20 May 2012

Wahabi Arab Saudi keluar dana USD 500,000 untuk bunuh Ulamak Sunni

Sebuah laporan mengatakan golongan Wahabi di Arab Saudi menyediakan dana kira-kira USD 500,000 untuk membunuh seorang ulama Sunni Iran, Molavi Jangi Zehi, di Negeri Sistan Baluchestan di awal tahun ini.

Laporan yang dikeluarkan pada Jumaat (18/5/12) itu menyebut bahawa dua orang yang ditangkap kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan ulama itu mengaku menerima sejumlah dana dari Wahabi Saudi.

Jangi Zehi mengimami Solat Jumaat pada tarikh 20 Januari 2012 di bandar RASK. Dalam perjalanan pulang, dia dibunuh oleh sekumpulan pengganas.

Dalam dua tahun kebelakangan ini, ulama Iran itu selalu menyatakan bahawa mendedahkan kejahatan Riyadh dan rejim Manama adalah kewajipan para ulama Sunni di Iran.

Jangi Zehi termasuk ulama yang memperhatikan persatuan Syiah dan Sunni. Dia percaya bahawa persatuan tersebut akan terus ada di Sistan Baluchestan jika rakyat mengikuti petunjuk Pemimpin Revolusi Islam, Ayatollah Sayyed Ali Khamenei.

Mengingat upaya Jangi Zehi mendorong penduduk Sunni di wilayah itu untuk mengikuti pilihan raya, para pemerhati mengatakan tujuan pembunuhan tersebut adalah mencegah jemaah kaum Muslim Sunni di sana.


Data-data yang diperoleh Kementerian itu menunjukkan bahawa kumpulan pengganas Mujahidin Khalq Organization (MKO) terlibat dalam serangan itu. Sementara bukti lain menunjukkan penglibatan Wahabi.

Jabatan Perisikan Iran itu menambah bahawa beberapa negara di kawasan membiayai serangan tersebut.
Pada tarikh 11 April lalu, Jabatan Perisikan Iran mengumumkan bahawa mereka berjaya mengenal pasti dan menangkap 15 pengganas yang berada di balik pembunuhan Jangi Zehi.

Jabatan Perisikan Iran itu menambah bahawa beberapa negara di kawasan membiayai serangan tersebut.

0 comments:

Post a Comment