5 February 2013

Allahuakbar! Pejuang Syria Berjaya Tegakkan Pemerintahan di Aleppo dan Idlib

Syria - Kumpulan pejuang di Syria telah dapat membentuk sistem keselamatan mereka sendiri di kawasan yang berjaya mereka kuasai dari rejim Bassar Assad.

Polis, penjara dan mahkamah telah muncul dalam usaha untuk menjaga ketenteraman awam di kawasan bandar Aleppo dan Idlib, demikian pemberitaan laman berita alarabiya.net, Sabtu 2 Februari lalu. Tidak dilaporkan dari kumpulan mana para pejuang itu berasal. Namun kebanyakan pejuang yang menguasai bandar ini berasal dari kelompok FSA (Free Syrian Army) atau Al-Jays Al-Suri Al-Hurr.

Banduan di penjara dikunjungi oleh seorang wartawan Al Arabiya di Aleppo berasal dari tentera rejim Assad, militan pro-rejim Assad, dan bahkan pemberontak yang melanggar undang-undang.

Ini mungkin bukan sebuah penjara yang ideal, dan tidak memenuhi standard antarabangsa, tetapi pejuang dari Aleppo ingin membendung kejahatan yang tersebar di seluruh bandar.

Tahanan diberi pelajaran Quran untuk menggalakkan mereka agar menyedari kesalahan mereka.

"Saya telah mencuri, saya tidak mempunyai apa-apa untuk dimakan jadi saya mencuri. Saya belajar Al-Quran di sini untuk bertaubat, dan saya bertaubat," kata salah seorang tahanan.

Para tahanan mendakwa bahawa mereka dilayan dengan baik.

"Saya terkena pecahan peluru saat melarikan diri dari pertempuran," jawab seorang tahanan ketika ditanya sama ada para penjaga ada yang menyakitinya.

"Tidak, tidak ada yang memukul kami atau menyakiti kami, orang-orang baik dan melayan kami dengan baik."

0 comments:

Post a Comment