25 September 2012

[Video] Komander AS Akui Tak Mampu lawan Taliban di Afghanistan

KABUL - Komandanmiliter AS, Laksamana Michael Mullen mengatakan bahawa dirinya tidak tahu dan yakin berapa lama masa yang diperlukan untuk AS agar mampu meningkatkan "keselamatan" di Afghanistan dan menyingkirkan para pejuang Taliban.

Dia mengeluarkan amaran bahawa para pejuang Taliban bertempur dengan lebih gigih, lebih terancang, oleh kerana itu, pertempuran dengan Taliban akan berlangsung dengan amat sengit dan memakan masa yang panjang.

Namun dia menambah bahawa jika strategi tempur dan siasat AS dilakukan dengan cukup baik, maka mereka boleh sahaja menghasut rakyat Afghanistan untuk berpaling dari Taliban.

AS kembali mengerahkan 33,000 orang tentera untuk menambah 30,000 orang pasukan yang ada di Afghanistan. Pasukan tersebut bergabung dengan pasukan NATO yang lain sebelumnya sudah berada di Afghanistan.

Awal bulan ini, pasukan marin AS melancarkan serangan besar-besaran pertama di bawah arahan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. Kira-kira 4,000 orang tentera, yang sebahagian merupakan bekas tentera yang ditempatkan di Iraq dan ditarik keluar untuk dipindahkan ke Afghanistan menyusuri sungai Helmand, dengan sokongan penuh dari helikopter tempur dan tentera Afghanistan.

Laksamana Mullen melakukan wawancara eksklusif dengan saluran BBC berbahasa Arab di pengkalan tentera Bagram di Afghanistan, dia mengatakan bahawa dia percaya bahawa mempunyai cukup banyak pasukan untuk mempertahankan wilayah tersebut dan memerangi Taliban.

Ketika ditanya mengenai berapa lama situasi di kawasan tersebut akan berkembang, dia menjawab: "Saya tidak pasti berapa lama."

"Saya tahu betul bahawa keadaan menjadi semakin buruk dalam tiga setengah tahun terakhir sejak 2006, dan (para pejuang) Taliban memang bertempur dengan semakin baik."

Dia menambah, "namun pertempuran bukanlah hal yang utama."

"Pada akhirnya, jika kami berbuat demikian (menghasut rakyat Afghanistan) dengan betul, maka warga Afghanistan akan berpaling dari Taliban."

"Dan itulah jawapan yang selama ini kami nantikan," kata Mullen.

Dia menambah bahawa dalam masa 12 hingga 18 bulan ke depan, AS perlu untuk membalikkan keadaan. Dengan tahap kekerasan yang terus meningkat sejak tahun 2006, keselamatan AS menjadi lebih buruk.

"Namun, mencipta" keselamatan "yang betul-betul meyakinkan akan memakan masa," jelasnya.

Sementara itu, seorang penganalisis masalah Asia Selatan mengatakan bahawa permasalahan Taliban yang mengendalikan Pakistan dan juga masalah persenjataan nuklear sudah terlalu dibesar-besarkan oleh pihak Barat, demikian katanya seperti dipetik oleh RIA Novosti.

"Saya rasa, masalah ancaman yang digembar-gemburkan oleh AS sudah dilebih-lebihkan," demikian kata Rahul Roy-Chaudry, seorang penganalisis dari Institut Antarabangsa Kajian Strategik. "Pakistan sama sekali bukan negara yang gagal. Pakistan adalah sebuah negara bersatu."

Komentar dari penganalisis tersebut dilontarkan semasa sebelum perdana menteri India, Mammohan Singh bertemu dengan Yousuf Raza Gilani dari Pakistan, pertemuan tersebut berlangsung di Mesir untuk membincangkan mengenai cara meredakan ketegangan antara kedua-dua negara jiran tersebut.

Hubungan antara kedua-dua negara tersebut memburuk selepas bulan November lalu berlaku satu serangan di bandar Mumbai, India. Kerajaan India langsung menuding kumpulan dari Pakistan sebagai pihak yang mendalangi serangan tersebut.

"Saya rasa, kedudukan yang diambil India juga menegaskan bahawa kemungkinan mengenai Taliban mengambil alih Pakistan adalah sebuah hal yang dilebih-lebihkan."

Related Posts:

  • Thailand negara terbaru iktiraf PalestinNEW YORK 20 Jan. - Thailand muncul sebagai negara terbaru mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara bebas, dalam satu langkah yang disambut baik Palestin bagi mendapatkan sokongan antarabangsa. "Thailand secara rasmi men… Read More
  • Saintis Iran dibunuh guna maklumat PBBGENEVA 20 Jan. – Iran semalam mendakwa pembunuhan saintis mereka pada minggu lalu kemungkinan besar menggunakan maklumat yang diperolehi dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Saintis nuklear Iran, Mostafa Ahmadi Ros… Read More
  • 25,000 anggota keselamatan kawal Sukan Olimpik 2012 Tentera dan polis marin dalam bot peronda, boy RIB, LCVP meronda Sungai Thames dekat Woolwich semasa latihan keselamatan sempena Sukan Olimpik 2012, di London semalam. - REUTERS LONDON 20 Jan. - Kira-kira 25,000 ang… Read More
  • Ramai askar Amerika terbabit jenayah seksNEW YORK 20 Jan. - Jenayah keganasan seks yang dilakukan oleh anggota-anggota tentera Amerika Syarikat (AS) meningkat hampir dua kali ganda dalam tempoh lima tahun lepas dan ia dikaitkan dengan trauma perang. Menurut lapo… Read More
  • Kanak-kanak mangsa terbaru H5N1JAKARTA 20 Jan. - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun menjadi korban terbaru selesema burung di Indonesia tahun ini, selepas seorang saudara lelakinya meninggal dunia juga akibat virus H5N1 awal bulan lalu. M… Read More

0 comments:

Post a Comment