11 January 2013

[Video] Subhanallah Susuk badan bercahaya terakam di dalam Masjid Nabawi

MADINAH - Satu video yang merakam khutbah Jumaat minggu lalu di Masjid Nabawi di Madinah, Arab Saudi, ramai diperkatakan di rangkaian sosial, menonjolkan tentang sosok misteri bercahaya dirakamkan kamera.

Video ini merakam solat Jumaat pada 23 Muharram 1433 H, bersamaan pada 7 Disember 2012, dengan khatib Syaikh dr. Abdul Muhsin al-Qasim dan diterbitkan di Youtube pada 8 Disember.

Pada saat khutbah berlangsung, kamera yang dipasang di Masjid, menangkap sosok yang seluruh wajah dan tubuhnya putih bercahaya, susuk ini terakam pada minit ke-14 dari video khutbah yang Fragment Filem 23:32. Namun kelihatan tidak ada orang di sekitarnya yang menyedari dan mengambil berat tentang dirinya, dan nampaknya tidak ada orang yang sedar bahawa sosok itu mengeluarkan cahaya.

Sumber-sumber laporan Saudi berkaitan siapa sosok di video ini berbeza-beza, berbagai dugaan yang berkaitan susuk ini tersebar. Ada dugaan, kemungkinan cahaya itu disebabkan oleh pantulan sinar matahari. Namun Menurut maklumat, atap masjid dibuat dari marmar sehingga tidak boleh memantulkan cahaya matahari.


Di sisi lain, seorang wakil dari Masjid Nabawi, Syaikh Abdul Wahid al-Khattab, mengatakan kepada para wartawan bahawa tidak ada dari pentadbiran masjid yang melihat susuk bercahaya itu. Dia menduga bahawa mungkin video ini hanya diedit yang disebarkan di rangkaian sosial.

Sementara pengarah stesen TV Madinah, Saad Aufi, tidak mengeluarkan sangkaan bahawa ini hanya pantulan cahaya dari lensa kamera. Stesen tersebut melaporkan bahawa kamera yang merakam susuk bercahaya itu sedang diperiksa, dan sebelum memastikan apa-apa, seorang pakar perlu menganalisis video ini.

Sedangkan banyak orang juga percaya bahawa susuk bercahaya yang dirakamkan itu adalah malaikat. Wallahu A'lam.

0 comments:

Post a Comment