5 February 2013

Wanita tidak layak menjadi pemimpin/guru besar di sekolah

Gambar Hiasan
Salah satu sebab prestasi pelajar-pelajar sekolah makin teruk di negara kita dan salah satu sebab guru-guru sekolah tidak ikhlas mengajar di sekolah ialah kerana majoritinya yang menjadi guru besarnya adalah perempuan.

Kalau dulu, budak-budak sekolah takut nak melakukan jenayah sosial dan sebagainya, kerana guru-guru besar sekolah adalah lelaki. Memang tidak dinafikan bahawa guru perempuan pandai membuat sistem files dengan lebih tersusun berbanding guru lelaki.

Tetapi pandai macam mana pun seorang guru perempuan itu membuat dan menyusun file-file dengan bermacam-macam warna dan bentuk yang kemas dan menarik. Tapi ia tidak boleh menjadi satu alasan guru besar perempuan itu boleh dilantik menjadi seorang pemimpin di sekolah. Ataupun dimana-mana badan organisasi sekalipun. Hadis terang-terang mengatakan bahawa ”Suatu kaum itu tidak akan bahagia apabila mereka menyerahkan kepemimpinan mereka kepada wanita” (HR. Bukhari )

Jika dulu apabila ibu bapa datang ke sekolah berjumpa dengan guru besar lelaki kerana hendak mengadu hal anaknya dirotan oleh cikgu. Maka guru besar lelaki itu dapat berdepan atau slow talk menyelesaikan masalah dengan ibu bapa secara bijak, professional, psychology dan tidak akan menyalahkan cikgu yang merotan anaknya itu.

Tapi majoriti guru-guru besar perempuan pula, apabila berdepan dengan masalah ibu bapa yang datang komplen tentang anaknya. Ia tidak dapat menyelesaikan masalah dengan ibu bapa itu dengan cara sama seperti guru besar lelaki selesaikan. Malah akan menimbulkan masalah lain disamping keadaan emosinya yang tidak terkawal.

Lalu keputusannya cikgu-cikgu pula dimarahinya dan dipersalahkan. Mana ada guru yang nak merotan dan memarahi pelajar-pelajar tanpa sebab. Zaman sekarang guru-guru sekolah tidak ada sokongan mana-mana pihak lagi, mahupun daripada kerajaan, PIBG, dan ibu bapa pelajar-pelajar itu sendiri. Jadi bagaimana kita boleh katakan cikgu-cikgu sekarang mengajar dalam keadaan betul-betul ikhlas. Sedangkan cikgu-cikgu sekarang ini hanya dikerahkan untuk dijadikan satu alat bagi menjaga prestasi sekolah semata-mata. Fikir-fikirkanlah bersama.

0 comments:

Post a Comment