27 April 2012

Laman Web rasmi Taliban di Hack

Hacker tak dikenali dilaporkan berjaya merosakkan laman rasmi Taliban di Afghanistan. Hacker tersebut menukar berbagai gambar kemenangan dan hasil pelaksanaan pejuang Taliban yang biasanya mereka paparkan di laman Al Emarah yang mempunyai tiga bahasa, Inggeris, Arab dan Pastho.

Jurucakap Taliban Zabihuallah Mujahid mengatakan kepada agensi berita Reuters, bahawa laman web Al Emarah telah diserang sebanyak dua kali pada tarikh 26 April. Kepada Reuters, jurucakap Taliban ini juga menuding badan perisikan Barat yang melakukan kerosakan terhadap websitenya.

Sementara itu, dipetik dari Radio Free Europe Radio Liberty (RFERL) juru bicara NATO menolak untuk mengulas tuduhan Zabihuallah Mujahid tersebut.

Seorang hacker yang tidak meninggalkan jejak itu menukar gambar-gambar kemenangan Taliban dengan gambar seorang wanita yang dihukum mati Taliban. Selain gambar itu, hacker tersebut juga memasukkan mesej berbahasa Inggeris yang mengecam pembunuhan orang tidak berdosa.


Dalam beberapa bulan terakhir, Taliban telah melancarkan perang maklumat dengan mengulang-ulang menyebutkan jumlah kematian tentera NATO di Afghanistan, termasuk menyebarkan mesej-mesej anti-kerajaan Karzai melalui SMS dan rangkaian sosial Twitter.

26 April 2012

Allahu Akbar! inilah muslihat Israel dan AS berusaha nak hantar bantuan ke Syria

Seorang penulis AS mengatakan Amerika Syarikat telah menghantar pasukan pembunuh bersenjata ke Syria yang akan menjadikan penduduk sebagai sasaran sebelum Washington menyerang negeri itu. Demikian laporan Press TV.

"Pasukan utama yang menimbulkan masalah di Syria adalah pasukan pembunuh ini," kata penulis dan sejarawan Dr Webster Griffin Tarpley dalam sebuah wawancara dengan Press TV.

Tarpley menambah, jika AS mahu menyerang sebuah negara maka AS akan menghantar pasukan pembunuh di sana yang akan menjadikan penduduk sebagai sasarannya.

Dia juga menjelaskan, Washington telah menghantar pasukan pembunuh ke Iraq pada tahun 2006-2007. Mereka mencipta perang saudara untuk mempertahankan kehadirannya di negara kaya minyak itu.

Dia melanjutkan, pasukan pembunuh untuk Syria telah diambil bekerja dari berbagai belahan dunia.

"Syria dianggap seperti Iraq. Mereka akan membuat pangkalan yang nantinya akan dibangunkan lebih jauh," kata sejarawan itu.

Tarpley mencatat bahawa saat ini NATO di Syria tengah mencari peluang campur tangan bersenjata di negara itu. "Ada usaha NATO untuk mencipta perang saudara," katanya.

Syria telah mengalami rusuhan sejak pertengahan Mac 2011. Banyak nyawa terkorban, termasuk anggota pasukan keselamatan. Barat dan pembangkang Syria menuduh pemerintahlah yang membunuh penunjuk perasaan.

Tapi Damsyik mengatakan, kumpulan pengganas bersenjatalah yang bertanggung jawab atas rusuhan tersebut sesuai arahan dari luar negeri.

Aktivis Islam di Kenya dibunuh Kejam

Islam Kenya sudah tidak percaya lagi dengan kerajaan mereka disebabkan kematian dua aktivis Islam, yang mana telah ditangkap oleh orang-orang kerajaan.

"Kami menuntut agar kerajaan Kenya akan melakukan penyiasatan ke atas penculikan dan pembunuhan aktivis Islam itu," kata Al-Amin Kimathi, ketua Forum Hak Asasi Manusia Muslim dalam siaran akhbar yang diperoleh OnIslam.net, pada Khamis 25 April lalu.

Menurut Al-Amin, dua aktivis Islam diculik oleh  pegawai polis dengan menggunakan teksi di bandar pelabuhan Mombasa.

"Samir Hashim Khan dan Mohamed Kassim Bekhit, yang berasingan berada di perhentian teksi wagon Toyota probox diculik setelah membuat kekacauan  kerana orang ramai berkumpul di sekitar tempat kejadian di siang hari pukul 11 pagi," katanya.

Undang-undang membantah penangkapan dua aktivis Islam tersebut ketika saudara-mara dan teman berusaha untuk bertanya tentang nasib mereka. Namun berita mengejutkan bagi kaum Muslim, kedua-dua aktivis itu kemudian ditemui mati.

Tubuh Khan telah ditemui di semak di jalan antara Mombasa dan Nairobi, bertempat di Taman Negara Tsavo.

Menurut Al-Amin, Khan pernah ditahan oleh unit polis anti-keganasan (anti-terrorism police unit / ATPU). Dia ditahan pada tahun 2010 dengan memiliki senjata berbahaya. Al Amin mengatakan bahawa kes Khan masih tertunda di Mombasa hingga akhirnya dia ditemui mati.

Mohamed Kassim Bekhit, seorang aktivis yang buta dari Kibera di Nairobi, juga telah ditemui mati selepas penculikannya, media Kenya melaporkan minggu lalu.

Sebelum penculikannya di Mombasa, Bekhit telah diculik tiga minggu lalu di luar Masjid Jamia Nairobi oleh lelaki yang mengheret dia ke kereta yang menunggu dan menghantarnya mengelilingi bandar dan bertanya kepadanya untuk pencurian kenderaan bermotor yang dikatakan padanya. Para penculik yang dipercayai sebagai sebahagian daripada operasi keselamatan negara kemudian membuang aktivis itu di pinggir bandar.

Muslim Human Rights Forum of Kenya (MHRF) telah meminta penjelasan dari pesuruhjaya polis dan unit anti-keganasan terhadap pembunuhan dua aktivis Islam tersebut. Islam Kenya menuduh kerajaan mereka menangkap dan menculik para pemimpin mereka.

Pada tahun 2010, kerajaan Kenya menangkap dan menghantar 13 orang Islam Kenya ke Uganda atas tuduhan bahawa mereka terlibat dalam serangan berani mati di ibu negara Kampala.

Sheikh Abdullahi Salat, dari Dewan Agung Muslim Kenya, mengatakan kerajaan Kenya keliru dalam 'membuang' rakyatnya ke negara lain.

Al-Amin sendiri juga ditangkap di Uganda dan dipenjara selama 10 bulan ketika ia cuba untuk campur tangan bagi mengetahui nasib Islam yang dibuang di Uganda.

Hampir sepuluh juta Islam di Kenya daripada penduduknya 36 juta. Islam membentuk hampir-hampir 98 peratus masyarakat di bahagian Utara Wilayah di wilayah timur.

25 April 2012

Akibat buat lawak sindir Taliban, Akhirnya diculik Taliban

Pasukan gerila Taliban menculik seorang pelawak Pakistan yang sering menjadikan mereka sebagai bahan jenaka.

Menurut laporan Tribune Ekspres pada hari Rabu lalu, pelawak Nisar Khan diculik ketika dia sedang di pentas stand-up komedi di sebuah acara pernikahan di bandar pinggir Matani pada Isnin lalu.

Menurut laporan Tribune Ekspres pada hari Rabu lalu, pelawak Nisar Khan diculik ketika dia sedang di pentas stand-up komedi di sebuah acara pernikahan di bandar pinggir Matani pada Isnin lalu.

Nisar Khan adalah pelawak tempatan yang sering tampil di majlis perkahwinan dan acara sosial. Namun Nisar seringkali menjadikan Taliban sebagai bahan lawak.

Baru-baru ini pelawak itu membuat lagu yang menyindir Taliban dalam melayan pencuri. "Mereka botakkan kepala aku, melukis hitam di wajahku. Gunung dan keldai pun sampai mengejekku," salah satu isi lagu Nisar yang menyindir Taliban.

Sebenarnya hampir setahun lalu Nisar juga pernah diculik, namun ia dibebaskan seminggu kemudian. Nampaknya Nisar tidak serik dan masih menjadikan Taliban sebagai bahan lawaknya.

Taliban berusaha menjalankan hukum Syariah di daerah yang mereka kuasai, dan umumnya melarang muzik, lagu dan menari.

Apa muslihat Israel hantar bantuan Kemanusiaan ke Syria ini?

Israel dilaporkan akan menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada pengganas Syria Tentera Syria Bebas (FSA) untuk menghadapi kerajaan Presiden Bashar al-Assad sebagai sebahagian dari konspirasi terhadap Damsyik.

Menteri Luar Negeri Israel Avigdor Lieberman tidak lama ini mendakwa, Tel Aviv akan menghantar bantuan atas apa yang dia sebut "tindak kekerasan pemerintah Syria."

Tuntutan Israel atas keprihatinan tentang keadaan Syria dipaparkan walaupun fakta membuktikan bahawa rejim Zionis juga terlibat mempersenjatai pemberontak didikan Barat dan negara Arab tertentu utamanya Arab Saudi dan Qatar. Dilaporkan, beberapa minggu lalu, sejumlah besar senjata buatan Israel disita kerajaan Damsyik dari kumpulan bersenjata sejak awal rusuhan di negara itu.

Berkaitan bantuan kemanusiaan tersebut, Syria menolak bentuk sokongan apapun kepada tentera Syria Bebas, kerana Damsyik meyakini bantuan itu merupakan sebahagian daripada usaha untuk menggulingkan pemerintahan Assad.

Sementara itu, utusan khusus PBB dan Liga Arab, Kofi Annan meminta semua pihak yang terlibat dalam rusuhan Syria sepenuhnya melaksanakan enam mata rencana perdamaian yang bertujuan menamatkan keganasan di negara Arab itu.

Pada masa ini, terdapat 13 pemantau PBB di Syria yang mengawasi jalannya gencatan senjata yang mulai berlaku pada 12 April. Namun PBB akan menambah pemantau tersebut menjadi 300 orang dalam masa beberapa minggu akan datang.

Meskipun gencatan senjata dikuatkuasakan, namun para pemberontak bersenjata tetap kuat melakukan serangan dan pembunuhan pasukan keselamatan kerajaan dan orang awam.
    

24 April 2012

6 negara Asia akan jadi tempat latihan tentera AS, Malaysia tersenarai

Selain di Timur Tengah, kini Amerika memperkuatkan pangkalannya di Asia pula. Hal ini disampaikan oleh menteri luar Clinton dan begitu juga yang dinyatakan oleh Obama beberapa bulan yang lepas ketika melawat ke beberapa negara di Asia.

Negara Amerika ingin memperluaskan pengaruh kepimpinannya dengan lebih mendalam di pelbagai pelusuk dunia, terutama sekali  memfokuskan perhatiannya ke atas negara-negara Asia seperti China, bagi menguasai bidang ekonomi mahupun ketenteraan.

Selepas perang dunia kedua,Washington sudah pun menjajah di negara-negara rantau Asia, termasuk membina pangkalan tentera yang semakin besar dari tahun ketahun. Di Australia, Korea Selatan, Jepun dan Filiphina, yang banyak mendatangkan masalah dan menimbulkan penentangan dari penduduk sekitar itu.

Semakin pesatnya Amerika menjual pelbagai peralatan tentera di pelbagai Negara Asia, secara besar-besaran di Negara-negara penjajahan, penambahan ribuan anggota tentera di pelbagai pangkalan tentera dan juga latihan peperangan yang semakin meluas, adalah merupakan tanda-tanda akan berlakunya perang besar di Asia.

Para pemerhati tentera juga mengatakan, selain sebagai "show power" Amerika terhadap China dan Negara-negara Asia selaku aset dunia, juga memberikan beberapa aset syarikat penting Amerika yang sudah lama mengeksploitasi sumber alam di rantau Asia, terutama di Malaysia dan Indonesia.

Baru-baru ini, Amerika Syarikat dan Korea Selatan memulakan latihan perang bersama-sama. Laporan AFP, Senin (27/2/2012). Jurucakap tentera AS berkata, latihan perang Key Resolve merupakan latihan perang gabungan AS dan Korea Selatan yang akan berlangsung hingga 9 Mac akan datang. Sementara itu pada 1 Mac hingga 30 April, kedua-dua AS dan Korea Selatan akan mengadakan latihan ketenteraan lain yang berpangkalan di foal Eagle.

AS menempatkan 28,500 pasukannya di Korea Selatan, pesawat jet F-15 AS juga sudah berada dalam keadaan siap sedia untuk berperang. AS dan Korea Selatan juga sudah mempersiapkan pesawat pengintip serta meriam di kawasan sempadan Korea Selatan dan Korea Utara.

Pada hari Sabtu minggu lalu, Korea Utara sudah memberi amaran, bila ada peluru meriam dari Korea Selatan masuk ke perairan Korea Utara, Korea Utara akan terus menyerang dan menggagalkan latihan perang itu. Korea Utara pun berjanji akan melancarkan serangan balas ke Korea Selatan.

"Pasukan dan rakyat kami akan menggagalkan tindakan dari para pengkhianat (AS dan Korea Selatan) dan melancarkan perang ala Korea Utara," ujar pegawai Korea Utara.

Pertengahan Februari yang lalu enam negara Asia baru saja menyelesaikan latihan perang bersama Amerika. Komando Armada AS Asia Pasifik (US Pacific Command / USPACOM) 2012 memikirkan latihan perang Gabungan Bersama (Latgabma) dengan gelaran "Cobra Gold" 2012 di Thailand. Keenam buah negara tersebut adalah Thailand, Indonesia, Singapura, Jepun, Korea Selatan dan Malaysia.

Latihan dilaksanakan dalam dua tahap iaitu Geladi Posko dan Geladi Gelanggang. Delegasi Indonesia yang tergabung dalam Cobra Gold 2012, berjumlah 75 anggota, di-pimpin oleh Naib Ketua Pusat Kesihatan (Wakapuskes) TNI Brigjen TNI dr Daradjatun Moejiono.

Kadispenum Puspen TNI, Kolonel Cpl Minulyo Awang, menjelaskan, tujuan latihan ini adalah untuk melaksanakan kegiatan perancangan pasukan gabungan mengikut senario yang diperanggapkan dan menghasilkan cara bertindak (Course of Action) yang diluluskan untuk diputuskan dalam Geladi Posko (Command Post Exercise / CPX Cobra Gold 2012 ).

Selain itu, untuk meningkatkan kerja sama tentera pelbagai negara dalam rangka operasi tentera selain perang (OMSP) khususnya operasi keamanan dunia, dan bantuan kemanusiaan. Hal terpenting yang menjadi kriteria kejayaan pada akhir latihan, bukan terletak pada produk perancangan operasi yang akan diadakan dalam suatu negara yang secara rasmi meminta bantuan dunia antarabangsa, namun yang terpenting dalam kegiatan ini adalah usaha peningkatan hubungan persahabatan antara negara-negara yang terlibat dalam latihan, katanya.

Secara umumnya matlamat yang dibangunkan dalam latihan adalah penerapan mekanisme prosedur hubungan Komandan dan Staf (MDMP-M/Military Decision Making Process - Multinational), khususnya dalam perancangan kakitangan terhadap operasi keamanan dunia, yang melibatkan pasukan tertentu melalui pelaksanaan Resolusi Majlis Keselamatan PBB Chapter VII dan proses peralihan kepelaksanaan Chapter VI.

Jurucakap TNI Laksamana Muda Iskandar Sitompul mengatakan, "TNI mengikuti dua jenis latihan iaitu bantuan kesihatan tentera dan kemampuan kompi zeni. Fokus dari latihan bersama kali ini adalah meningkatkan perkongsian dan tenaga antara tujuh buah negara yang bergabung dalam latihan itu," jelas Laksamana Muda Iskandar Sitompul, pada Isnin  (6/2) lalu.

Menurut data Jabatan Pertahanan AS, latihan bersama kali ini juga memasukan bahan latihan komando yang menggunakan komputer, semasa latihan dan sesudah latihan. Latihan juga difokuskan pula pada latihan peningkatan operasi keamanan PBB, dan bantuan kemanusiaan.

Pengganas Kristian anti-Islam ditangkap kerana ancam bom

Salah seorang anggota sayap kanan English Defence League (EDL) telah ditangkap. Dia mengancam akan melakukan serangan bom "Model Oslo" terhadap komuniti Islam Britain.

Pengganas tersebut bernama Kenny Holden 29 tahun. Holden ditahan pada hari Sabtu (21/4/12) lalu setelah postingan Facebooknya berunsur perkauman. Dia telah mengancam kaum muslimin dengan serangan bom ala fundamentalis Kristian anti-Islam, Anders Norway Behring Breivik.

Breivik, warga Norway, merupakan seorang pembunuh yang membunuh secara beramai-ramai telah dihadap ke muka pengadilan pada Julai 2011 kerana membunuh 77 orang. Pada hari keempat persidangan, Mahkamah Negeri di Indonesia dia mengatakan dirinya diarah oleh seorang "mentor bahasa Inggeris" yang bijak dalam mengatur strategi politik dan ketenteraan di Eropah.

Meskipun banyak bukti yang mendedahkan hubungan akrab pengganas Norway dan EDL, tetapi kumpulan fasis EDL itu mendakwa bahawa organisasi mereka tidak berhaluan ekstrim. Namun, posting Holden di Facebook itu menunjukkan hal sebaliknya. Holden mengatakan dia akan melancarkan serangan bom "Model Oslo" iaitu gaya lumpur.

Saat melaporkan berita tersebut, Jurucakap Polis Northumbria mengatakan: "Seorang lelaki berusia 29 tahun ditangkap pada malam Sabtu (21/4/12) lalu disebabkan penyerangan dan bersifat perkauman. Sekarang dia telah ditahan dan disoal siasat."

Ketua Inspektor Michael Barton mengutuk ancaman Holden terhadap masyarakat Muslim. Barton menegaskan agar pasukannya tidak melakukan 'hasutan perkauman' atau 'mengeluarkan komen yang tidak berasas dalam laman sosial. Barton menganggap tingkahlaku tersebut sebagai kejadian yang sangat serius.

23 April 2012

1 Video dan 19 Gambar Ular-ular Berkepala 2

Ular berkepala dua memang jarang berlaku.Setiap haiwan berkepala dua mempunyai keunikan tersendiri. Polycephaly adalah salah satu istilah haiwan yang mempunyai lebih daripada satu kepala. Istilah ini berasal daripada Yunani, yang bermaksud 'banyak' dan kephali, iaitu "kepala", dan yang merangkumi bicephaly dan dicephaly (kedua-duanya merujuk kepada dua-headedness). 

Merupakan haiwan yang dilahirkan dengan dua muka pada satu kepala, yang dikenali sebagai diprosopus. Dari segi perubatan ia dikenali sebagai penyakit kongenital Batok kepala. Haiwan polycephalic yang paling biasa diperhatikan ialah haiwan dua kepala iaitu penyu dan ular. 

Spesies lain yang diketahui berkepala dua termasuk lembu, biri-biri, babi, kucing, anjing, dan ikan. Pada tahun 1894, ayam hutan yang berkepala dua telah dilaporkan wujud di Boston, Massachusetts. Ianya terkenal sebagai haiwan dicephalic bagi yang masih hidup menjadi dewasa dengan dua ekor sempurna.

Saintis telah menerbitkan dalam jurnal moden tentang membedah haiwan itu sejak tahun 1930-an. Satu kertas kerja bertahun 1929 mengkaji tentangi anatomi anak kucing berkepala dua.





Israel naik angin siap sedia akan serang Mesir

Ketua kakitangan tentera Israel Mejar Jeneral Benny Gantz mengatakan, pasukan Israel siap sedia menyerang Mesir, Isnin (23/​​4). Komentar tersebut dipaparkan setelah Mesir menghentikan bekalan gas asli ke Israel.

Laporan Israel, langkah Mesir itu dianggap melanggar perjanjian perdamaian Camp David tahun 1979. Al-Arabiya melaporkan.

Sementara itu, pemimpin pembangkang Israel, Shaul Mofaz memperingatkan krisis hubungan antara Mesir-Israel yang belum pernah terjadi sebelumnya, ia menyebut, polisi Mesir melanggar perjanjian ekonomi dua negara.

Mofaz lebih lanjut mengatakan, campur tangan Amerika Syarikat dapat menyelesaikan masalah kedua-dua negara.

Tidak ketinggalan, Menteri Luar Negeri Avigdor Lieberman juga mengatakan, pembatalan perjanjian, bukan petanda baik.

Saking khawatirnya, Israel menyebut keputusan Mesir sebagai pertikaian perdagangan. "Kami ingin memahami ini sebagai pertikaian perdagangan. Saya fikir untuk menukar pertikaian perniagaan ke dalam perselisihan diplomatik adalah satu kesilapan," katanya.

Anggota Knesset Binyamin Ben-Eliezer, tanda tangan perjanjian gas Mesir-Israel mengatakan, pemutusan perjanjian, adalah indikasi konflik Israel dan Mesir.

Kemudian, dia mendakwa bahawa syarikat tenaga Mesir tidak boleh menghentikan kesepakatan tanpa sokongan kerajaan. "Ini keputusan politik. Sebuah syarikat swasta tidak boleh menghentikan kesepakatan antara negara-negara," katanya.