6 March 2013

Check Suami Anda DAYUS Atau Tidak

Tidak akan masuk syurga lelaki yang Dayus....Apa yang dikatakan Dayus ialah seorang lelaki yang membiarkan (kecantikan) tubuh badan anak isterinya dinikmati oleh lelaki-lelaki bukan muhrim. Bahawasanya, 'dinikmati' itu ada 2 iaitu pertama dinikmati menerusi farajnya dan yang kedua dinikmati menerusi mata (lelaki-lelaki itu)...apabila lelaki-lelaki bukan muhrim itu berasa seronok (seksual) melihat kecantikan tubuhnya, maka si isteri telah jatuh berdosa kerana sengaja berpakaian sedemikian dan si suaminya telah menjadi seorang yang Dayus kerana membiarkan.."

Ramai wanita di Malaysia bangga memiliki suami yang berwajah tampan dan bergaya segak. Ramai wanita juga bangga suami mereka kononnya macho, berbadan tegap dan gagah perkasa. Namun, walau segagah mana pun suami mereka itu, sedangkan si isteri di bawah jagaannya ke hulu ke hilir tidak bertudung malah berpakaian sendat dan ketat atas dan bawah. Dari sudut Islam suami sebegitu adalah LEMBIK dan TIDAK BERCIRI KHALIFAH kerana tidak mampu untuk bertegas menegur isterinya supaya menutup aurat mengikut syariat Islam...

Di sana sini, amalan Free hair (tidak bertudung) apabila keluar rumah dan ke tempat awam seringkali dipandang kecil dan remeh oleh ramai wanita Melayu yang bergelar isteri hari ini. Ingatlah bahawa dosa tidak bertudung (tidak menutup aurat) itu akan terus-menerus ditanggung oleh si suami selagi mana si suami tidak bertegas dengan isterinya.

Ada wanita di Malaysia beranggapan suaminya relax sahaja bila isterinya keluar tidak bertudung atau bertudung tetapi berpakaian sendat adalah seorang suami yang sangat understanding dan sporting. Baginya, itu adalah tanda si suami sangat 'sayang' pada dirinya. Sebenarnya, itu bukannya tanda sayang. Jika suami benar sayang, dia akan memarahi isterinya bila isterinya degil tidak mahu memelihara aurat.

0 comments:

Post a Comment