5 March 2013

Festival Membuang Hantu Beramai-Ramai Di India

Upacara membuang hantu secara pukal di India. Se power-power pawang Cuba, power lagi pawang dari India. Tahukah kamu di India baru-baru ini telah di adakan Festival menghalau hantu atau di kenali sebagai Bhooton ka Mela? Festival yang telah berusia 250 tahun ini di adakan di sebuah pekan kecil di Satpura. Festival Bhooton ka Mela ini di adakan selama tiga minggu dan untuk tahun ini sekitar 10,000 pesakit spiritual datang kesini untuk di sembuhkan. Kepercayaan penganut Hindu di sini terhadap hantu ialah normal.

Mengikut kepercayaan mereka setiap jiwa yang hidup dimestikan untuk melalui 8,400,000 “reincarnations” sebelum mencapai Moksha, atau ketenangan abadi. Ada juga yang mempercayai setiap roh-roh ini perlu hidup di dalam 8,000,000 nyawa sebagai hantu. Kebanyakkan mereka yang di rasuk mempunyai kebolehan menguasai dan bercakap dalam bahasa pelik, menjerit, pengsan, dan menangis secara keterlaluan. Upacara menghalau hantu di lakukan dengan merenjis muka pesakit dengan air suci sebelum memukul badan mereka denga batang penyapu. Penyapu dalam masyrakat India melambangkan kedudukan yang rendah (kasta), pawang mengandaikan hantu yang merasuk akan keluar dari badan kerana “nilai” penyapu yang hina. Upacara berakhir dengan membawa pesakit dalam satu perarakan kesyukuran.


0 comments:

Post a Comment