7 March 2013

Bertudung Tetapi Seksi Lebih Baik Daripada Tak Bertudung Langsung ?

Ramai masyarakat Melayu sering mengatakan "Bertudung walaupun berpakaian sendat adalah lebih baik daripada tidak bertudung". Lazimnya kenyataan ini dikeluarkan dengan tujuan untuk menjaga hati wanita tertentu dan mengelakkan mereka dikritik pedas oleh pihak yang sensitif dalam soal aurat. Hakikatnya, ketahuilah bahawa, bertudung tetapi berpakaian sendat ketat adalah sama sahaja dengan tidak bertudung dan berpakaian sendat iaitu 2x5 atau 5x2. Maksudnya, tiada yang lebih baik antara kedua-dua itu.

Apa penjelasannya ?
Tudung yang menutupi rambut dan leher itu adalah hanya menutupi 10% daripada aurat wanita Islam sedangkan bahagian badan dari kaki, betis, peha hingga ke pinggul,dada dan lengan yang wajib ditutup dan dijaga adalah 90% daripada keseluruhan aurat. Jadi, apa guna dan apa hikmah seorang wanita Melayu itu bertudung lengkap sedangkan majoriti bahagian tubuh lainnya terdedah dan dibaluti oleh pakaian yang sendat ketat atau jarang. Tudung tersebut tidak mampu dan tidak akan memberi kesan adab dan akhlak kepada si pemakai dan orang-orang yang melihatnya kerana 80-90% aurat utama telah bersifat menggoda dan menaikkan nafsu seksual akibat tidak dikenakan pakaian yang betul menepati syariat Islam.

Trend menggabungkan fesyen tutup aurat dan fesyen mencemar aurat inilah yang digelar oleh segelintir masyarakat sebagai 'Bertudung tetapi seksi'. Tidak pernah wujud konsep seksi menggoda di dalam pemakaian seorang wanita Islam. Apa yang lebih teruk, bertudung sambil berpakaian sendat ketat sebenarnya adalah seperti memperlekehkan arahan Allah dan mempersendakan kemuliaan fesyen sopan Muslimah.

Tolong betulkan pemahaman anda.

1 comment:

  1. perempuan skrg menjadikan bertudung sebagai fesyen bukan kerana tuntutan agama..kerana itu skrg tidak jadi pelik kalau ada yg bertudung tapi pakaian yg dipakai lebih mirip kepada berbogel..lihat shj dimana2 ..baik tua atau muda sama shj.

    ReplyDelete