4 September 2012

Cristiano Ronaldo Dikecam Israel Kerana Bantu Palestin

Berbeza dengan Barcelona yang mempunyai ikatan dengan Israel, Real Madrid malah memilih menghampiri dengan Palestin. Tidak hanya ditunjukkan polisi kelab, sikap pemain Los Blancos juga demikian.

Yang paling ketara adalah langkah yang dilakukan pemain termahal di dunia Cristiano Ronaldo. Bintang Seleccao yang dilabelkan media barat memiliki sifat sombong tersebut ternyata mempunyai hati mulia.

Mantan penggawa Manchester United itu dengan penuh keikhlasan memberikan kasut emas yang diraihnya musim 2011 kepada kepada lembaga amal kelabnya. Hal itu dilakukan pemain berjuluk CR7 itu untuk membantu anak-anak Palestin.

Laman Qodsna pada akhir tahun lalu memberitahu, lembaga amal Real Madrid melelong kasut emas milik Ronaldo itu hingga 1,4 juta euro. Wang hasil lelong itu disumbangkan untuk membina beberapa sekolah yang hancur di sepanjang di Jalur Gaza. Sokongan Pemain Terbaik Dunia pada 2008 tersebut tidak berhenti sampai di situ.

Sebelumnya ketika masih memperkuat pasukan Merah, dalam sebuah acara, Ronaldo mengenakan skaf Palestin. Tindakannya itu mendapat kecaman hebat dari lobi-lobi Zionis dan media barat. Beberapa media barat yang bersekutu dengan Yahudi seakan memusuhinya dan mencitrakan segala keburukannya.

Namun ada juga sebahagian media Britain menyebut aksi Ronaldo itu sebagai bentuk kemanusiaan. Ia menunjukkan kepedulian terhadap krisis Palestin dan rakyat Jalur Gaza. Ronaldo dikhabarkan pernah secara langsung berkunjung ke tanah pendudukan Palestin pada 2007 dan 2005.

Di sana dia disambut suka cita oleh rakyat Palestin dan mendapat pengawalan ketat. Tapi lagi-lagi Ronaldo dikecam media yang pemiliknya menyokong polisi kerajaan Zionis.

Related Posts:

  • Ki-moon desak Palestin-Israel kembali berunding AMMAN 31 Jan. - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon, hari ini memulakan misi damai Asia Barat bagi meningkatkan tekanan ke atas kepimpinan Palestin dan Israel untuk kembali ke rundingan secara… Read More
  • Bangkok arah siasat kes renjer tembak penduduk BANGKOK 31 Jan. - Kerajaan Thailand mengarahkan siasatan dijalankan mengenai insiden empat penduduk awam Islam ditembak mati oleh pasukan Renjer di selatan negara ini, selepas pembunuhan itu mencetuskan kemarahan penduduk te… Read More
  • Panik Sungai Longjiang dicemari logam kadmium Seorang petugas kesihatan mengambil sampel air dari Sungai Longjiang di bandar Liuzhou, Guangxi, kelmarin. - REUTERS SHANGHAI 31 Jan. - China menahan eksekutif-eksekutif tujuh syarikat selepas sebatang sungai dicemari unsur … Read More
  • 'Suara dari langit' terjawab SHAH ALAM - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) menafikan dengkuran kuat diselang seli bunyi nyaring frekuensi radio di Kota Semarahan pada 11 an … Read More
  • Obama akui guna drone WASHINGTON 31 Jan. - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam mengesahkan pesawat tanpa juruterbang atau drone AS telah membedil kedudukan Taliban dan al-Qaeda di wilayah Pakistan, kali pertama operasi seumpama i… Read More

0 comments:

Post a Comment