2 March 2013

Rahsia Formula Pemakanan Genius Islam

Formula pemakanan genius – genius Islam pada masa silam menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka . Formula ini terpendam di dalam kitab – kitab tradisional dalam bahasa Arab.

Kajian Saintifik telah membuktikan kebenarannya terutama pada madu , susu dan telur . Di bawah adalah sebahagiannya yang terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan .

1. MADU
Al – Quran mengiktirafkannya sebagai ” SYIFA”. Manisan madu yang digelar sebagai ” RAJA UBAT ” , dapat menyembuhkan kebanyakan penyakit. Kenapa begitu? Sebab madu ada pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang dapat meningkatkan daya ingatan dan kecerdasan mental, Malah ada juga kalsium, fosforus, sulfur, zat besi, karbon, magnaseium, potassium ( kalium ), kuprum, silika , klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal – mental . Madu sangat berkesan untuk merawat penyakit – penyakit mental dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti membaca, berfikir, merancang dan bermesyuarah .

Rasulullah SAW bersabda : ” Siapa ingin menghafal, hendaklah ia minum manisan madu ” .

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam .
PANTANG : jangan makan tembikai semasa menggunakan madu.

2. KISMIS
Kismis ada zat besi yang sangat penting untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak . Kalau kurang oksigen jadilah pembaca mudah mengantuk , pelupa , lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir .

CARA MAKAN :
Menghadap kiblat
Baca ” Bismillah ” dan selawat ke atas nabi 3 x
Baca doa penerang hati
Makan secara kemam seperti makan gula – gula . Tak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang
Makan sebiji – sebiji sebanyak 21 biji setiap hari .

3. SUSU SEGAR
Susu sangat berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal . Sebab susu ada 3 unsur semula jadi iaitu keju , lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak pembaca . Suau ada 6 kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat , lemak , protein , semua jenis vitamin mineral dan air . Susu bukan hanya berkhasiat merawat kesihatan sacara umum , malah jadi penawar kelupaan yang berkesan . Tak sangka kan !

Rasulullah SAW pernah mengatakan bahawa susu boleh menguatkan belakang , menambahi akal , memperbaiki penglihatan , dan menghindari penyakit lupa . Tapi baginda minum susu kambing . Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah SUSU KAMBING , biri – biri dan susu lembu segar ! Pembaca boleh ker ? ^_^ … Hamba pun tak pernah minum susu kambing oooooo . Rugilah bagi orang yang tak suka minum susus nih .

CARA MINUM :
Sekurang – kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam .
Baca ” Bismillah ” dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasulullah saw

Maksudnya : ” Ya Allah , berilah kebaikan pada kami dalam susu ini dan tambahkanlah ( keberkatan ) bagi kami daripadanya .” (Riwayat Abu Daud )

4. TELUR
Telur kan sebenarnya sangat bermanfaat untuk menambah kekuatan otak , badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya . Malah merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat , mengandungi mineral , protein , vitamin , kalsium , kuprum , magnesium , fosforus , kalium , sulfur , natrium , klorin , zat besi , air , choline dan bahan ekstraktif .

Ada yang bila makan telur , buang kuningnya kerana beberapa sebab . Rugi tau tak makan kuning telur sebab ia berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus . Pembaca dinasihatkan makan telur ayam kampung sebab itu yang terbaik tak ada ubat suntik ( original )

5. HALIA
Halia sangat mujarab untuk orang yang mudah lupa . Boleh makan mentah atau di buat halwa ( rebus dan campukan gula ) .
CARA MAKAN : Makan sedikit sahaja pada waktu pagi

6. LIMAU (ORANGE)
Menurut hadis Rasulullah SAW , orange berkhasiat untuk mengemaskan urat – urat jantung dan menambah kekuatan fikiran .

7. BUAH DELIMA
Sabda Rasulullah SAW : ” Barang siapa yang memakan buah delima keseluruhannya , sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari .”

8. DAGING BURUNG MERPATI
Rasanya ramai pembaca termasuk admin juga tak sangka yang sebenarnya bijak pandai Islam dan melayu zaman dahulu suka makan daging burung merpati . Sebab dagingnya ada banyak khasiat seperti protein , lemak , kalsium , fosforus dan kalori . Ia sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan fikiran terutamanya pada kanak – kanak dan menjadi kaedah yang sangat popular dan berkesan . Kanak – kanak yang diberi makan telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya .

9. MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil .

10. DAGING AYAM
Daging ayam di anggap mempunyai kadar zat pemakanan yang paling tinggi . Daging ayam betina dara berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah . Abu Musa r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW juga pernah memakan daging ayam betina .

11. DAGING BIRI – BIRI
Fungsi daging biri – biri adalah untuk menambah darah , untuk orang yang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan .

12. SAYUR -SAYURAN DAN BUAH – BUAHAN SEGAR
Juga membantu menguatkan akal dan memori .

13. KEKACANG
Antara kekacang seperti pistachio , soya , berangan , badam dan lainnya . PISTACHIO dan BADAM yang paling baik dan sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak – kanak kerana ia mengandungi nilai protein yang tinggi .

14. ZA’FARAN : KOMA KOMA/safron
Sejenis bahan berambu merah . Kadangkala digunakan dalam memasak nasi bariani untuk memberikan warna merah pada nasi .

15. BUNGA KOBIS
Mengandungi sejenis asid amino untuk tenaga mental .

16. BUNGA CENGKIH
Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja .

17. LABU
Berfaedah menambah keupayaan fizikal dan akal .

Sabda Rasulullah SAW : ” Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal . ” Baginda juga pernah menyarankan , jika membuat sup atau kuah, dianjurkan masukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemmpuan fikiran dan akal .

18. BUAH KEDEKAI ( MAJALAWI )
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Agama

 

Halimislam Online 2011-2012. All Rights Reserved | Back To Top |