1 March 2013

Perkembangan Terkini Perang Di Lahad Datu Sabah

Kematian akibat perang di Lahad Datu Sabah. Kami akan membawakan info mengenai jumlah kematian yang sahih berdasarkan laporan wartawan yang berada di sahabat 7 Lahad Datu. Semua sudah maklum bahawa peperangan bersenjata masih lagi berlangsung antara pihak polis Malaysia dan tentera sulu sejak dari pukul 10 pagi tadi. BERNAMA

Kematian Perang Di Lahad Datu Sabah

Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini hari ini. Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

AL-FATIHAH buat wira negara G/17984 skuad 2/2006, Insp. Zulkifli Mamat & Sarjan Sabarudin dari Unit 69 Komando yang telah terkorban di Lahad Datu hari ini setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo

Wartawan BERNAMA yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.

Seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa 10 orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.

Perkembangan Terkini Perang Di Lahad Datu Sabah 3.30 Petang

10 Anggota Penceroboh Terbunuh: ABS-CBNnews melaporkan jurucakap Abraham Idjirani sebagai berkata dia baru bercakap sendiri dengan adik Sultan Sulu Jamalul Kiram – Azzimudie Kiram – yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu. Azzimudie mengesahkan bahawa 10 lelaki terbunuh dan empat yang lain cedera dalam insiden tersebut.

“Dia melihat sendiri mayat-mayat tersebut,” “Yang terbunuh termasuk seorang wanita.” Beliau mendakwa bahawa komando polis Malaysia telah menggunakan penembak tepat ke atas pengikut Azzimudie.

INFO DARI kawasan felda, 4 orang sulu mati, 2 askar kita cedera 2 mati dalam perjalanan ke hospital di tembak di dada. Al Fatihah buat askar kita. – sumber warta tawau


Terkini Video Lahad Datu Sabah Dalam Zon Perang

 
Berita terkini Perang Di Lahad Datu Sabah

SIDANG TERGEMPAR #LAHAD DATU
PAS desak Najib panggil sidang tergempar

KUALA LUMPUR: PAS mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memanggil sidang tergempar parlimen bagi membincangkan isu pencerobohan di Sabah yang didakwa kini telah menumpahkan darah.

Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berkata, Najib perlu bertindak segera ekoran perkembangan terbaru menunjukkan keadaan keselamatan negara dalam bahaya.

“Saya mendesak perdana menteri memanggil sidang tergempar parlimen berhubung isu keselamatan negara yang kini sangat serius.

“Kita desak beliau menjelaskan kepada parlimen, apa yang sebenarnya berlaku dan bagaimana perairan negara boleh diceroboh,” katanya kepada Harakahdaily.

Berita terkini Perang Di Lahad Datu Sabah

TERKINI @LAHAD DATU | Pendudul di Lahad Datu berkata, para peniaga menutup premis mereka di sekitar kawasan bandar dan ibu bapa mula mengambil anak-anak mereka dari sekolah.

Datuk Yong Teck Lee juga dalam tweetnya berkata syarikat penerbangan MAS turut menunda penerbangannya ke Lahad Datu.

Berita terkini Perang Di Lahad Datu Sabah


Berita terkini Perang Di Lahad Datu Sabah

TERKINI @LAHAD DATU | Lahad Datu, yang berada dalam lingkungan 130km jaraknya dari lokasi pertempuran turut digambarkan sebagai “pekan berhantu”, dengan semua kedai di pusat bandar ditutup dan anggota tentera dilihat mengadakan kawalan di beberapa kawasan termasuk sekolah dan hospital.

Empat turut dilaporkan cedera, termasuk Puteri Jaycel Kiram, anak perempuan kepada Sulu Sultan Jamallul Kiram III, memetik laporan Philippine Daily Inquirer.

Berita terkini Perang Di Lahad Datu Sabah

TERKINI @ LAHAD DATU | Kematian ketiga. Setakat ni dimaklumkan sudah tiga anggota komando negara terbunuh di Lahad Datu. Selain Arwah Insp Zulkifli Mamat dan Arwah Sarjan Sabaruddin, Kpl Azman Ampong diberitakan turut terkorban..Nantikan update dari admin.

Berita terkini Perang Di Lahad Datu Sabah

TERKINI @ LAHAD DATU | Rasmi: Tiga terbunuh, 10 serah diri

Sekitar jam 3.25 petang tadi, Jabatan Luar Filipina berkata tiga orang mati, termasuk seorang pemilik rumah, dan 10 telah ditangkap dalam kejadian itu, lapor AFP.


BUAT SEMUA MASYARAKAT TAWAU DAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA. SOLAT HAJAT DAN DOAKAN AGAR DIBERIKAN KESELAMATAN KEPADA ANGGOTA KESELEMATAN YANG BERJUANG MEMPERTAHANKAN TANAH AIR KHUSUSNYA NEGERI SABAH.

0 comments:

Post a Comment