9 February 2013

Mata Diserang Cacing

Di Sepanyol, seorang doktor terkejut apabila mendapati satu kes yang jarang ditemui atau kata lebih tepat, hanya seorang dari ribuan pesakit mengalami sakit pelik ini.

Satu hari, seorang pesakit datang ke hospital dan bertemu dengan doktor itu selepas merasakan ada sesuatu ‘benda’ bergerak di dalam matanya.

Pada mulanya, pesakit itu hanya membiarkan sahaja simptom yang dirasainya itu.

Tetapi, lama kelamaan dia tidak dapat tahan kerana ia kerap bergerak-gerak dan memberikan keadaan yang tidak selesa pada diri pesakit itu.

Doktor terkejut bahawa pergerakan itu disebabkan oleh cacing itu dikelopak mata pesakit tersebut.
Beliau menasihati pesakit itu agar melakukan pembedahan dengan segera.

Hasil dari pembedahan yang dilakukan, seluruh kakitangan hospital terkejut kerana cacing yang berada dalam mata pesakit itu panjangnya adalah 19 sentimeter.

Doktor memberitahu kepada pesakit itu bahawa mujur dia melakukan pembedahan dengan segera kerana jika dibiarkan, cacing itu akan masuk ke dalam otak melalui saluran pembuluh darah yang boleh mengakibatkan maut.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Agama

 

Halimislam Online 2011-2012. All Rights Reserved | Back To Top |