4 February 2013

Subhanallah! Ikan Yang Boleh Memanjat Dinding

Sejenis Spesies ikan yang unik telah ditemui oleh penyelidik Amerika Syarikat..Iaitu ikan yang boleh memanjat dinding setinggi 100meter dengan munggunakan mulut..Seperti yang dilaporkan dari laman web LiveScience, 7 januari lalu, Ikan ini dinamakan Gobi Nopoli Rock Climbing atau Sicyopterus stimpsoni.

Menurut penyelidik Evolusi Biomechanist dari Clemson University di South Carolina,Richard Blob.Ikan tersebut berukuran sepanjang 18cm dan ia menggunakan rahangnya dan menempelkan mulutnyapada permukaan batu dan secara perlahan-lahan memindahkan badannya..”Selain untuk makan, mulutnya digunakan juga untuk mendaki. Ini adalah salah satu bentuk evolusi perilaku dari seekor haiwan ketika mencari makanan,” kata Blob.

Selepas itu, para penyelidik telah menangkap ikan Gobi Nopoli Rock Climbing ini dan
meletakkannya di dalam akuarium.. Dan mereka sempat merakamkan kekuatan rahang ikan tersebut dan rakanman itu betul membuktikan bahawa ikan tersebut benar-benar memanjat dinding dengan menggunakan mulutnya

“Perilaku ini belum jelas tujuannya, sama ada kegiatan makannya disesuaikan untuk mendaki, atau sebaliknya,” tambah Blob lagi.

Ketika ini para penyelidik sedang mengumpulkan spesies ikan Gobi lain yang berasal dari Karibia untuk mengetahui urutan dari evolusi perilaku ekstrim ikan ini.


0 comments:

Post a Comment