19 November 2012

Netanyahu Terkejut dengan Kemampuan Palestin

Ketua Biro Politik gerakan Hamas Palestin Khalid Mashaal berkata, Israel sangat terkejut dengan kemampuan ketenteraan Palestin setelah membalas serangan Israel di Gaza.

Kata beliau, penentangan Palestin siap menghadapi serangan dalam semua keadaan.

"Serangan darat Rejim Zionis di Gaza tidak mungkin dilakukan, namun semua pilihan mungkin saja terjadi, namun demikian, Perlawanan siap menghadapi segala kemungkinan ini," kata Mashaal dalam sebuah sidang akhbar di Kaherah, Isnin, 19/11/12 semalam.

Dia juga menangani kekuatan tentera Israel dan mengatakan bahawa Netanyahu dan tentera Israel sangat terkejut dan sangat kebingunan dengan kemampuan ketenteraan Palestin sekarang ini setelah melihat balasan kuat dari Palestin.

"Jelas itu adalah kami dan bukan mereka yang mengejutkan musuh," kata Mashaal.

"Netanyahu ingin memperbaiki kekuatan perisai peluru berpandu Israel dan menghancurkan prasarana penentangan Palestin, namun ia gagal berbuat demikian," tambahnya.

"Kami yakin bahawa kami mempunyai semangat kerja yang tinggi di medan perang, dan semua orang di Gaza adalah satu jiwa dalam satu tubuh," tandanya lagi.

0 comments:

Post a Comment