21 September 2012

Selepas AS & Perancis, Jerman pula Terbitkan majalah hina Islam

Majalah Jerman ikut serta dalam kekecohan yang ditimbulkan oleh filem anti Islam, buatan Amerika Syarikat, dengan menerbitkan edisi lucah.

Halaman depan majalah Titanic untuk edisi Okober memaparkan montase foto Bettina Wulff, isteri bekas Presiden Jerman Chritian Wulff, yang tengah merangkul seseorang yang memakai serban dan membawa pisau.

Headline majalah itu tertulis: West Rises Up: Bettina Wulff Makes Film About Mohammad. Rencananya, majalah itu akan dicetak sebanyak 100 ribu naskhah, dan akan tersedia di pasaran pada 28 September ini.

Dalam wawancara dengan mingguan Der Speigel, editor Titanic, Leo Fischer berkata, "Saat ini, Mohammad menjadi perbincangan semua orang." katanya.

Bettina Wulff sendiri tidak jauh dari pemberita media. Beberapa hari lalu ia melancarkan buku yang menulis tentang bantahan terhadap tuduhan yang menyebutnya mantan perempuan panggilan, dengan nama Lady Viktoria.

Titanic memberi sokongan kepada majalah Perancis Charlie Hebdo. Namun Titanic memutuskan untuk tidak mengandungi karikatur yang menyebabkan gelombang protes di kalangan Muslim.

0 comments:

Post a Comment