18 September 2012

Inilah Rupa Penerbit Filem Innocence of Muslims

Gambar: Nakoula Basseley Nakoula di lokasi penggambaran filem 'Innocence Muslim' bersama dengan pelakon Anna Gurji
CALIFORNIA, - Nakoula Basseley Nakoula, 55 tahun, produser filem yang menghina Nabi Muhammad dan memancing keganasan dan pergaduhan di dunia Islam, muncul ke umum selepas menjalani pemeriksaan penyiasat Federal, di rumahnya di California.

The Daily Mail menerbitkan pembuat filem Nakoula yang dikenali juga dengan nama Sam Bacile. Dalam gambar itu kelihatan dia bersama artis yang membintangi filem amatur itu, Anna Gurji.

Gurji, yang berperanan sebagai pasangan pengantin Nabi Muhammad, mengatakan dia juga ditipu oleh pengarah kelahiran Mesir itu.

"Saya berperanan sebagai pengantin cilik untuk watak yang bernama George," katanya kepada Daily Mail.

"Saya tidak tahu jika kemudian George diubah menjadi Muhammad. Saya saat ini mengurung diri di rumah. Saya takut orang-orang di Timur Tengah akan menyalahkan saya," katanya.

"Saya Katolik, jadi mereka fikir saya melakukan sesuatu yang menyerang Islam. Saya mengambil pil tidur. Saya menangis berhari-hari. Saya ditipu. Wajah saya terpampang jelas di petikan filem itu. Orang-orang melihat filem buruk itu, dan mereka melihat saya, "kata Gurji.

"Saya dikatakan, bahawa saya adalah Hillary, pengantin muda dari watak bernama George," katanya.

"Katanya, filem itu mengenai komet yang jatuh ke Bumi di sekitar Timur Tengah yang masih kuno. Ada beberapa suku yang berpendapat bahawa komet itu suci. Terdapat banyak kesan khas dalam filem itu, di depan skrin hijau. Ini adalah filem kos sangat rendah. Saya dibayar 75 dolar sehari. Sepanjang hari penggambaran dengan George di depan skrin hijau. Saya tidak tahu bagaimana itu diputar balik, "katanya seperti dipetik Mail.

Pada hari Sabtu, Nakoula, seorang penganut Kristian Koptik, secara sukarela diperiksa oleh pegawai-pegawai Persekutuan di pinggiran Cerritos, Los Angeles.

Filem yang berjudul "Innocence of Muslims", dihasilkan dan diarahkan oleh Sam Bacile, seorang Israel-Amerika yang merupakan peniaga, yang menyebut Islam sebagai "cancer". Filem ini dibuat di California, diedarkan melalui Internet yang menggambarkan susuk Nabi sebagai orang bodoh, hidung belang dan membawa agama palsu.

Filem itu telah memancing protes umat Islam di semua dunia.

Related Posts:

  • Pegawai polis dipecat kerana merokok di dalam pejabatNEWBERN (Tennessee): Jabatan Polis Tennessee berkata, pihaknya memecat seorang pegawai yang sudah berkhidmat selama 17 tahun kerana dia berulang kali merokok di dalam pejabat dan melanggar polisi larangan merokok di bandar… Read More
  • Pernikahan Mustafa, Cinta tidak sah?JAKARTA: Perkahwinan antara Mustafa “Debu” dan penyanyi Cinta Penelope pernah mengejutkan peminat mereka tidak berapa lama dulu.  Kini timbul lagi kontroversi mengatakan pernikahan mereka itu tidak sah. Pernikah… Read More
  • Nano tidak dapat sambutanNEW DELHI: Ketika syarikat Tata Motors dari India melancarkan kereta Nano pada 2009, konsep ‘kereta termurah di dunia’ yang diperkenal dalam satu daripada pasaran automobil yang kian berkembang di dunia dijangka mampu menc… Read More
  • Warga AS seludup dadah ditahanKATHMANDU: Polis negara ini menahan seorang lelaki warga Amerika Syarikat yang terbabit dalam rangkaian penyeludupan dadah ke AS dengan menyembunyikannya dalam roda sembahyang Buddha serta mangkuk besi dan menghantarnya me… Read More
  • Britain belanja RM2j hiburkan tentera di AfghanistanLONDON: Kerajaan Britain membelanjakan lebih RM2.1 juta menghantar selebriti menghiburkan tentera di Afghanistan tahun lalu, kata Setiausaha Pertahanan, Philip Hammond. Menurut Hammond, pemain bola sepak, David Beckham, a… Read More

0 comments:

Post a Comment