8 September 2012

Diplomat Syria di Kuala Lumpur mengumumkan belot pada Bashar al-Assad

Sesetengah diplomatik Syria di Malaysia mengumumkan pembelotan mereka pada hari Jumaat semalam, Al Arabiya menyatakan dalam sebuah laporan eksklusif.

Kedutaan Syria di Kuala Lumpur, Emad al-Ahmar dan Mahmoud Obeid, mengumumkan pembelotan mereka dari rejim Syria.

Dalam sebuah wawancara khusus kepada Al Arabiya dari ibu negara Mesir, Kaherah, Ahmar menyatakan bahawa rejim Bashar al-Assad telah menggunakan kekerasan secara kejam terhadap orang awam yang menyeru kebebasan. Dari Kaherah, Obeid juga mengumumkan bahawa ia menyokong revolusi Syria.

Sesetengah besar diplomatik Syria di seluruh dunia telah mengumumkan pembelotan mereka dari rejim Syria selama beberapa bulan terakhir. Duta besar Syria di Iraq Nawaf al-Tarif adalah diplomatik Syria pertama yang mengumumkan pembelotan dari rejim Assad pada bulan Julai lalu.

Ia kemudian diikuti oleh duta besar Syria di Belarus Farouk Taha, duta besar Syria di Emiriah Arab Bersatu Abdul Latif al-Dabbagh dan duta besar Syria di Cyprus Lamiaa al-Hariri.

Pembelotan lain termasuk Khaled al-Ayoubi, dubes Syria di London dan atase diplomatik Syria di Serbia Bashar.

0 comments:

Post a Comment