2 January 2013

Sungguh Biadab!! Charlie Hebdo secara rasmi Terbitkan Komik hina Nabi s.a.w.

Perancis - Sebuah majalah mingguan Perancis rasmi menerbitkan pada hari Rabu 2 Januari, komik biografi mengenai Nabi Muhammad SAW, sebuah usaha yang nampaknya akan kembali menuai reaksi kuat dari umat Islam di seluruh dunia.

"Tidak perlu untuk menuangkan minyak di atas api," kata jurucakap kerajaan Perancis Najat Vallaud-Belkacem kepada radio France 2, DPA melaporkan sebagaimana dilaporkan onislam.net.

Majalah mingguan Charlie Hebdo menerbitkan biografi komik berjudul "Kehidupan Muhammad" pada hari Rabu kemarin. Mingguan ini mengatakan komik mereka berdasarkan pada teks-teks yang ditulis oleh penulis Muslim dan komik ini bukan karikatur atau berupa sindiran.

"Ini adalah sebuah biografi rasmi daripada Islam kerana itu diedit oleh orang Islam," kata Stephane Charbonnier, penerbit majalah dan ilustrator komik itu, yang menggunakan nama permulaan Charb.

Pada September lalu, Charlie Hebdo menerbitkan kartun dari Mohammed tanpa pakaian sebagai protes terhadap tindakan umat Islam yang menentang filem menghina Nabi Muhammad, 'Innocent of Muslim'.

Charb, yang telah menerima ancaman pembunuhan, hidup di bawah perlindungan polis.

0 comments:

Post a Comment