10 September 2012

Taliban guna Facebook gadis Cantik untuk kesan tentera Musuh

Taliban dilaporkan menggunakan profil Facebook palsu dengan gambar gadis-gadis cantik, untuk berkawan dengan para tentera dengan maksud mengumpul maklumat operasi ketenteraan. Laporan tersebut disiarkan Foxnews memetik The Sunday Telegraph.

Pasukan Australia dan gabungan yang berada di Afghanistan menjadi sasaran para gerila Taliban yang menyamar menjadi 'wanita cantik' di Facebook, menurut akhbar itu. Saat ini tentera Australia telah mengeluarkan amaran potensi bahaya kepada para tenteranya yang menggunakan Facebook.

Kerajaan Australia menurut Sunday Times telah mengawasi, bahawa para tenteranya kurang boleh menjaga privasi dan rahsia diantara para kakitangan.

Menurut Telegraph, para tentera diberitahu bahawa geo-tagging alias proses automatik di Facebook yang mencatat lokasi posting atau foto-foto yang diupload oleh para tentera ternyata sangat berbahaya, kerana menunjukkan lokasi di mana mereka berada secara automatik. Hal ini menjadi perhatian serius kerajaan Australia.

"Personil media dan musuh membuat Profile palsu untuk mengumpul maklumat. Misalnya, Taliban telah menggunakan gambar wanita yang menarik di rangkaian Facebook dan mereka telah berteman dengan para tentera," laporan kerajaan Australia yang dipetik Telegraph.

Kerajaan Australia lantas mengesyorkan pendidikan tentang bahaya berkongsi maklumat seperti nama, pangkat dan lokasi.

Menurut laporan Telegraph, paling tidak tiga tentera Australia telah terbunuh di Afghanistan. Mereka dibunuh oleh tentera baru Afghanistan yang sedang mereka latih.

Sementara itu, Kerajaan Australia juga mengatakan pihaknya akan mengeluarkan garis panduan baru media sosial untuk para tentera pada akhir tahun ini.

Related Posts:

  • Dilanggar kereta api ketika asyik dengar iPod LONDON: Polis percaya seorang gadis berusia 15 tahun mati sdilanggar oleh kereta api ketika dia asyik mendengar iPodnya. Katie Littlewood dipercayai tidak mendengar kereta api itu atau menyedari lampu isyarat dan bunyi kecem… Read More
  • 3 beranak pembunuh MOHAMMAD bersama isteri (kiri) sementara gambar kecil ialah tiga anak mereka yang didakwa dibunuh pasangan itu. MANGSA..Rona, isteri pertama Mohammad.ONTARIO: Seorang lelaki Afghanistan, isteri dan anak mereka, dipenjara se… Read More
  • Tahanan pemberontak Sudan dibebaskan KHARTOUM - Seramai 14 pekerja China yang diculik pemberontak Sudan di Kordofan Selatan, berjaya dibebaskan tentera Sudan, semalam.Gabenor negeri, Ahmad Harun memberitahu, kesemua mangsa berjaya dibebaskan dan berada dalam ke… Read More
  • Kanak-kanak guna telefon bimbit tonton bahan lucah meningkat LONDON: Ibu bapa diingatkan supaya mengawasi anak mereka dalam mengguna telefon bimbit pintar selepas kajian terbaru menunjukkan sebahagian besar mereka menggunakannya untuk mengakses gambar dan video lucah. Hanya 13 peratus… Read More
  • Persidangan Kesatuan Islam di Tehran TEHRAN - Forum Pendekatan Pemikiran Sekolah Islam Dunia (WFPIST) bakal menganjurkan persidangan antarabangsa mengenai kesatuan Islam di Tehran, bermula 8 Februari depan.Persidangan tiga hari itu bakal disertai 50 cendekiawan… Read More

0 comments:

Post a Comment