Kaki ayam
merupakan bahagian paling tak popular di kalangan kita. Kalau dibuat
bancian tentu ramai yang menyatakan bahawa mereka tidak menyukainya.
Banyak alasan yang diberi, antaranya, tak ada isi, jijik, konon nya
kerana kaki ayam itu diguna untuk mencakar segala macam benda, dan
berbagai alasan lagi.
Tetapi tahu kah kita disebalik tidak
popularnya kaki ayam itu ia mengandungi khasiat yang tidak ketahui
ramai. Jadi, mulai sekarang jangan lagi dibuang kaki ayam. Jadikan ia
satu dari sumber makanan yang menyumbang ke arah kesihatan yang baik.
**New York: Kajian terbaru mendapati
pengambilan kaki ayam dikatakan mampu mencegah berlakunya ‘osteoporosis’
iaitu sejenis penyakit tulang rapuh, mudah retak dan patah. Masalah
tulang ini biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala di mana ia berlaku
tanpa disedari.
Bagi mencegah osteoporosis seseorang
biasanya dinasihatkan mengurangkan faktor risiko dengan meningkatkan
pengambilan nutrisi dan bersukan secara teratur.
Pengambilan minuman atau makanan yang mengandungi kalsium tinggi adalah satu cara mengelak serangan osteoporosis.
Elak tulang rapuh
Tanda disedari, kaki ayam juga dikatakan memainkan peranan penting mengelak tulang rapuh disebabkan ia dikatakan kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia.
Laman web firma produk dan penyedia perkhidmatan kesihatan Bl Health menyatakan hydroxyapatite adalah makanan untuk tulang yang berasal dari tulang makanan. Secara logiknya, makanan tepat untuk tulang adalah tulang.
“Kaki ayam dikatakan satu daripada makanan yang kaya dengan zat itu,” kata laman web itu.
Kita tidak perlu lagi memperkecilkan kaki ayam kerana ia kaya dengan khasiat protein yang ada pada kulit, otot, tulang dan kolagen iaitu sejenis protein jaringan ikatan liat dan bening berwarna kekuningan. – Agensi
INFO: Kaki ayam
- Hydroxyapatite makanan untuk tulang berasal dari tulang makanan
- Kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia
- Kaya dengan khasiat protein pada kulit, otot, tulang dan kolagen.

aku memang suka kaki ayam... best sgt!
ReplyDelete#Pemikiran Berahi Anonymous - BANkami
Makan sup kaki ayam seminggu sekali utk kesihatan suami isteri....
ReplyDelete