9 February 2013

[Video] Trauma Kena Dera Sampai Hilang Ingatan

Sebak hati melihat tengok budak ini. Terbayang seperti adik sendiri. Terlalu lama dari umurnya tiga tahun dia keseorangan menanggung sengsara tanpa ibu bapa membela nasibnya. Sampai macam tu sekali dia didera dengan bapa tirinya. Memang kejam dan tak berperikemanusiaan langsung.

Syukur alhamdulillah dia suda mendapat perlindungan. Semoga Allah sentiasa memeliharanya. Amin!


Kuala Lumpur: Seluruh kepala serta badan dipenuhi parut dan dia turut hilang ingatan. Itu kesengsaraan dialami seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun akibat didera bapa tirinya sejak lebih tujuh tahun lalu.

Berdasarkan kesan kecederaan pada tubuhnya, kanak-kanak etnik Rohingya dikenali sebagai Shafiq itu dipercayai didera dengan dicucuh api puntung rokok, ditekap pisau panas, dipukul dengan kayu, wayar, tali pinggang, selain disepak terajang tanpa belas kasihan.

Akibat penderaan berterusan untuk tempoh panjang itu, Shafiq kini hilang ingatan dan menjalani rawatan hospital sebelum ditempatkan di sebuah rumah anak yatim di Selayang, dekat sini.

Dia diserahkan ke rumah anak yatim itu oleh wakil Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang berpejabat di Kuala Lumpur, semalam.

SHAFIQ menunjukkan kesan dera di belakang badannya.
Menerusi maklumat diberikan kepada jurubahasa, Nasaruddin Shamsuddin, 13, kerana Shafiq tidak fasih berbahasa Melayu, kanak-kanak itu hanya mengingati beberapa fakta secara umum disebabkan ingatannya terjejas berikutan trauma dialami terlalu teruk akibat kesan penderaan.

0 comments:

Post a Comment