8 September 2012

Jemaah Tabligh rancang bina Masjid Besar Di London

Sebuah kelompok Islam telah menghidupkan kembali rancangan untuk membina sebuah masjid besar di London berdekatan dengan kompleks Olimpik setelah bertahun-tahun ditangguhkan kerana mendapat protes berulang kali.

"Kami mengharapkan permohonan lain pada hujung minggu ini dan kemudian akan memulakan proses perundingan formal," kata seorang jurucakap jabatan perancangan Dewan Newham kepada Evening Standard, sebagaimana dilaporkan onislam.net, pada Jumaat 7 September.

Masjid dengan rancangan berkapasiti 12,000 orang tersebut, pertama kali diusulkan oleh kelompok Jemaah Tabligh pada tahun 1999 dalam usaha untuk membina tempat ibadah terbesar Britain di West Ham, London.

Masjid ini dirancang akan mempunyai menara setinggi 40 kaki, perpustakaan, ruang kunjungan dan tempat letak kereta untuk 300 kereta yang terletak Jalan Canning. Pembangunan masjid ditunda kerana adanya penentangan pembangunan yang bermula pada awal tahun 1999 ketika jawatankuasa mengajukan rencana pertama.

Mempertahankan tujuan utamanya sebagai kelompok dakwah, Jemaah Tabligh Britain menyatakan pintu selalu terbuka untuk menyambut orang-orang yang mempunyai soalan tentang Islam.

"Pintu sentiasa terbuka," kata jurucakap Anjuman-e-Islahul-Muslimin London Britain organisasi badan amal Jemaah Tabligh di Britain.

"Kami senang hati untuk bertemu dan membincangkan secara mendalam proposal kami."

0 comments:

Post a Comment