Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. Ramai yang tahu
masa depan umat manusia moden dihantui oleh realiti terjadinya
perubahan iklim yang extreme, penggantian musim menjadi tidak terurus,
kuantiti hujan berkurangan disuatu tempat, dan banjir disertai badai
dahsyat di kawasan-kawasan lain. Gejala universal ini yang dijangkakan
akan berlaku pada kesemua penjuru dunia tanpa terkecuali satu tempat
pun.
Kesan paling teruk daripada perubahan iklim dunia akan dirasakan negara-negara membangun. Ekosistem subur akan musnah menjadi kekeringan dan kekurangan air bersih, pengeluaran pertanian akan terganggu. Sektor pertanian sebagai pembekal makanan bagi umat manusia akan terkena kesan parah kesan daripada perubahan iklim. Petani² akan menghadapi banyak kesulitan dalam menentukan masa yang sesuai untuk memulakan proses bercucuk tanam kerana ketidakpastian musim yang sedang bercelaru. Ummat manusia melalui pelbagai usaha untuk mengatasi kesulitan dan cabaran masa depannya yang telah banyak termusnah akibat bencana² alam musibah daripada perubahan suhu dunia.
Dengan alasan demi keprihatinan menghadapi masa depan umat manusia yang bakal berdepan dengan masalah diatas, sejak tahun 2006 Kerajaan Norway bekerjasama dengan Monsanto Corp., Yayasan Bill and Melinda Gates dan Yayasan Rockfeller, Yayasan Syngenta, mendirikan sebuah projek ‘ganjil’ di salah satu tempat yang paling terpencil di dunia iaitu pulau Svalbard- Norway.
Svalbard adalah sebuah tempat yang sejuk, tandus dan berais. Pulau ini dihuni oleh burung dan beruang, namun bagi tujuan menyelamatkan kelangsungan hidup manusia daripada bencana besar dunia maka ditubuhkan pelbagai kemudahan disana seperti airport, hotel dll. Namun pastinya penempatan itu untuk golongan elit dunia sahaja. Maka telah dibina ‘Kubah Kiamat’-Svalbard Global Seed Vault di Spitsbergen salah satu pulau di kepulauan Svalbard.
Dengan alasan demi keprihatinan menghadapi masa depan umat manusia yang bakal berdepan dengan masalah diatas, sejak tahun 2006 Kerajaan Norway bekerjasama dengan Monsanto Corp., Yayasan Bill and Melinda Gates dan Yayasan Rockfeller, Yayasan Syngenta, mendirikan sebuah projek ‘ganjil’ di salah satu tempat yang paling terpencil di dunia iaitu pulau Svalbard- Norway.
Svalbard adalah sebuah tempat yang sejuk, tandus dan berais. Pulau ini dihuni oleh burung dan beruang, namun bagi tujuan menyelamatkan kelangsungan hidup manusia daripada bencana besar dunia maka ditubuhkan pelbagai kemudahan disana seperti airport, hotel dll. Namun pastinya penempatan itu untuk golongan elit dunia sahaja. Maka telah dibina ‘Kubah Kiamat’-Svalbard Global Seed Vault di Spitsbergen salah satu pulau di kepulauan Svalbard.
Kubah Kiamat Svalbard dibina di dalam sebuah gunung di Spitsbergen
berdekatan sebuah desa kecil di Longyearbyen. Ia juga dikenali sebagai
‘Bank benih’ kerana mereka juga melakukan transaksi perniagaan
pembenihan untuk simpanan kegunaan pada masa depan. Pembinaan SeedBank
Svalbard mempunyai pintu yang tahan gegaran apabila bumi dihentam meteor
atau letupan nuklear. Pintu pintunya juga dilengkapi dengan sensor
pergerakan, dua kunci hawa (airlocks), dan dinding konkrit daripada baja
berketebalan satu meter. Gudang benih di dalamnya mampu memuatkan
hingga 3 juta jenis benih berbeza dari seluruh dunia.
Sumber kerajaan Norway mengatakan bahawa Svalbard Seedvault ini akan
memelihara kepelbagaian benih di bumi agar dapat digunakan untuk masa
hadapan. Benih-benih tersebut dibungkuskan secara khusus untuk
mengeluarkan embun atau stim yang lembap. Di bank benih ini tidak akan
ada staff yang bekerja seharian, tetapi akibat kepayahan perjalanan
untuk kesana akan memudahkan ‘mereka’ mengawasi apa sahaja kemungkinan
daripada aktiviti manusia yang cuba mendekatinya disamping sistem
surveillance Norway dan NATO yang akan mengawasinya secara automatik.
Kawasan Spitsbergen dianggap ideal kerana kurangnya aktiviti gempa
tektonik dan Permafrost, yang akan membantu pemuliharaan benih secara
semulajadi. Bank Benih ini terhampar pada ketinggian 130 meter (430
kaki) di atas permukaan laut dan telah diyakini kawasan ini akan tetap
kering meskipun puncak puncak gunung ais di Kutub Utara mencair
kesemuanya. Kemudahan ‘Kubah Kiamat’ Svalbard ini akan menyediakan kuasa
untuk unit pendingin udara yang hebat sesuai dengan standard piawai
antarabangsa yang disyorkan -18 ° C (0 ° F). Bahkan jika peralatan
tersebut gagal berfungsi misalnya kerana global warming, kepanasan bom
nuklear thermal dan bencana dahsyat lain, tempat tersebut akan kekal
selamat selama beberapa minggu sebelum suhu meningkat ke -3 ° C (27 ° F)
kerana diakibatkan oleh batuan dasar pasir sekitarnya panas.
Global Crop Diversity Trust (GCDT) adalah syarikat pengelola kubah
benih tersebut. Sementara untuk penghantaran sampel benih dikendalikan
bersama-sama dengan Nordik Trust for Gen Center – Pusat Sumber Daya
Genetik. Mereka akan menyediakan sebahagian besar kos operasi tahunan
untuk kemudahan tersebut. Kerajaan Norway akan membantu penyelenggaraan
strukturnya.
Dengan sokongan daripada Bill & Melinda Gates Foundation dan
penderma lain, ia sekaligus dapat membantu genebanks GCDT dipilih di
negara-negara membangun serta pusat-pusat penyelidikan antarabangsa
pertanian dalam bungkusan dan penghantaran bimbit ke kubah benih. Dewan
Penasihat Antarabangsa sedang ditubuhkan untuk memberikan bimbingan dan
nasihat. Ini akan merangkumi wakil-wakil dari FAO, CGIAR itu, Perjanjian
Antarabangsa mengenai Sumber Daya Genetik Tanaman dan institusi lain.
0 comments:
Post a Comment