6 February 2013

Mujahidin Berjaya Mengebom kubu rejim Assad, 19 tentera Rejim Terbunuh

PALMYRA - Simbol kekuasaan Assad telah diserang di Palmyra, yang terletak kira-kira 220 km dari timur laut Damsyik, wilayah yang kaya dengan minyak.

Sekurang-kurangnya 19 tentera rejim Alawiyah pimpinan Assad terbunuh dalam dua letupan bom kereta yang menyasarkan markas perisikan tentera di selatan kota Palmyra, ujar Observatory Syria bagi Hak Asasi Manusia seperti dilaporkan Al Jazeera.

Observatory yang berpusat di London mengatakan bahawa sejumlah besar tentera juga cedera, beberapa dalam keadaan kritikal selepas serangan yang mensasarkan pejabat inteljen pada Rabu 6/2/2013.

Dilaporkan bahawa Mujahidin menyerang markas musuh sesaat setelah dua letupan berlaku, sementara tentera rejim dikerahkan di bandar yang terkenal dengan bangunan-bangunan peninggalan Rom.

Bom pertama berjaya menghancurkan tembok belakang dari kompleks perisikan tentera dan kemudian bom kedua menghancurkan beberapa kemudahan di dalam bangunan.

Sebuah video yang belum disahkan menunjukkan asap hitam tebal ke udara di bandar itu.

"Bom kereta pertama berlaku sekitar pukul enam pagi. Yang kedua yang menyebabkan letupan besar, meredah ke dalam kem-kem sekitar 10 minit kemudian, "kata aktivis Syria, Abu al-Hassan dari bandar Palmyra.

Dia mengatakan tank yang ditempatkan di bandar telah melakukan banyak serangan dan membunuh orang awam.

Sebuah serangan hendap juga terjadi di kawasan bangunan perisikan setelah pengeboman oleh rejim meninggalkan lapan orang awam Syria cedera di wilayah Homs.

Sementara itu, pertempuran sengit meletus di Damsyik ketika Mujahidin melancarkan serangan offensif melawan tentera boneka Assad. Rejim menutup gelanggang Abbasiyah dan jalan raya Fares al-Khoury ketika pejuang Syria menyerang halangan dan kubu tentera rejim dengan RPG dan mortar.

"Kawasan Jobar, Zamalka, al-Zablatani dan sebahagian Qaboun telah menjadi medan pertempuran," kata aktivis Syria, Fida Mohammad dari daerah Qaboun.

Aktivis lain mengatakan tank tentera yang ditempatkan di jalan utama al-Kabbas telah dihancurkan. Warga juga melaporkan terdengar letupan di timur dan utara ibu negara.

Di Jobar, Muslim Sunni menggunakan pembesar suara Masjid melaungkan: "Allahu akbar!" Untuk menyokong pejuang pembangkang yang menyerang konkrit penghalang jalan di penempatan itu, lapor Reuters.

Mereka mengatakan tank-tank ditempatkan di pinggir daerah Midan, untuk menyerang daerah di selatan Damsyik.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Agama

 

Halimislam Online 2011-2012. All Rights Reserved | Back To Top |