5 March 2013

Australia - Kambing pun kena hadapkan Ke Mahkamah

Perkara paling kelakar yang aku dengar untuk awal tahun 2013 ini.Ya, seekor ‘kambing’ telah dihadapkan ke mahkamah!
Australia – Seekor kambing telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan vandalisme namun kemudiannya ‘dibebaskan’ tanpa perlu membela diri..apa kejadah…hahaha…

Kambing itu, yang diberi nama ‘Gary the goat’ telah dituduh melakukan kesalahan mengunyah bunga diluar sebuah muzium di Sydney.Majistret Carolyn Barkell berkata, “kambing itu telah memakan bunga itu ketika polis tiba ke tempat kejadian”.Bagaimanapun, beliau berkata tidak ada bukti yang menunjukkan ‘Gary the goat’ yang datang bersama tuannya James Dezarnaulds aka Jimbo Bazoobi ‘berniat’ untuk memusnahkan tanaman di Muzium itu.

Peguam yang mewakili encik kambing, Paul McGirr berkata, pihak polis telah mengeluarkan notis penalti yang salah, kerana ia sepatutnya merujuk kepada orang dan bukannya kambing.Tuan kepada kambing itu, Jimbo Bazoobi sebelum itu telah dikenakan denda sebanyak AUS$440 namun telah dibatalkan oleh mahkamah.

‘Gary the goat’ yang hadir dengan topi warna-warni, ketika ditemui wartawan diluar mahkamah tidak ‘memberikan sebarang komen’ dan hanya mengembek tanda faham ketika mahkamah memberi keputusan…yang hujung tu aku tambah sendiri….haahaha…

0 comments:

Post a Comment