22 February 2013

Mereka-mereka yang dikatakan Manusia Yang Paling Genius Di Dunia

Sebelum ini kami pernah berkongsi dengan anda semua tentang 5 orang kanak-kanak yang memiliki kemahiran luar biasa (LINK), namun kali ini kita akan bercerita tentang 5 orang manusia yang diiktiraf antara paling genius di dunia. Kemahiran mereka adalah mengikut kepakaran masing-masing dan semestinya ia lebih kepada bidang pekerjaan yang dianggap profesion bekerjaya. Jom kita lihat siapakah manusia yang paling genius itu. 

5. Marco Calasan
Jurutera genius yang berasal daripada Macedonia ini merupakan seorang jurutera Miscrosoft paling termuda dunia. Beliau yang baru berusia 10 tahun ini telah dianugerahkan 4 sijil daripada Microsoft dan telah menulis sebuah buku di Microsoft Windows 7. 

4. Terence Tao 
Memperoleh Masters ketika berumur 17 tahun, mendapat gelaran doktor pada 20 tahun, serta menjadi Profesor of Mathematics sewaktu berumur 24 tahun. 

3. Alia Sabur 
 Guinness World Record telah mengiktiraf beliau sebagai profesor termuda di dunia. 

2. March Boedihardjo
Mendapat tajaan untuk sambung PhD di Oxford University ketika berumur 14 tahun ,sekaligus menjadikan beliau sebagai pelajar paling muda di universiti tersebut. 

1. Ainan Cawley 
Gelaran manusia paling genius di dunia diberikan kepada budak cilik ini. Ainan dilahirkan pada 23 November 1999. Ketika berumur 7 tahun, beliau berjaya menguasai dalam bidang Kimia dan Fizik. Sekarang, beliau meneruskan pelajarannya di University of Help di Malaysia pada umur 10 tahun.
P/S: - Inilah wajah-wajah insan yang diberikan sedikit kelebihan yang mana mampu berfikir jauh berbanding orang lain. Kepandaian mereka tidak boleh disangkal lagi, ibarat seseorang itu kalau belajar pun, tidak perlu baca buku sangat dah boleh skor dalam peperiksaan. Namun dengan kelebihan yang kita ada, janganlah kita kufur dengan nikmat yang diberikan.

Ini hanyalah bijak dari pandangan zahir sahaja. Tetapi sebagai seorang muslim yang bijak kita harus tahu Nabi s.a.w. pernah bersabda:

“Orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati dan bersedia untuk menghadapinya.”

Bahkan, As-Syahid Imam Hasan Al-Banna juga pernah menyebut:

“Orang yang bijak adalah orang yang mengolah seni kematiannya.”

Umur kita tidak panjang. Kita tidak tahu di mana dan bilakah penghujung kepada kehidupan ini. Sementara Allah masih kurniakan peluang untuk kita terus hidup, manfaatkanlah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Agama

 

Halimislam Online 2011-2012. All Rights Reserved | Back To Top |