Kisah Yang Sangat Mengagumkan Berkenaan Syeikh Mutawalli Sya’rawi Rahimahullah Pada masa dahulu, suatu muktamar Islami
yang menghimpunkan para ulama’ muslimin telah dijalankan dalam tempoh
selama seminggu. Syeikh Sya’rawi adalah di antara tokoh ulama’ Mesir
yang dijemput untuk meghadiri muktamar tersebut.
Pada hari pertama muktamar, Syeikh
Sya’rawi telah melihat pada diri pengerusi muktamar tersebut yang juga
merupakan seorang ulama’ suatu perubahan besar dari segi keilmuannya dan
makrifah yang tidak ada pada masa-masa sebelumnya. Lalu, syeikh bangun
menuju ke podium dan berkata, “Aku akan mengajukan suatu soalan kepada
kamu dan aku inginkan jawapannya. Soalannya ialah : Ke manakah perginya
air mandian jasad Rasulullah SAW?”. Iaitu yang dimaksudkan beliau ialah
air yang digunakan ketika dimandikan jenazah Baginda SAW.
Akan tetapi apabila soalan itu
diajukan, tidak ada sesiapa yang menjawabnya. Semua orang senyap dan
berdiam diri kerana tidak tahu akan jawapannya. Pengerusi muktamar itu
juga merasa sangat terkejut dengan soalan tersebut dan mengatakan dalam
dirinya, “Bagaimana aku tidak mengetahui akan jawapan soalan ini?”. Lalu
beliau mengambil jalan keluar daripada persoalan ini dengan mengatakan,
“Berikan kami peluang masa, kami akan jawab soalan kamu pada pertemuan
esok insyaAllah”.
Maka
beliau pun pulang ke rumahnya dan tidak melakukan apa-apa selain
daripada terus memasuki perpustakaan khasnya untuk mencari, meneliti dan
membelek kitab-kitab bagi mencari jawapan kepada persoalan itu. Beliau
telah menghabiskan masa yang lama dalam pencariannya, hingga diselubungi
keletihan dan akhirnya terlelap tidur di atas kitab yang dibacanya.
Ketikamana ulama’ itu tidur, Rasulullah
SAW telah datang bertemunya dalam mimpi dan bersama baginda seorang
lelaki yang memegang sebuah lampu pelita. Maka dengan segera beliau
menuju kepada Rasulullah SAW dan bertanya, “Ya Rasulullah, ke manakah
perginya air mandian jasadmu?”. Lalu Baginda SAW mengisyaratkan kepada
lelaki pemegang lampu pelita yang berada di sisinya (supaya menjawab
soalan itu). Kemudian lelaki itu pun menjawab, “Air mandian Rasulullah
SAW menyejat naik ke langit dan kemudian turun ke bumi dalam bentuk
hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina di tempat itu
masjid”.
Maka, terjagalah beliau daripada
tidurnya dalam keadaan yang sangat gembira kerana telah mengetahui
jawapan kepada persoalan tersebut.
Keesokkan harinya, pengerusi muktamar
itu hadir untuk hari kedua dan menunggu persoalan yang telah dilontarkan
oleh Syeikh Sya’rawi untuk diutarakan semula. Akan tetapi syeikh tidak
bertanya. Di hujung muktamar pada hari kedua, akhirnya beliau bangun dan
berkata kepada syeikh Sya’rawi, “Kelmarin kamu telah bertanyakan satu
soalan. Adakah kamu ingin mengetahui jawapannya?”.
Syeikh berkata : “Adakah kamu mengetahui jawapannya?”.
Beliau menjawab : “Ya”.
Syeikh bertanya : “Maka ke manakah perginya air mandian Rasulullah SAW?”.
Beliau menjawab : “Air mandian Rasulullah SAW menyejat naik ke langit dan kemudian turun ke bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina di tempat itu masjid”.
Syeikh bertanya lagi : “Bagaimana kamu mengetahuinya?”.
Beliau menjawab : “Rasulullah SAW telah datang kepadaku dalam mimpi (memberitahukan jawapannya)”.
Syeikh berkata : “Bahkan seorang lelaki yang memegang lampu pelita yang menjawab kepada kamu”.
Beliau menjawab : “Ya”.
Syeikh bertanya : “Maka ke manakah perginya air mandian Rasulullah SAW?”.
Beliau menjawab : “Air mandian Rasulullah SAW menyejat naik ke langit dan kemudian turun ke bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina di tempat itu masjid”.
Syeikh bertanya lagi : “Bagaimana kamu mengetahuinya?”.
Beliau menjawab : “Rasulullah SAW telah datang kepadaku dalam mimpi (memberitahukan jawapannya)”.
Syeikh berkata : “Bahkan seorang lelaki yang memegang lampu pelita yang menjawab kepada kamu”.
Maka ulama’ itu terus merasa terperanjat dan terpegun, lalu bertanya, “Bagaimana kamu mengetahui perkara itu?”.
Lalu Syeikh Sya’rawi menjawab bahawa
beliaulah lelaki yang memegang lampu pelita yang berada di sisi
Rasulullah SAW dalam mimpi ulama’ itu.
Peristiwa ini telah memberikan kesan
yang cukup mendalam kepada para hadirin dalam muktamar tersebut dan
memeranjatkan semua orang. Hal ini menunjukkan kedudukan maqam yang
tinggi beliau di sisi Allah Taala dan RasulNya.
Kisah ini diceritakan sendiri oleh ulama’ yang menjadi pengerusi muktamar itu.
ALLAHU AKBAR
ReplyDeleteSubhanallah......indahnya islam dan dipimpin oleh insan yg sgt mulia....
ReplyDeleteSubhanallah...
ReplyDeleteSubhanallah
ReplyDelete