26 April 2012

Allahu Akbar! inilah muslihat Israel dan AS berusaha nak hantar bantuan ke Syria

Seorang penulis AS mengatakan Amerika Syarikat telah menghantar pasukan pembunuh bersenjata ke Syria yang akan menjadikan penduduk sebagai sasaran sebelum Washington menyerang negeri itu. Demikian laporan Press TV.

"Pasukan utama yang menimbulkan masalah di Syria adalah pasukan pembunuh ini," kata penulis dan sejarawan Dr Webster Griffin Tarpley dalam sebuah wawancara dengan Press TV.

Tarpley menambah, jika AS mahu menyerang sebuah negara maka AS akan menghantar pasukan pembunuh di sana yang akan menjadikan penduduk sebagai sasarannya.

Dia juga menjelaskan, Washington telah menghantar pasukan pembunuh ke Iraq pada tahun 2006-2007. Mereka mencipta perang saudara untuk mempertahankan kehadirannya di negara kaya minyak itu.

Dia melanjutkan, pasukan pembunuh untuk Syria telah diambil bekerja dari berbagai belahan dunia.

"Syria dianggap seperti Iraq. Mereka akan membuat pangkalan yang nantinya akan dibangunkan lebih jauh," kata sejarawan itu.

Tarpley mencatat bahawa saat ini NATO di Syria tengah mencari peluang campur tangan bersenjata di negara itu. "Ada usaha NATO untuk mencipta perang saudara," katanya.

Syria telah mengalami rusuhan sejak pertengahan Mac 2011. Banyak nyawa terkorban, termasuk anggota pasukan keselamatan. Barat dan pembangkang Syria menuduh pemerintahlah yang membunuh penunjuk perasaan.

Tapi Damsyik mengatakan, kumpulan pengganas bersenjatalah yang bertanggung jawab atas rusuhan tersebut sesuai arahan dari luar negeri.

0 comments:

Post a Comment