25 February 2013

Subhanallah! Baru Masuk Islam Tetapi Sudah Mendirikan Ruang Solat

Sebahagian masyarakat di kawasan Republik Togo, Afrika Barat telah memeluk agama Islam. Apa yang menariknya, mereka telah berusaha membina sebuah pondok untuk dijadikan tempat solat berjemaah.

Subhanallah, itu sahaja yang mampu diungkapkan apabila sebahagian masyarakat Islam di Republik Togo, Afrika Barat mempunyai rasa cintakan Islam.  Untuk makluman, mereka baru saja memeluk agama Islam, kemudian bersama-sama membangunkan ruang solat ala kadarnya dari sabut kelapa. Sedangkan kita yang dah lama Islam, malah kebanyakannya dilahirkan sudahpun beragama Islam, masjid sebesar mahligai dengan lantai mosaic & berkarpet lagi, beratap genting berlampu gantung, pun masih ramai yang leka dan lalai mendirikan solat.


Melihat gambar di atas, tidakkah kita mahu menyedari & menginsafi:

“Maka nikmat Allah yang mana hendak kamu dustakan? [Ar-Rahman:13] dan firman Allah lagi.

“Hai orang-orang beriman, barangsiapa yang murtad di antara kamu dari pada agamanya, kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum, Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah, mereka lemah lembut terhadap orang beriman dan tegas terhadap orang-orang yang ingkar. Mereka berjuang pada jalan Allah, dan tidak takut akan cerca orang yang mencerca. Demikian itu kurnia Allah, diberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya, Allah luas kurnianya lagi maha mengetahui.” (Al-Maidah:54)

P/S - Semoga gambar ini dapat memberikan kita sedikit kesedaran terhadap tanggungjawab sebagai umat Islam di dunia ini. Masjid adalah tempat penyatuan umat Islam di dunia ini. Jika masjid tidak dapat dipenuhi, bagaimana untuk kita bersatu. Kuatnya kita adalah bersolat secara berjemaah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Agama

 

Halimislam Online 2011-2012. All Rights Reserved | Back To Top |