Bahkan sebuah pistol polis dikhabarkan telah direbut dan dibawa lari oleh sejumlah penunjuk perasaan.

P/S: Boleh percaya ke dengan agensi berita nasional dan akhbar arus perdana Malaysia yang menjadi alat propaganda kerajaan UMNO/BN ni?

Google bekerja sama menghalang ekstremisme dunia

Dari Perjuangan Islam hingga ke neo-Nazi. Lebih dari seribu bekas "militan Islam" bergabung dalam sebuah rangkaian talian yang disokong Google untuk menghalang keganasan. Rangkaian ini menggunakan nama Against Violent Extrimism (AVE) atau gerakan Melawan Keganasan Ekstrimisme, seperti dilaporkan media Rusia RT.COM.

Menurut petikan kumpulan ini disebut, "para bekas ekstrimis dan korban keganasan ekstremisme diberi kuasa untuk bekerja sama menghalang ekstremisme dan mencegah pengambilan para pemuda".

Ideanya mudah, baik para mangsa dan pelaku serangan ekstremisme boleh menghentikan orang lain dari menyebarkan idea-idea keganasan. Rangkaian ini mengatakan "menggunakan teknologi untuk saling berkaitan, saling bertukar maklumat, dan menghalang pengaruh segala bentuk ekstremisme keganasan, baik keganasan oleh kumpulan kiri (sosialis), kanan ekstrim, rangkaian Al Qaeda dan kumpulannya.

Organisasi AVE ini berharap dapat menggunakan website dan rangkaian Youtube, sehingga para anggotanya boleh terus berhubungan, berkongsi idea, bekerjasama mencari rakan kongsi dan menyebarkan mesej mereka ke khalayak ramai.
 
Idea untuk membentuk rangkaian ini pertama kali dihasilkan pada saat acara Sidang Kemuncak Melawan Keganasan Ekstrimisme 2011 yang diadakan oleh Google Ideas. Google memutuskan untuk membiayai program AVE ini selama sekurang-kurangnya dua tahun.

Wahai penyokong UMNO yang bodoh dan gila


 
Saya seorang warganegara Malaysia dan saya juga berhak untuk memberitahu anda, saya sudah bosan dengan kerajaan kuku besi UMNO/BN yang gila ini, dan begitu juga beribu-ribu  rakan-rakan senegara saya yang masih berada di luar Malaysia. Mustahil anda tidak tahu bahawa kerajaan ini telah mensia-siakan puluhan berbilion-bilion duit rakyat Malaysia.

Kewangan projek-projek negara yang memperkayakan kroni sendiri dan ahli keluarga, manakala mencabar agama dan ketegangan kaum antara orang Melayu, Cina, India, Portugis dan Malaysia Timur sebagai tabir untuk menyembunyikan amalan rasuah mereka. 

Kerajaan ini akan memerintah Malaysia untuk selamanya. BERNAMA agensi berita nasional dan akhbar arus perdana dan media berita cawangan adalah tidak lebih daripada alat propaganda kerajaan. Kami rakayt Malaysia yang mempunyai akal yang waras dan tidak bertindak seperti beruk atau monyet demokrasi Barat. 

Kami bukan boneka Barat. Kami tidak bodoh, wahai penyokong-penyokong UMNO di mana sahaja anda dari (atau anda kroni dalam UMNO). Ini tidak beberapa pakej media yang diwujudkan oleh agensi-agensi berita Barat untuk menyebarkan imperialisme(penjajahan) budaya mereka, tidak beberapa jenis konspirasi Barat.  
Ini adalah sesuatu yang sebenar untuk semua rakyat Malaysia, sesuatu yang mereka telah usaha selama beberapa dekad: kebebasan bersuara dan keadilan sosial. Malaysia adalah negara raja berperlembagaan yang demokratik, di mana rakyat memilih pemimpin mereka. 

Apa yang mereka berarak adalah berhak mempunyai pilihanraya yang bebas dan adil, di mana parti pemerintah yang telah merampas proses ini supaya berat sebelah ke arah mereka. Siapakah anda untuk membayangkan bahawa demokrasi adalah bertentangan dengan budaya Asia?

Wahai penyokong UMNO yang bodoh dan gila. Sila lakukan penyelidikan anda pertama dan menyimpan generalisasi pendapat anda kepada diri sendiri. Jangan menjadi angkuh. Apabila kita melaksanakan hak-hak kita kepada kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia pada perhimpunan BERSIH di Stadium Merdeka Kuala Lumpur itu. Sekain!!!

Bersih 3.0 via Al-Jazeera




Beribu-ribu penunjuk perasaan yang menuntut pilihanraya bebas dan adil berhadapan dengan gas pemedih mata dan meriam air di ibu kota Kuala Lumpur.

Rusuhan polis di Malaysia telah melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan meriam air pada penunjuk perasaan yang diadakan di salah satu jalan terbesar di negara ini bagi menuntut undang-undang yang adil bagi pilihan raya kebangsaan yang dijangka tidak lama lagi.
Dianggarkan lebih 25,000 penunjuk perasaan menenggelami Malaysia di Kuala Lumpur pada hari Sabtu semalam, berharap untuk parti pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak – BN yang telah memegang kuasa selama hampir 55 tahun - akan mengubah dasar pilihan raya sebelum pemilihan yang akan diadakan awal bulan Jun.

Pihak berkuasa berkeras pilihan raya akan bebas dan adil, menolak tuntutan aktivis bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya berat sebelah dan bahawa senarai pendaftaran pengundi telah dicemari dengan nama penipuan.

Penunjuk perasaan memakai baju-T kuning, melambai sepanduk dan melaungkan slogan yang dilaungkan di pusat bandar Kuala Lumpur, berhampiran Dataran bersejarah di dataran Merdeka (Independence) polis telah menutup jalan dengan kawat berduri dan penghadang.


Pihak berkuasa enggan untuk membenarkan Bersih, atau Gabungan Pilihanraya Bebas dan Adil - kumpulan penunjuk perasaan yang disokong oleh pembangkang yang menganjurkan perhimpunan tersebut - untuk menggunakan tempat awam terkenal yang menjadi tempat perarakan dan sambutan Bersih.

Demonstrasi kekal aman selama beberapa jam, mendorong penganjur untuk mengisytiharkan kejayaan.

Tetapi apabila sekumpulan kecil muncul tiba-tiba melanggar halangan polis, pihak berkuasa mula melepaskan tembakan gas pemedih mata dan air yang dicampur dengan kimia pada penonton.

Seorang jurucakap polis persekutuan dianggarkan terdapat kira-kira lebih 25,000 penunjuk perasaan, tetapi saksi-saksi dan beberapa organisasi berita Malaysia berkata terdapat antara 80.000 dan 100,000 penunjuk perasaan pada perhimpunan tersebut.

Tindakan gila dan tidak wajar pihak polis

Polis Kuala Lumpur berkata dalam kenyataan-kenyataan media sosial bahawa pihak berkuasa telah dipaksa untuk berpindah terhadap penunjuk perasaan, tetapi pemimpin pembangkang dan kumpulan hak asasi berkata tindakan itu adalah tidak wajar.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada polis bagi profesionalisme dan kekangan yang mereka telah ditunjukkan di bawah keadaan yang sukar," Dato 'Seri Hishammuddin Tun Hussein, menteri dalam negeri, berkata dalam satu kenyataan.

"Walaupun tuntutan pembangkang yang berlawanan, kerajaan sepenuhnya menghormati hak rakyat untuk bantahan secara aman, yang termaktub di bawah undang-undang Malaysia."

Penganjur perhimpunan telah mengutarakan  tempoh berkempen pilihanraya dan perubahan untuk memastikan rakyat yang hidup di luar negara boleh membuang undi, serta pemerhati antarabangsa untuk pemilihan yang adil bagi semua parti politik  oleh media berkaitan kerajaan.

Harry Fawcett al Jazeera, melaporkan dari Kuala Lumpur, berkata: "sebagai penunjuk perasaan berkenaan, kerajaan tidak memenuhi tuntutan mereka. Mereka mahu satu siri penambahbaikan kepada sistem pilihan raya Mereka  untuk pilihanraya yang lebih baik..juga mahu suruhanjaya pilihan raya, yang menjalankan pilihan raya negara ini, akan sepenuhnya diperbaharui.

" Mereka bercakap tentang bantahan aman. Idealnya, penunjuk perasaan mahu membantah di dalam Dataran Merdeka."

Perhimpunan Sabtu berikut dihancurkan oleh pihak polis pada Julai lalu, apabila 1,600 orang telah ditangkap.

Perhimpunan untuk pilihanraya yang bersih mendorong tindakan keras polis dengan melepaskan gas pemedih mata dan meriam air. Tindak balas yang terhasil digesa Najib, Perdana Menteri Malaysia, untuk menubuhkan sebuah panel parlimen yang laporan akhirnya mencadangkan pelbagai perubahan kepada sistem pilihan raya.

Tetapi Bersih dan pembangkang sedang menuntut satu rombakan lengkap daftar pengundi yang dianggap penipuan dan pembaharuan Suruhanjaya Pilihan Raya yang mereka katakan berat sebelah yakni memihak kepada pemerintah.

Najib telah melancarkan kempen untuk memansuhkan undang-undang autoritarian dalam usaha untuk mewujudkan apa yang dipanggil "demokrasi terbesar".

Parti pemerintah beliau terpaksa menunjukkan kekejaman terhadap pembangkang pada tahun 2008, dan Najib berada di bawah tekanan untuk melawan pembangkang.

27 April 2012

Kali ini Pelawak Mesir pula ditangkap kerana hina Islam

Jika di Pakistan seorang pelawak diculik kerana sering menghina gerila Taliban (Baca artikel "Akibat buat lawak sindir Taliban, Akhirnya diculik Taliban"). Maka di Mesir ada pelawak yang diseret ke muka pengadilan atas dakwaan menghina Islam.

Pelawak bernama Adel Imam telah dijatuhi hukuman tiga bulan penjara dan denda sebanyak 170 US Dollar Amerika seperti dilaporkan AP pada 
hari selasa 24/04 yang lalu. Adel Imam divonis bersalah telah menghina Islam atas peranannya dalam sebuah filem berjudul "Keganasan dan Kebab", di mana ia memainkan peranan seorang pengganas buruan yang melarikan diri bersama keluarganya yang kelas pertengahan.

Pelakon dan pelawak ini juga didapati bersalah atas kesalahannya dalam sebuah filem pada tahun 2007 "Morgan Ahmed Morgan", di mana ia memainkan peranan sebagai seorang pengusaha rasuah yang cuba membeli ijazah di sebuah universiti. Filem tersebut mempamerkah watak seorang lelaki Muslim berjanggut yang mengenakan pakaian tradisional Islam.

Atas vonis tersebut, Adel Imam yang kini berusia 71 tahun akan mengemukakan rayuan. Atas hukuman seperti ini, para penulis, pengarah dan pelakon akan mengambil pengajaran dan berfikir dua kali sebelum memainkan peranan kepada tokoh-tokoh Islam.