8 May 2012

Undang-undang Syariah Nigeria Selamatkan Janda

Membantu kanak-kanak dan anak-anak yatim, polis Nigeria memimpin program perjodohan bertujuan membantu para janda untuk dijodohkan dengan lelaki yang sesuai untuk mengurangkan masalah sosial negara itu dengan menyediakan rumah yang selesa bagi kanak-kanak.

"Dengan situasi keselamatan ketika ini di Kano, kanak-kanak terbiar dan tanpa penjagaan dari orang tua lebih cenderung mudah dipengaruhi dengan kekerasan," Nabhany Usman, wakil ketua Hisbah, polis syariah, kepada Agence France Presse (AFP) , sebagaimana dilaporkan oleh onislam, Jumaat 4 Mei lalu.

"Hal ini sangat penting untuk menyelamatkan mereka dari unsur-unsur keganasan melalui program ini, di mana mereka boleh mempunyai kehidupan keluarga yang stabil dengan ibu mereka dan ayah tiri yang mengasuh mereka."

Program ini diperkenalkan Februari lalu oleh polis Syariah Islam di Kano, bandar terbesar di utara Nigeria yang majoritinya Muslim, berharap untuk melawan keganasan yang meningkat di kalangan pemuda Nigeria.

Ini bermula melalui pengumuman radio pada pertengahan Februari menyeru lelaki secara terbuka untuk menikahi janda.Para wanita dihimpunkan melalui sebuah NGO bernama Voice of Widows, divorcees and Orphans of Nigeria (VOWAN).

Tahap pertama, para lelaki dan wanita dijemput untuk dipilih sesuai dengan keinginan dan latar belakang pendidikan mereka. Soalan-soalan yang diajukan oleh panel polis merangkumi maklumat asas, seperti pekerjaan, pendapatan dan bilangan anak. Para lelaki juga ditanya alasan mereka untuk berkahwin lagi. Mereka yang memenuhi syarat tersebut kemudian dibenarkan untuk saling bertemu di pejabat Hisbah, memilih sendiri di antara peserta yang mungkin mereka ingin berkahwin.

Sebuah perkahwinan beramai-ramai akan diadakan untuk peserta, tetapi mereka yang lebih memilih untuk tidak menunggu juga boleh meneruskan dengan perkahwinan mereka sendiri.

NGO Kesihatan juga menawarkan ujian HIV percuma untuk para pencari pasangan, yang mana Hisbah telah membuat kewajipan tersebut untuk para pemohon.

Mencari perkahwinan dan kedamaian, Amina Adamu, 38, adalah salah seorang peserta dari 100 calon perempuan di Kano.

"Aku memerlukan seorang suami yang matang, ikhlas dan mengambil berat, itulah sebabnya saya ingin Hisbah untuk terlibat dalam pilihan saya kerana saya memerlukan keselamatan dalam perkahwinan saya," kata Adamu pada AFP tak lama setelah ditapis oleh pasukan panel.

Tim Hisbah tersebut juga memberikan kemudahan dengan membayar mahar dan menyediakan bantuan ala kadarnya untuk membina rumah. Di Nigeria, mahar yang diajukan biasanya sangat tinggi.

"Sangat mahal untuk menikahi seorang wanita muda, mengapa saya ingin menjadi sebahagian daripada inisiatif ini untuk membolehkan saya berkahwin dengan wanita pilihan saya dengan kos rendah," ungkap Ismail Ibrahim, sarjana 25 tahun dan seorang guru.

Altine Abdullahi, kepala VOWAN di Kano, juga berharap program ini akan mengurangkan fenomena peningkatan perceraian kerana laki-laki yang berkahwin melalui program ini tidak boleh menceraikan isteri mereka tanpa izin dari Hisbah.

Related Posts:

  • 5 Perkara Aneh Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar … Read More
  • Hadis : Lalat Dan Penyakit; Rasulullah Dan SaintisHadis : Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: " "Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah … Read More
  • Hadis : Mati Dengan Mata TerbeliakHadis : Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:"Tidakkah kamu lihat apabila seorang manusia mati, matanya terbeliak ke atas?" Jawab mereka, "Ya kami melihatnya, ya Rasulullah." Sabda baginda lagi:"Hal itu terj… Read More
  • Hadiah Malam JumaatPengalaman Salih Al Mazi Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke masjid jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di s… Read More
  • Hadis : Sejahat-jahat MakhlukHadis : Dari Aisyah r.a. katanya,:"Sesungguhnya ummu Habibah dan Ummu Salamah ada menyebutkan kepada nabi gereja yang dilihatnya di negeri Habsyah, bahawa di dalam gereja itu ada sejumlah patung. Sabda nabi s.a.w,:"Sesungguhn… Read More

0 comments:

Post a Comment