13 April 2012

Sebar Al-Quran di German, Islam di anggap Ekstremis

Kempen oleh golongan Muslim Jerman untuk mengedarkan mushaf Al-Quran adalah sebahagian daripada usaha untuk mendidik masyarakat tentang Islam mengundang kemarahan dari kerajaan Jerman, laporan dari surat khabar tempatan pada hari Rabu, 11 April.

"Jika boleh, tindakan agresif  hendaklah dihentikan," kata Günter Krings, wakil ketua Parti Kesatuan Demokratik Kristian (CDU), parti mana Canselor Angela Merkel bernaung dibawah akhbar Die Welt, sebagaimana dilaporkan oleh laman onislam.net.

Kelompok Islam Salafi "The True Religion" telah melancarkan kempen untuk mengedarkan mushaf terjemahan Al-Quran kepada warga Jerman secara percuma.

"Kempen Al-Quran untuk setiap rumah harus dihentikan," kata Krings.

"Langkah kumpulan Islam ini mengancam kebebasan beragama."

Penganjur berkata inisiatif ini bertujuan untuk mendidik Jerman tentang ajaran Islam.

Kempen berjudul "Read" ini telah mengedarkan lebih dari 300,000 mushaf dan terjemahan Al-Quran.

Ibrahim Abu Nagie, seorang pensyarah dari kumpulan "The True Religion", telah mendesak semua Muslim Jerman untuk mengedarkan mushaf al-Quran kepada jiran tetangga mereka.

"Jika setiap muslim melakukan itu dalam masa setahun kami akan  memberikan setiap seorang di Jerman dengan terjemahan al-Quran dan mereka tidak akan melabel kami sebagai pengganas atau radikal atau apa pun, ketika mereka membaca kitab Allah," katanya dalam sebuah video tidak bertarikh di laman webnya, sebagaimana dilaporkan oleh Reuters.

Abu Nagie mengatakan tahap pertama kempen Al-Quran percuma ini dibiayai oleh dua orang dari Turki, dan bahawa dia telah menolak bantuan dana dari organisasi di Bahrain kerana mereka ingin "menyenaraikan nama mereka" dalam mushaf Al-Quran tersebut.

Jerman mempunyai antara 3.8 hingga 4.3 juta Muslim, atau sekitar 5 peratus 82 juta penduduk di Jerman, menurut statistik kerajaan.

Para penentang kegiatan ini mendakwa bahawa kempen pemberian Al-Quran ini bertujuan untuk menyebarkan fahaman radikalisasi di Jerman.

"Kumpulan Salafi radikal mengganggu keamanan agama di negara kita dengan pendekatan agresif mereka," kata Krings.

Benih-benih phobia dan permusuhan terhadap muslim cukup kuat di Jerman, dengan pergaduhan mengenai imigresen Muslim ke negara itu.

Sebuah pendapat terbaru oleh University Munster mendapati bahawa pandangan orang Jerman terhadap Muslim lebih negatif dari jiran mereka di Eropah.

Harian terkenal Jerman Der Spiegel, telah memperingatkan Ogos lalu bahawa negara ini menjadi tidak toleransi terhadap minoriti Muslim. Menurut tinjauan pendapat nasional 2010 oleh institusi penyelidikan Infratest-Dimap, lebih dari satu pertiga dari responden lebih memilih "Jerman tanpa Islam."

0 comments:

Post a Comment