5 February 2013

Seorang ulama Ahlu Sunnah dibunuh oleh orang yang tidak dikenali di Iran

Zahedan - Seorang ulama Ahlu Sunnah yang terkemuka, Molawi Abdullah Brahui, dibunuh oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali pada Jumaat 1/2/2013 minggu lalu, di bandar Zahedan, Iran.

SunniOnline melaporkan bahawa beberapa lelaki memakai tutup kepala menembak seorang Imam Ahlu Sunnah dan guru ilmu Islam di Zahedan ketika ia sedang memandu menuju Masjid Grand Makki untuk melaksanakan solat Jumaat. Imam Molawi Abdullah gugur di tempat kejadian.

Ulama tersebut adalah seorang imam di masjid yang terletak di jalan Badr di bandar Zahedan. Di samping itu, ia juga mengajar di beberapa sekolah di bandar itu.

Molawi Abdullah telah menerima banyak surat ancaman dari orang-orang yang tidak dikenali untuk meninggalkan masjid di mana ia menjadi imam sebelum ia dibunuh.

Ratusan warga dan ulama yang lain turut serta dalam pengkebumian Molawi Abdullah di Masjid Grand Makki di mana Syaikh Abdul Hamid menjadi imam solat pada Sabtu (2/2) petang.

Syaikh Abdul Hamid, seorang khatib Ahlu Sunnah di Zahedan, mengecam keras insiden pembunuhan ini. Mengatakan bahawa tindakan ini adalah tindakan keganasan dan pengecut.

Dia meminta pegawai keamanan dan undang-undang untuk mendedahkan kes ini secara serius, menangkap para pembunuhya dan menahan mereka segera mungkin.

0 comments:

Post a Comment