19 September 2012

Ekoran Penerbitan Karikatur Nabi, Perancis Tutup 20 Kedutaan

Perancis menutup kedutaan dan sekolah-sekolahnya di 20 negara, mulai hari Jumaat ini. Tindakan ini diambil sebagai pendahuluan selepas terbitnya surat khabar mingguan Charlie Hebdo, yang mengandungi karikatur Nabi Muhammad.

Menteri Luar Negeri Laurent Fabius mengumumkan bahawa dirinya meminta tindakan keselamatan khusus.

"Di semua negara, di mana ada potensi masalah."

Demonstrasi biasanya dilakukan selepas solat Jumaat. Fabius mengatakan pihaknya memerhatikan potensi serangan, setelah mingguan yang selalu mengandungi berita, Charlie Hebdo, menerbitkan siri karikatur Nabi Muhammad.

Charlie Hebdo menerbitkan karikatur itu, berlatarbelakangkan oleh beberapa siri keganasan, selepas filem anti Islam dimuat naik di Internet. Film Innocence of Muslims itu menjadi subjek kartun itu. Namun membuka tafsiran luas. Mingguan itu mengandungi empat kartun.

Di dalam laman muka, Charlie Hebdo memperlihatkan seorang Muslim duduk di kerusi roda yang didorong oleh seorang Yahudi Ortodoks. Dibawahnya tertulis Intouchables 2. Tulisan itu merujuk kepada filem Perancis yang memenangi anugerah, tentang seorang kulit hitam yang miskin yang membantu bangsawan duna daksa.

Karikatur di laman dalam yang memaparkan adegan seperti adegan dalam filem Brigitte Bardot.

Website Charlie Hebdo diserang pada hari Rabu, setelah sebelumnya diasak dengan komentar, dari yang penuh kebencian hingga yang menyokong.

Penerbit mingguan, seorang kartunis yang dikenali dengan nama Charb, menolak tuduhan dirinya memprovokasi. "Ada yang dinamakan sebagai kebebasan akhbar. Apakah ini provokasi," tanyanya.

"Saya tidak meminta seorang Muslim yang taat untuk membaca Charlie Hebdo. Seperti saya tidak berniat pergi ke masjid untuk mendengar ceramah mengenai sesuatu yang berlawanan, dengan yang saya percayai."

Dalil Boubakeur, seorang ulama kanan di masjid terbesar di Paris, meminta kira-kira empat juta umat Islam di Perancis untuk tetap tenang.

"Mencengangkan, menyedihkan dan saya perhatikan bahawa penerbitan ini berisiko meningkatkan kemarahan di dunia Islam," katanya.

"Saya meminta jangan menyiramkan minyak ke api."

0 comments:

Post a Comment