18 November 2012

Kejutan Baru, Israel Akui Roket Al-Qassam Berjaya Hantam Kapal Perangnya

Gaza - Briged Izzuddin Al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas berjaya mensasarkan pagi semalam Ahad (18/11) kapal perang Israel yang berada di luar pantai Semenanjung Gaza dengan lima roket 107.

Hal itu ditegaskan oleh pejuang Al-Qassam yang menyatakan bahawa pagi ini mereka melepaskan lima roket 107 ke arah kapal perang Israel yang berpusat di lepas pantai kem pelarian Nasherat (Nazareth) dan mengenai terus kapal perang Israel itu.

Menyusul penyataan ini, media Israel menegaskan bahawa lima roket darat laut dilepaskan ke lepas pantai Gaza. Namun mereka belum menegaskan adanya kematian atau kecederaan di kalangan pasukan laut Israel.

Sebelumnya, jurucakap Briged Al-Qassam, Abu Ubaidah menegaskan bahawa pihaknya akan memberikan kejutan-kejutan baru kepada pasukan Israel.

0 comments:

Post a Comment