21 November 2012

Perdana Menteri Turki Reccep Tayyip erdogan Sinis Obama

ISTANBUL - Perdana Menteri Turki Reccep Tayyip erdogan mengeluarkan kenyataan sinis yang menyindir 'rakan sekerja' politiknya di Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Erdogan mempersoalkan sikap NATO yang menyudutkan Hamas sebagai pencetus utama kerosakan di Gaza.

"Keadilan macam apa ini?" kata beliau sinis. Erdogan tidak menusuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama secara langsung. Namun media rasmi kerajaan, Today Zaman meyakini kenyataan tersebut adalah sebuah perkataan untuk penilaian bias Obama terhadap krisis Gaza.

Obama terang mengatakan tetap menyokong kedaulatan wilayah Israel. Dia meminta Turki bersama Mesir memujuk Hamas menghentikan serangan roketnya ke Israel.

Obama ketika berada di Bangkok, Thailand, Ahad (18/11), mengistilahkan serangan udara sekutu terbaiknya di Timur Tengah itu ibarat mempertahankan diri dan bukan pencerobohan.

Menurut presiden tidaklah mungkin satu negara membiarkan roket serang menghujani wilayahnya dari luar sempadan

0 comments:

Post a Comment