4 August 2012

Arab Saudi Hantar Lori Bantuan ke Syria

Konvoi lori meninggalkan Riyadh menuju kem pelarian Syria di Jordan pada Khamis malam membawa kumpulan pertama dari bantuan yang dikumpul secara nasional yang setakat ini telah mengeluarkan kos kira-kira 125 juta dollar.

Rabu malam, Saudi Press Agency melaporkan bahawa bantuan yang dilancarkan oleh Raja Abdullah dengan nilai 5.3 juta dollar Isnin lalu, telah naik menjadi (US $ 125 juta).

 43 lori bantuan berkumpul di sebuah tempat letak pusat membeli-belah di utara Riyadh sebelum senja. Lori dipenuhi dengan makanan, ubat dan pakaian dibungkus dengan warna oren.

Para pemandu kebanyakan warga Pakistan, mengenakan T-shirt putih berlogo-kerja bantuan dan menggunakan topi.

Satu khemah besar didirikan untuk tempat berbuka puasa. Setelah itu mereka berangkat dalam perjalanan sekitar enam hari menuju kem-kem sepanjang sempadan Jordan dengan Syria.

Pengarah program bantuan ini-Mubarak Said al-Baker-mengatakan, puluhan sukarelawan menumpang lori untuk membantu dalam proses penyaluran bantuan.

Lori-lori itu bertuliskan "Aktiviti Kemanusiaan Kerajaan Saudi" dalam bahasa Inggeris dan Arab.

Anti Islam di Amerika kian menjadi-jadi

Penentangan terhadap pembangunan masjid dan penerapan Syariah Islam di mahkamah menjadi alat terkini bagi calon dari Parti Republik untuk memenangi pilihan raya parlimen di negara bahagian Tennessee.

"Saya akan bekerja untuk menghentikan Islamisasi masyarakat kita, dan melakukan segala kemungkinan untuk mengelakkan Syariah dalam undang-undang dan perlembagaan kita," kata calon Parti Republik Lou Ann Zelenik.

Zelenik saat ini bertarung dengan ahli-ahli lama parlimen Diana Black untuk memenangi pemilihan wakil dari negeri Tennessee, untuk menentukan wakil parti pada pilihan raya bulan November. Isi dari hujah mereka adalah pembangunan sebuah masjid, yang menjadi kontroversi di Murfreesboro, kira-kira 30 batu selatan Nashville. Zelenik mengatakan dia sangat menentang pembangunan masjid di Murfreesboro.

Sejak rancangan untuk membina Masjid baru di Murfreesboro sebagai pengganti kemudahan lama yang telah berusia 30 tahun, telah diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan pada tahun 2010. Namun hal ini mendapat penentangan dari sejumlah pihak. Para penentang berpendapat bahawa Islam bukanlah agama yang dilindungi oleh Perlembagaan AS, dan bahawa masjid akan mempromosikan syariah.

Seorang hakim mengeluarkan keputusan pada bulan lalu bahawa masjid boleh digunakan oleh umat Islam pada bulan puasa Ramadhan jika lulus pemeriksaan. Namun hasil pemeriksaan menunjukkan bahawa beberapa pekerjaan tambahan perlu dilakukan sebelum boleh digunakan.

Pemimpin Islam di Amerika mengkritik calon Parti Republik kerana menggunakan isu Islam untuk memenangi suara.

"Orang-orang seperti Zelenik hidup dalam kawasan mereka sendiri yang anti-Islam", ujar Ibrahim Hooper, jurucakap Council on American-Islamic Relations (CAIR).

"Semua dapat anda lakukan bergantung peranan dan toleransi dari ahli seluruh masyarakat yang tidak menganggap ini ekstremisme, pandangan pelik dan pandangan umum dari rakyat Amerika dan rakyat Tennessee."

Kritikan terhadap Syariah Islam telah menjadi tema utama dari politik Parti Republik dalam kempen mereka untuk memenangi suara.Bekas Ketua DPR Newt Gingrich telah menggambarkan Syariah sebagai ancaman mematikan bagi Amerika Syarikat. Bekas calon presiden Parti Republik, Rick Santorum juga mengatakan Syariah Islam sebagai ancaman kewujudan Amerika. Herman Cain bekas calon yang lain juga mengatakan bahawa ia tidak akan menunjuk seorang Muslim di pemerintahannya.

Hamas Bebaskan Pimpinan Kumpulan Jihad Salafi di Gaza

Kerajaan Hamas di Gaza telah membebaskan pemimpin kumpulan yang diyakini mempunyai hubungan dengan Al Qaeda yang telah ditahan selama 17 bulan.

Hisyam al-Saedni, juga dikenali sebagai Abu al-Walid al-Maqdissi, dibebaskan malam Khamis, kata sumber itu. Namun Hamas menolak untuk memberikan penerangan.

Saedni yang kini berusia kira-kira akhir 50-an dijangka menjadi pemimpin kumpulan jihad salafi, Tauhid wal Jihad. Kumpulan ini dipercayai telah melaksanakan ideologi Islam Al-Qaeda. Beberapa sumber mengatakan bahawa Saedni bergabung dengan Al-Qaeda di Iraq pada awal pencerobohan AS tahun 2003.

Hamas menangkap Saedni, 4 Mac 2011, dengan tuduhan mengganggu ketenteraman awam di Jalur Gaza. Hamas merebut Jalur Gaza dari Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada tahun 2007.

Sejumlah kumpulan Jihad Salafi telah muncul di Gaza dalam beberapa tahun terakhir. Tidak seperti Hamas, mereka menyokong ideologi jihad global. Beberapa diantara kumpulan jihad salafi ini menuduh Hamas gagal dalam melaksanakan undang-undang Islam di Jalur Gaza.

3 August 2012

4 Orang Islam di Perancis Dibuang kerja Kerana Berpuasa

Pemecatan empat orang Muslim Perancis dari pekerjaannya sebagai pengajar kem musim panas kerana melaksanakan ibadah puasa telah mencetuskan kemarahan umat Islam di Perancis.

Mohand Yanat, peguam kepada empat orang itu, mengaku hairan dengan pertimbangan Dewan kota soal pemecatan itu. Ia tidak sepatutnya menilai seseorang dalam melaksanakan pekerjaannya berdasarkan ajaran agama. Para pekerja itu bekerja di Dewan bandar di Gennevilliers, Paris. Mereka bekerja sebagai pengajar sukan pada kem musim panas di Port d'Albret, di wilayah Landes selatan barat Perancis.

"Bagaimana anda boleh menilai kapasiti seseorang untuk melakukan pekerjaan mereka berdasarkan ajaran agama mereka?" Kata Yanat.

Empat pengajar Muslim itu telah dipecat awal bulan ini dari perkhemahan musim panas kanak-anak di Geenevilliers, Paris. Dewan bandar berpandangan berpuasa mempengaruhi kemampuan para pengajar dalam melaksanakan tugas mereka.

"Mereka tidak menghormati kewajipan mereka yang boleh membahayakan keselamatan anak-anak," kata jurucakap Gennervillers.

Dewan bandar berdalih, seorang kanak-kanak tercedera tahun lalu kerana kelalaian seorang pengajar muslimah yang tidak boleh menumpukan perhatian. "Mereka yang berpuasa tidak mempunyai konsentrasi penuh yang diperlukan untuk memastikan kegiatan kem itu sesuai dengan prosedur keselamatan yang telah ditetapkan," kata jurucakap itu.

Seorang pengajar yang dipecat, Samir mengatakan Dewan kota dan pengelola telah mengabaikan kebebasan beragama seseorang. Yang lebih penting lagi, tidak ada bukti yang kuat orang yang berpuasa kehilangan kemampuannya. "keputusan ini tidak adil," katanya.

Dewan Agama Islam Perancis (CFCM) dalam kenyataan rasminya mengatakan puasa adalah kewajipan sebagai muslim, dan hak-hak sebagai umat beragama. Sebabnya, tidak ada satu pihak yang boleh melarang umat Islam melaksanakankan hak dasarnya sebagai umat beragama.

"Kebebasan beragama adalah hak dasar," kata jurucakap CFCM, Abdallah Zekri.

Perancis ialah sebuah republik sekular yang tidak secara rasmi mengakui perbezaan agama, namun umat Islam berpendapat bahawa mereka punya hak untuk memilih apa yang dimakan atau apa yang diminum. Ketegangan telah meningkat tinggi dalam komuniti Muslim sejak Perancis menetapkan larangan berpurdah pada tahun lalu. Sejak itu, orang yang memakai purdah boleh disebut telah melakukan tindak kejahatan.

Muhammad Fahmi dipenjara setahun kerana menghina sahabat Nabi Muhammad SAW

Mahkamah Mesir telah menjatuhkan hukuman setahun penjara kepada Muhammad Fahmi pada hari Selasa 31/7 lalu kerana terbukti melakukan penghinaan terhadap sahabat Nabi Muhammad SAW dan "menyebarkan fahaman Syiah Rafidhah", menurut laporan akhbar tempatan.

Awalnya, Fahmi sebenarnya sudah dikenakan tiga tahun penjara dan denda kira-kira $16,458, tetapi mahkamah rayuan mengurangkan hukumannya menjadi satu tahun.

Pengacara Fahmi, Youssef Qandil, menolak keputusan itu. Ia menyebut keputusan itu dibuat-buat. Ia juga mengatakan akan mengajukan aduan ke PBB.

Surat khabar itu mengatakan, Fahmi memeluk Syiah Rafidhah pada tahun lalu. Tindakannya itu mencetuskan kemarahan orang-orang di desanya di Kafr al-zayat, sebelah barat Mesir di al-Garbiyah Governorate.

Perpindahan Fahmi menjadi Syiah Rafidhah, mencetuskan reaksi dari sebuah kumpulan dari Ikhwanul Muslimin yang berusaha meyakinkan dia untuk mengingkari keputusannya. Kumpulan Ikhwanul Muslimin itu mendakwah Fahmi dan mengajaknya untuk bertaubat.

Ikhwanul Muslimin itu bahkan mengatur pertemuan dengan Profesor Al-Azhar demi mengajak Fahmi agar kembali kepada ajaran Islam, tetapi usaha mereka sia-sia. Pertemuan yang biasanya berakhir dengan perkelahian, mendorong kumpulan untuk memperingatkan kaum muda di desa untuk tidak dipengaruhi oleh keyakinan Fahmi itu.

Mesir merupakan negara yang paling padat penduduknya di dunia Arab, dengan lebih daripada 80 juta orang. Pemeluk Syiah Mesir sekitar antara 800,000 hingga dua juta orang.

Pemimpin Syiah negara itu mendakwa mereka telah dianiaya semasa pemerintahan Presiden Hosni Mubarak. Pada Disember, pasukan keselamatan menutup Masjid Hussein Kaherah, untuk mencegah orang-orang yang marah sebagai reaksi atas peringatan Asyura yang dilaksanakan oleh sekumpulan Syiah.

OIC: Umat Islam Harus Bantu Rohingya

Disaat penindasan terhadap Islam yang disokong pemerintah Myanmar terus berlanjutan, badan Muslim dunia menyeru mengerahkan usaha untuk memberikan bantuan politik, kemanusiaan dan kewangan bagi Islam Rohingya.

"Ini adalah krisis kemanusiaan terbesar, namun sayangnya masyarakat antarabangsa dan sebahagian besar Muslim tidak menyedarinya," kata Ekmeleddin Ihsanoglu, Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), dalam sidang media.

"Dalam bulan suci ini saya mengajak semua umat Islam, untuk memberikan bantuan dalam masalah ini."

"Ada perpindahan penduduk di mana puluhan ribu orang kehilangan rumah mereka. Ada keperluan besar untuk menampung mereka, memberi makan kepada mereka, membantu mereka secara perubatan," kata Ihsanoglu.

"Ada keperluan untuk mendapatkan bantuan politik dan kemanusiaan. Ada juga keperluan untuk mendapatkan bantuan kewangan."

"Kami meminta negara anggota, yang mempunyai kedutaan di Myanmar (Burma), untuk memanggil kerajaan dan meminta mereka untuk memperbaiki perlakuan mereka terhadap orang-orang itu (Rohingya)."

OKI telah mengadakan pertemuan diplomatik di Kuala Lumpur pada 3 Ogos semalam untuk menentukan cara yang mungkin bagi memberikan bantuan kepada Islam Rohingya di Myanmar dan pelarian Rohingya yang melarikan diri ke negara jiran,kata Ihsanoglu.

Surat Presiden Mesir Untuk Israel adalah Palsu

Israel dan Mesir terlibat dalam pertikaian yang berpunca dari surat antara presiden kedua-dua negara. Pada hari Selasa 31/7 yang lalu ketua negara Israel, Shimon Peres, menerbitkan surat yang sama dihantar oleh Presiden Mesir Mohammed Mursi.

Dalam surat itu disebutkan Presiden Mursi "menanti-nantikan untuk mengerahkan segala kekuatannya" untuk membantu merangka kembali proses perdamaian.

Surat tanpa tanda tangan itu berbunyi, "Terima kasih atas ucapan selamat di awal permulaan bulan suci Ramadan."

"Saya menggunakan kesempatan ini untuk menegaskan kembali bahawa saya menanti-nantikan untuk mengerahkan segala usaha kekuatannya untuk merangka kembali proses perdamaian Timur Tengah bagi mencipta keamanan dan kestabilan kawasan, termasuk rakyat Israel," demikian isi surat.

Namun beberapa jam kemudian seorang jurucakap Presiden Mursi, Yasser Ali, membantah telah menghantar surat dan menegaskan surat itu "palsu".

"Presiden Mursi tidak menghantar surat kepada Presiden Israel," kata Yasser Ali kepada surat khabar al-Ahram.

Wartawan BBC di Kaherah, Jon Donnison, melaporkan di era, SMS dan tweet, surat di atas kertas konvensional merupakan hal yang agak kuno, tetapi di dalam dunia diplomasi peringkat presiden, surat tetap menjadi alat komunikasi.

Pertanyaannnya, kata Donnison, apakah Presiden Mursi menulis surat kepada Shimon Peres atau tidak.

Pejabat Shimon Peres mengatakan Presiden Mursi memang menghantar surat dan Peres menerbitkan surat yang dihantar lewat faks oleh Kedutaan Besar Mesir di Tel Aviv lengkap dengan stempel rasmi di bahagian depan, yang sepertinya dihantar oleh Mursi. Surat tersebut singkat tetapi bernada bersahabat.

Menurut Donnison, pertikaian ini akan menjadi persoalan apakah kerana konspirasi atau kebingungan tetapi apapun sebabnya hal ini menunjukkan hubungan yang sulit antara Presiden Mursi dan Israel.

Pemimpin Mesir tersebut sebelumnya mengatakan ingin mempertahankan risalah perdamaian antara Mesir dan Israel yang sudah lama berlaku, tetapi terlalu dekat dengan Israel juga tidak boleh diterima oleh orang awam Israel, kata Donnison.

Dua Kepala Babi Diletak di Pintu Masjid Perancis

Pada Rabu 1/8 lepas, Islam Perancis dikejutkan dengan adanya kepala dua ekor babi di pintu masuk masjid. Tindakan provokasi ini merupakan kali pertama berlaku di Montauban, Tarn-et-Garoonne Selatan.

Dewan Keyakinan Muslim Perancis mengatakan tindakan tersebut sebagai provokasi. Mereka mendesak pihak berkuasa untuk membawa para pelaku yang bertanggungjawab ke mahkamah secepat mungkin.

Kejadian ini merupakan kejadian pertama di wilayah Tarn-et-Garonne selatan, yang mencetuskan spekulasi bahawa tindakan itu adalah reaksi tanggapan atas penembakan Mohammed Mareh, Mac lalu.

Seorang mahasiswa Kesatuan Perancis Yahudi mengatakan pihaknya terkejut dengan kejadian yang berlaku di masjid itu. Ia membimbangkan kejadian ini akan mencetuskan "suasana kebencian" di antara sesama mereka.

Datuk Bandar Mountauban, Brigitte Barèges, menilai tindakan itu menjijikkan dan provokatif. Tapi ia menolak menyebut tindakan provokatif itu berkaitan dengan tragedi penembakan Mohammed mareh. "Saya mengutuk peristiwa ini," katanya.

Haji Mohammed, Imam Masjid Mountauban, mengatakan sekumpulan orang telah meninggalkan kepala babi di depan pintu, dari kepala babi itu terdapat darah membanjiri lantai pintu masjid. "Ini tindakan hina," katanya.

Menurutnya, tindakan provokasi macam ini telah menodai kesucian bulan Ramadhan. Ia tidak mengerti apa yang sebenarnya berlaku. Selain itu, sepanjang Ramadhan umat Islam tengah menjalankan ibadah puasa.

"Untuk menyerang sebuah agama dengan cara seperti ini, saya tidak tahu apa yang ada di fikiran mereka. Mereka sudah seperti kehilangan ketua mereka."

Penyelidik Islamofobia, Abdallah Zekri mengatakan kejadian kepala babi ini mencerminkan peningkatan kempen anti-Islam pada semester pertama 2012. "Saya tidak menjangkakan serangan provokasi terjadi pada bulan suci Ramadhan," katanya.

Sebelumnya, serangan terhadap Islam juga menimpa empat tenaga pengajar Muslim yang dipecat dari pekerjaannya. Alasan pemecatan itu kerana berpuasa. Dewan bandar menilai,tenaga pengajar yang berpuasa dianggap telah melanggar syarat yang telah ditentukan.

2 August 2012

Kini Umat Islam di China Pula ditindas dan dilarang berpuasa di bulan Ramadhan

Dalam penindasan terbaru terhadap Islam di China dalam bulan suci Ramadhan, para pegawai Islam dan pelajar di wilayah barat laut Xinjiang telah dilarang berpuasa selama bulan Ramadhan ini.

"Jawatankuasa daerah telah mengeluarkan Kenyataan menyeluruh untuk menjaga kestabilan sosial selama tempoh Ramadhan," demikian pernyataan dari bandar Zonglang di daerah Kashgar, Xinjiang, sebagaimana dipetik oleh Agence France-Presse (AFP) pada Rabu, 1 Ogos dan disiar ulang oleh onislam.net.

"Hal ini (puasa) dilarang bagi kader Parti Komunis, pejabat awam (termasuk mereka yang sudah bersara) dan pelajar untuk mengambil bahagian dalam kegiatan keagamaan Ramadhan."

Kenyataan itu, diposting di laman web kerajaan Xinjiang, mendesak para pemimpin parti untuk membawa "hadiah" berupa makanan untuk para pemimpin desa tempatan untuk memastikan bahawa mereka makan selama bulan Ramadhan. 

Perintah serupa pada sekatan umat Islam untuk mengambil bahagian dalam kegiatan Ramadhan juga diposting di website lain milik kerajaan tempatan. Sebuah kenyataan yang terkandung dalam bahan laman biro pendidikan daerah Wensu meminta sekolah untuk memastikan bahawa pelajar tidak masuk masjid selama bulan Ramadhan. 

Ramadan, bulan yang paling suci dalam kalendar Islam, bermula di Xinjiang pada 20 Julai. Arahan untuk mengekang kegiatan keagamaan yang dihantar di seluruh wilayah pada masa yang berbeza, beberapa sebelum awal Ramadhan dan beberapa setelah awal Ramadhan.

Penindasan baru ini dibimbangi akan mendorong rusuhan baru di wilayah yang penduduknya majoriti Muslim itu.

"Dengan melarang puasa pada bulan Ramadhan, China sedang menggunakan kaedah pentadbiran untuk memaksa orang Uighur untuk makan dalam usaha untuk membatalkan puasa," kata Dilshat REXIT, jurucakap Kongres Uighur Dunia, dalam satu kenyataan.

Dia memberi amaran bahawa sekatan akan memaksa "orang-orang Uighur untuk menolak (kekuasaan China) lebih jauh."

Pada bulan Julai tahun 2009 lalu terjadi rusuhan di Xinjiang, daerah dengan majoriti suku Uighur yang beragama Islam. Hal ini mengakibatkan sentimen SARA dan tindakan diskriminasi pemerintahan China di kawasan yang juga sering disebut Turki Timur tersebut.

Lebih dari 190 orang Islam Uighur meninggal dalam tindak kekerasan ini. China kemudian melaksanakan 22 Islam Uighur yang dijadikan kambing hitam atas rusuhan yang terjadi.

Wilayah Xinjiang dengan penduduknya yang majoriti Islam dengan 8 juta penduduk terus menjadi korban tindakan diskriminasi daripada kerajaan China. Islam Xinjiang merasa tertekan di tanah kelahirannya sendiri dengan datangnya etnik Han, etnik majoriti di China yang mengancam jati diri dan budaya mereka.

Beijing menganggap bahawa daerah Xinjiang ini mempunyai aset yang sangat bernilai kerana letak strategiknya di Asia Tengah dan kekayaan minyaknya.