8 March 2013

Aurat Wanita: Perspektif Wanita Sendiri Atau Perspektif Lelaki, Mana Lebih Tepat ?

Wanita
Wanita memandang tubuh badan mereka sendiri dan tubuh milik wanita lain secara logik akal tanpa tarikan nafsu syahwat. Maka, mereka tidak dapat menilai apa yang dipakai mereka dari perspektif nilai seksual seperti dilihat oleh lelaki.

Akibat menggunakan logik akal, ramai antara wanita mula meragui arahan Islam yang menyuruh menutup rambut dan merahsiakan kecantikan bentuk tubuh badan mereka. Pada logik mereka tiada apa yang istimewa dan tiada apa yang melampau dengan pendedahan aurat tubuh mereka itu. Berdasarkan logik mereka, pakaian menampakkan aurat yang dilarang Islam itu tidak pernah menyakitkan atau menyusahkan kehidupan orang lain. Yang salah adalah mata individu yang melihat dan minda yang tidak terbuka dengan kemajuan fesyen.

Berdasarkan logik semata-mata juga, ramai wanita Islam yang sengaja memilih untuk menutup aurat separuh-separuh kerana masih mahu menikmat keseronokan hidup berfesyen dan mahu kecantikan mereka dipuji-puja. Pada mereka, memakai T-shirt lengan pendek, baju sendat mengikut badan dan seluar jeans ketat bukanlah satu kesalahan yang besar dalam Islam tetapi hanya diperbesar-besarkan golongan kolot kerana bagi mereka apa yang paling penting ialah mereka masih bertudung dan mereka bukannya bertelanjang secara nyata.

Sekiranya ada lelaki mengatakan pakaian yang dipakai mereka seksi. Mereka akan membantah tuduhan itu dan mengatakan bahawa seksi itu adalah subjektif. Sedangkan seksi yang dimaksudkan oleh si lelaki itu adalah benar-benar satu ekspresi nafsu syahwatnya.

Lelaki
Berbeza dengan cara wanita melihat aurat tubuh badan kaum mereka sendiri, lelaki pula akan sentiasa melihat segenap tubuh badan seorang wanita melalui pandangan nafsu syahwat mereka yang menuntut kepuasan.

Lelaki akan terangsang nafsu melihat bentuk tubuh badan wanita, malah dalam sesetengah keadaan, pertimbangan logik si lelaki selalu dikalahkan oleh tarikan nafsu mereka terhadap tubuh badan wanita. Mengapa timbulnya kes dirogol ayah, dirogol datuk, diperkosa teman lelaki, dicabul guru dan sebagainya sedangkan pada fikiran kita golongan sebegini sepatunya mempunyai pertimbangan logik yang lebih wajar, tetapi akhirnya tewas akibat rangsangan seksual dari seorang wanita. Begitu kuat pengaruh tubuh badan wanita terhadap nafsu syahwat lelaki.

Boleh dikatakan hampir semua bahagian tubuh wanita terutama sekali bahagian-bahagian sulit sangat dimahukan oleh lelaki. Malah bahagian-bahagian tubuh yang sering dianggap oleh wanita sebagai tiada apa-apa yang istimewa seperti lengan dan kaki sebaliknya adalah bersifat menggoda bagi lelaki. Biasa pada pandangan mata wanita tetapi merangsang nafsu pada pandangan sang lelaki.

Kerana menyedari lumrah lelaki adalah sebegini, maka Islam telah menggariskan peraturan berpakaian ke atas wanita-wanita Islam. Wanita-wanita Islam tidak dibenarkan memakai baju, kain atau seluar yang boleh menampakkan alur bentuk tubuh mereka yang boleh merangsang nafsu lelaki selain suami mereka. Ini bertujuan untuk memelihara kemuliaan imej mereka.
 
Konflik
Cara wanita dan lelaki melihat aurat tubuh seorang wanita sering bercanggah. Kaum lelaki selalu bising menegur dan menasihatkan wanita agar tidak memakai pakaian sendat, tetapi jauh di sudut nafsu mereka sebenarnya seronok melihat bentuk tubuh wanita di sebalik pakaian sendat itu. Ini tidak bermaksud si lelaki itu hipokrit, tetapi itu adalah kerana boleh kaum lelaki melihat tubuh wanita dari 2 pandangan iaitu logik dan nafsu. Maksudnya, memanglah menurut nafsu syahwatnya, si lelaki itu seronok melihat wanita berpakaian sendat itu, tetapi pada masa yang sama cuba menegurnya dalam cara yang tertentu agar tidak terus berpakaian sedemikian kerana ia sangat-sangat menyeksakan mata dan membuatkan si lelaki berada di dalam dilema antara nafsu dan Iman. Mana satu hendak diikutkan ?

Percayalah, kecantikan wanita adalah salah satu panah beracun syaitan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Agama

 

Halimislam Online 2011-2012. All Rights Reserved | Back To Top |